Aku Mengandung Ke Soalan Yang Selalu Diri Sendiri Tanya Buat Perkara Ini Sebelum Lakukan Ujian Kehamilan


“Adakah aku mengandung?” Ini merupakan salah satu daripada soalan terpenting dalam hidup seorang insan yang bergelar wanita.

Bagi pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga, menimang anak selalunya akan menjadi fokus mereka untuk mengembangkan bilangan ahli keluarga.
Semestinya kita akan mahukan jawapan yang paling tepat dan cepat apabila berkaitan dengan kehamilan agar tidak memberikan harapan manis yang palsu.
Bagi para isteri yang sedang berusaha untuk mengandung, pengalaman mengambil ujian kehamilan sememangnya boleh menjadi mendebarkan dan mengujakan!
Pada zaman moden ini, semua benda serba-serbi mudah dan cepat!
Ujian kehamilan boleh dilakukan hanya di rumah menggunakan urine pregnancy test (UPT) dan yang paling best, ia juga boleh dibeli di mana-mana farmasi atau supermarket berdekatan anda.
Kenali kit ujian kehamilan
Ujian ini boleh dilakukan sama ada di rumah mahupun klinik. Ia berfungsi dengan mengesan kehadiran hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.
Sel-sel yang membentuk plasenta akan merembeskan HCG dan ia boleh dikesan dalam air kencing kira-kira 6 hingga 14 hari selepas berlakunya proses persenyawaan.
Cara-cara menggunakan alat ini cukup mudah kerana anda hanya perlu kencing pada kayu penguji tersebut.
Selain daripada cara itu, anda juga boleh mengumpulkan air kencing dan letak ke dalam bekas kecil lalu mencelupkan alat penguji ke dalamnya.
Anda juga mungkin diberikan pilihan lain dengan menggunakan alat penitik. Ia berfungsi dengan cara menitikkan sedikit sampel air kencing ke atas alat tersebut.
Masa bagi mendapat keputusan juga berbeza mengikut jenis-jenis alat ujian dan jenama yang digunakan.
Bagi membaca keputusan, anda sama ada akan melihat perubahan melibatkan warna atau simbol pada alatan tersebut.
Bagi ujian kehamilan yang menggunakan teknologi terbaharu, penggunaannya lebih mudah kerana ia akan terus menyatakan jawapan pada alatan tersebut sama ada anda “pregnant” (hamil)atau “not pregnant” (tidak hamil).
Kit ujian kehamilan ini boleh diperoleh tanpa sebarang preskripsi doktor. Selain itu, ia murah dan sangat senang untuk digunakan.
Namun, sebelum anda mengambil ujian kehamilan, pastikan anda fahami dan melakukan perkara-perkara ini terlebih dahulu!
Persediaan melakukan ujian kehamilan bagi kaum wanita
Jangan minum air terlalu banyak sebelum membuat ujian kehamilan.
Minum air suam
Pastikan anda tidak meminum air dalam kuantiti yang banyak terutamanya apabila anda ingin melakukan ujian kehamilan ini.
Ini kerana, apabila kandungan air di dalam air kencing terlampau banyak, ia boleh mengganggu atau mengubah ketepatan keputusan kehamilan dan mungkin menghasilkan keputusan yang salah.
Lakukan pada waktu pagi hari.
Ambil ujian kehamilan apabila anda mahu kencing pada belah pagi setelah bangun daripada tidur.
Ini kerana kandungan HCG akan berada pada tahap yang paling optimum untuk dikesan pada alat ujian kehamilan tersebut.
Namun jika anda terlupa untuk melakukan pada waktu pagi, pastikan anda tidak kencing sekurang-kurangnya dalam tempoh 4 jam sebelum melakukan ujian ini.

Jangan rushing untuk mengambil ujian kehamilan, tunggu dulu!
Kajian mengatakan bahawa wanita harus menunggu lebih kurang 5 ke 10 hari selepas period anda secara rasminya lambat daripada tarikh yang sepatutnya.
Ini bagi memastikan hasil ujian itu benar-benar tepat kerana tahap kandungan HCG selalunya boleh dikesan di dalam air kencing lebih kurang 10 hari selepas mengandung.
Jika anda lakukan sebelum tempoh itu, kebarangkalian untuk keputusan ujian menjadi negatif adalah tinggi walaupun anda mungkin sebenarnya hamil.
Namun jika keputusan masih negatif, cuba lagi setelah beberapa hari kerana mungkin pada masa itu kandungan HCG masih belum meningkat.

Konklusi
Jika anda disahkan hamil setelah mengambil ujian ini, tahniah!
Pastikan anda segera melakukan temu janji bersama doktor untuk membuka buku pink bagi bakal ibu serta mendapatkan khidmat nasihat berkenaan kehamilan.
Hasil ujian kehamilan yang anda lakukan di rumah itu akan dipastikan semula oleh doktor anda bagi mengesahkan kesahihan keputusan tersebut sama ada dengan melakukan ujian darah atau ujian fizikal.
Kemudian pastikan anda mengikut dan mengamalkan kesemua arahan dan nasihat doktor agar anda dapat merasai pengalaman hamil yang selamat dan sihat.
Kredit: Hello Health
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post “Aku Mengandung Ke?” Soalan Yang Selalu Diri Sendiri Tanya. Buat Perkara Ini Sebelum Lakukan Ujian Kehamilan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/aku-mengandung-ke-soalan-yang-selalu-diri-sendiri-tanya-buat-perkara-ini-sebelum-lakukan-ujian-kehamilan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eks Dirut Pt Di Didakwa Perkaya Diri Sendiri Hingga Rp 200 M Hasil Proyek Fiktif

Eks Dirut Pt Di Didakwa Perkaya Diri Sendiri Hingga Rp 200 M Hasil Proyek Fiktif

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 261 hits
Dalam rentang waktu tahun 2008 hingga 2016 Irzal yang dalam periode itu menjabat sebagai Direktur Aircraft Integration dan Asisten Direktur Utama Bidang Bisnis Pemerintah menandatangani setidaknya 46 berita acara negosiasi
Cara Untuk Baik Pulih Diri Sendiri

Cara Untuk Baik Pulih Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 485 hits
Cara Untuk Baik Pulih Diri Sendiri Salam hujung minggu sahabat Pagini KakYa terpanggil untuk kongsi bagaimana cara untuk baik pulih diri sendiri Perkongsian ini KakYa dapat dari group perkongsian ilmu PSC Semoga perkongsian ini memberi manf...
Company China Arahkan Staff Tampar Diri Sendiri Berulang Kali Untuk Tingkatkan Motivasi Diri

Company China Arahkan Staff Tampar Diri Sendiri Berulang Kali Untuk Tingkatkan Motivasi Diri

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 273 hits
Sebuah syarikat di China kini sedang disiasat pihak berkuasa selepas didakwa memaksa sejumlah kakitangannya menghukum diri sendiri berulang kali Video insiden itu tersebar di media sosial menunjukkan sekumpulan kakitangan lelaki dan wanita ...
Ratusan Siswa Dan Guru Smp Di Solo Lakukan Rapid Test Sebelum Kbm Tatap Muka

Ratusan Siswa Dan Guru Smp Di Solo Lakukan Rapid Test Sebelum Kbm Tatap Muka

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 232 hits
Ratusan siswa SMP dan guru di Kota Solo melakukan rapid test sebelum proses uji coba kegiatan belajar mengajar tatap muka dimulai bulan ini Pelaksanaan rapid test dilakukan di tiga sekolah yang akan menerapkan KBM tatap muka Yakni SMPN 4 SM...
Adun Pas Naik Gaji Rakyat Kena Salahkan Diri Sendiri

Adun Pas Naik Gaji Rakyat Kena Salahkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 311 hits
Sang Kelembai Apa masalah gaji di naikan Sekarang heboh memperkatakan akan hasil sidang Dewan Negeri serambi Mekah akan perihal kenaikan gaji orang politik yang berjawatan Ahli Dewan Negeri Saya ambil pendekatan mudah Negeri yang diperintah...
Nak Anak Bijak Tapi Mak Ayah Selalu Tersalah Langkah Betulkan 2 Perkara Ni Dulu

Nak Anak Bijak Tapi Mak Ayah Selalu Tersalah Langkah Betulkan 2 Perkara Ni Dulu

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 452 hits
Ibu bapa mana yang tidak mahu anaknya bijak dalam serba serbi Malah untuk pastinya anak bijak dan cemerlang awal awal lagi kita sudah mencari tadika yang dirasakan cukup baik untuk anak kita menimba ilmu Hakikatnya ilmu asas bermula dari ru...
You Macam Selalu Kena Cucuk Hidung Je Awal Hairan Scha Selamba 039 Cool 039 Buat Ujian Swab Rupa Rupanya

You Macam Selalu Kena Cucuk Hidung Je Awal Hairan Scha Selamba 039 Cool 039 Buat Ujian Swab Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 399 hits
Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya menjalani ujian saringan Covid 19 di sebuah pusat perubatan di Damansara Petaling Jaya semalam Perkara itu dikongsikan Awal menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya...
Rakyat Kelantan Perlu Berani Untuk Bela Diri Sendiri

Rakyat Kelantan Perlu Berani Untuk Bela Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 386 hits
SUSUPAN MALAMHARI ini ada ruang sedikit untuk mengisi blog setelah sibuk meyiapkan buku baru beberapa hari lepas Apa yang hendak disentuh dalam post kali ini mengenai cadangan kerajaan Kelantan untuk meluluskan rang undang undang bertujuan ...
Hiburan Beli Kereta Mewah Harga Rm 290 000 Haqiem Rusli Anggap Sebagai Reward Diri Sendiri

Hiburan Beli Kereta Mewah Harga Rm 290 000 Haqiem Rusli Anggap Sebagai Reward Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 488 hits
Penyanyi yang namanya kini semakin meningkat naik Haqiem Rusli dilaporkan baru sahaja membeli kereta mewaj berjenama Mercedes Benz GLC200 yang berharga lebih kurang RM290 000 Haqiem yang ditemui media berkata pembelian kereta berkenaan dian...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet