Rakyat Kelantan Perlu Berani Untuk Bela Diri Sendiri


SUSUPAN MALAM
HARI ini ada ruang sedikit untuk mengisi blog setelah sibuk meyiapkan buku baru beberapa hari lepas. Apa yang hendak disentuh dalam post kali ini mengenai cadangan kerajaan Kelantan untuk meluluskan rang undang-undang bertujuan untuk meminda Enakmen (Saraan) Anggota-Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri 1980

Tujuan pindaan ini adalah untuk membolehkan saraan atau gaji pokok wakil rakyat Kelantan dinaikkan dari RM3,000 hingga RM5,000. Hari ini setiap orang wakil rakyat Kelantan telah menerima elaun sebanyak sekitar RM8,000 hingga RM15,000 hasil semakan Enakmen berkenaan pada 2015. Sekiranya pindaan dicadangkan itu diluluskan membolehkan wakil rakyat Kelantan akan menerima gaji antara RM10,000 hingga RM25,000 seorang

Ekoran cadangan itu ada beberapa buah NGO seperti PKPIM melihat cadangan itu sebagai tidak munasabah dan mengharap kerajaan sepatutnya lebih memikirkan soal nasib rakyat dalam waktu Covid ini daripada memikirkan kenaikan gaji atau elaun mereka. 
PKPIM Kelantan menerusi Yang diPertuanya Muhammad Aqil Iqbal Mohd Zulkifili berpendapat kerajaan lebih wajar memikirkan soal untuk menyediakan pekerjaan kepada penganggur dan juga memikirkan masalah ekonomi rakyat bukannya membuat semakan untuk menaikkan elaun dan gaji

Parti pembangkang juga turut sama membuat protes dan mengatakan dukacita ke atas cadangan itu

Protes dan bangkangan terhadap cadangan pindaan rang undang-undang  itu memang kena dan wajar, kerana kerajaan Kelantan sepatutnya afdal atau lebih cakna memikirkan rakyat dahulu baru mengenai diri mereka. Namun saya tidak fikir ianya akan didengar oleh pihak kerajaan Pas Kelantan. Pindaan itu tetap akan diluluskan secara sebulat suara. 
Sebelum ini berbagai protes dan bantahan terhadap langkah-langkah diambil oleh kerajaan Pas Kelantan yang dikira membebankan rakyat tetapi ia berlalu begitu saja bagaikan angin lalu. Kerajaan seakan tidak "berdegis" langsung dengan kritikan dan bantahan itu semua. 
Sebenarnya banyak isu-isu belum selesai di Kelantan dan sering menjadi perdebatan malahan diejek oleh orang luar. Misalnya masalah air bersih yang sudah berlarutan berdekad-dekad. Dahulu kerajaan memberi alasan kerana tidak ada wang untuk menyediakan air bersih, tetapi kini setelah mendapat wang royalti, tetapi masalah air masih juga berlaku

Masalah air menjadi bahan protes dan ejekan berkabuk oleh rakyat. Masalah air memalukan negeri Tok Kenali itu di mata orang luar terutamanya mereka yang melancong ke Kelantan. Macam-macam cara rakyat lakukan untuk menarik perhatian kerajaan agar mengatasi masalah itu. 
Ada yang merakam air keluar daripada paip seperti air tea "O" dan tea tarik, Milo atau Nescaffe dan sebagainya. Ada yang mengusung "legel" (drum) untuk tadah air hujan apabila Menteri Air dan Alam Sekitar Tuan Ibrahim Tuan Man cadangkan agar ambil air hujan kerana ia bersih bersifat air mutlak.
Tetapi segala kritikan dan suara kesedihan dan jeritan itu tidak dipedulikan. Selain maslah air, kerajaan Kelantan juga dipersoalkan mengenai tanggungjawab mereka yang lain. Masalah banjir, masalah penyeludupan, kebersihan, pil kuda, ganja atau masalah-masalah sosial lain dan sebagainya. 
Tetapi semua kebimbangan terhadap masalah dan gejala itu tetap juga tidak dipedulikan oleh kerajaan dan diambil sambil lewa sahaja. Tidak ada tindakan atau pelan khas dibuat oleh kerajaan negeri untuk mengatasi segala masalah itu. Sebaliknya ada yang meletakkan kesalahan berlaku itu ke atas bahu kerajaan Persekutuan. Hari ini alasan itu tidak relevan lagi kerana kerajaan Persekutuan juga didukung bersama oleh Pas

Demikian juga dengan pelbagai cukai dan kenaikan tarif bayaran dikenakan terhadap rakyat, seperti cukai pintu, cukai tanah, masalah parking dan sebagainya, dinaikkan "berdecun-decun" sampai membebankan rakyat. Rakyat protes tetapi ia tetap tidak dipedulikan. Rakyat terus ditimpa dengan beban asmara itu

Ohya, sebelum ini juga langkah kerajaan membeli 14 buah Mercedes-Benz untuk kegunaan Exco, MB dan TMB juga menjadi isu dan dipersoalkan. Rakyat mempersoalkan apakah keperluannya membeli kenderaan mewah itu. Paling mengejut dan menimbulkan kemarahan orang ramai apabila kerajaan beri pula wang poket RM50,000 seorang kepada Exco kononnya untuk membantu rakyat? 
Nampaknya protes dan bantahan rakyat itu tidak memberi apa-apa kesan. Suara rakyat Kelantan kepada kerajaan macam suara anjing menyalak Bukit Marak sahaja. Justeru sudah sampai untuk rakyat Kelantan menggunakan mekanisme lain untuk membela diri mereka sendiri dan bagi memastikan kerajaan Pas Kelantan tidak bertindak sessuka hati dan mengambil berat terhadap mereka. 
Sebelum itu rakyat Kelantan perlu tahu kenapa kerajaan Kelantan menjadi degil dan bebal begitu? Tentu ada sebab-sebabnya yang kerajaan Kelantan jadi macam lembu kenyang bila berhadapan dengan kritikan rakyat? Di sini rakyat Kelantan mungkin terlupa untuk membuat penilaian dan menyedari kenapa kerajaan Kelantan jadi pasif terhadap suara mereka. 
Sebenar jawabnya mudah sahaja, ianya terjadi demikian kerajaan Pas Kelantan berada dalam keadaan selesa dengan kemenangan besar dalam pilihan raya lalu. Mereka tidak perlu bimbang dan takut dengan segala kritikan dan desakan itu kerana ia tidak mengugatkan kedudukan mereka. Jeritan rakyat tidak berbekas pun kepada mereka. 
Dalam politik yang penting bukan dapat memenuhi kehendak rakyat, tetapi mengekalkan kuasa. Pemikiran itu yang terpasak dalam kepala orang politik penguasa di Kelantan. Kerana kalau mereka takut pasti mereka alert kepada rintihan rakyat. Jadi kalau kedudukan dan kuasa mereka sudah stabil untuk apa mereka pedulikan suara rakyat.  
Pas yang memerintah Kelantan sejak tahun 1990 dan sudah 30 tahun. Ia tidak perlu bimbang dengan kekuasaan mereka di Kelantan hari ini tergugat. Kedudukan mereka dalam DUN sedikit pun tidak terancam dan terganggu bila mana DUN Kelantan telah sifar pembangkang sekarang ini apabila Umno sudah bersama mereka. Dahulu ada juga seorang DUN pembangkang yang memantau tindak tanduk kerajaan dan mengkritik dan merekodkan kritikan dalam handsart DUN, tetapi kini tidak ada lagi. 
Lapan orang Adun Umno yang menang dalam Piraum 2018 dulu, bertindak menjadi pembangkang kini sudah berpelukan dengan Pas. Mereka tidak boleh lagi diharap untuk menegur kerajaan Kelantan dan membawa suara nurani rakyat. Mulut mereka juga sudah jadi "birat birung" semuanya. Pindaan Enakmen dicadangkan itu juga tentu mendapat sokongan padu daripada mereka. Kerana mereka lebih mementingkan tembolok mereka berbanding perut kempis rakyat

Solusi untuk mengatasi masalah masih ada. Caranya ialah dengan menghadirkan pembangkang dalam DUN Kelantan dalam pilihan raya akan datang. Dengan cara ini sahaja baru suara dan kritikan mereka akan diguna pakai. Untuk ini rakyat kena berani dan sedia melakukan perubahan, melakukan reformasi. 
Justeru dalam pilihan raya akan datang, rakyat Kelantan perlu mempersiapkan suara mereka menerusi pembangkang, Rakyat Kelantan kena pastikan dalam 45 orang Adun itu ada pembangkang. Kalau mereka tidak tergamak untuk menukar kerajaan kerana percaya Pas parti agama, dan rela untuk terus minum air paip berwajah tea tarik, Milo dan Nescaffe itu cukuplah dengan menghantar seorang dua pembangkang di DUN Kelantan untuk menjadi suara mereka dan memperjuangkan masalah rakyat seluruhnya

Hanya dengan adanya pembangkang yang mengkritik secara rasmi dalam DUN Kelantan sahaja baru ia dapat menyedarkan kerajaan yang berada dalam keadaan selesa laksana ular sawa kekenyangan itu. Jadi masalah dan beban terpikul di pundak rakyat Kelantan tidak akan selesai dan menjadi ringan kalau mereka tidak berani bertindak dan membuat aksi politik di Kelantan. [wm.kl. 8:39 pm 06/11/2020]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/11/untuk-bela-rakyat-pembangkang-perlu-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Pas Naik Gaji Rakyat Kena Salahkan Diri Sendiri

Adun Pas Naik Gaji Rakyat Kena Salahkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 298 hits
Sang Kelembai Apa masalah gaji di naikan Sekarang heboh memperkatakan akan hasil sidang Dewan Negeri serambi Mekah akan perihal kenaikan gaji orang politik yang berjawatan Ahli Dewan Negeri Saya ambil pendekatan mudah Negeri yang diperintah...
Tuduh Rakyat Salah Pilih Cermin Diri Dulu Zahidi Kata Syed Ibrahim

Tuduh Rakyat Salah Pilih Cermin Diri Dulu Zahidi Kata Syed Ibrahim

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 222 hits
Zahidi seharusnya mengambil peluang untuk mencerminkan dirinya sendiri sama ada beliau sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia sudah memperbetulkan keadaan Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh menyelar Datuk Zahidi...
Eks Dirut Pt Di Didakwa Perkaya Diri Sendiri Hingga Rp 200 M Hasil Proyek Fiktif

Eks Dirut Pt Di Didakwa Perkaya Diri Sendiri Hingga Rp 200 M Hasil Proyek Fiktif

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 250 hits
Dalam rentang waktu tahun 2008 hingga 2016 Irzal yang dalam periode itu menjabat sebagai Direktur Aircraft Integration dan Asisten Direktur Utama Bidang Bisnis Pemerintah menandatangani setidaknya 46 berita acara negosiasi
Cara Untuk Baik Pulih Diri Sendiri

Cara Untuk Baik Pulih Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 471 hits
Cara Untuk Baik Pulih Diri Sendiri Salam hujung minggu sahabat Pagini KakYa terpanggil untuk kongsi bagaimana cara untuk baik pulih diri sendiri Perkongsian ini KakYa dapat dari group perkongsian ilmu PSC Semoga perkongsian ini memberi manf...
Di Saat Rakyat Sengsara Dun Kelantan Lulus Usul Naik Gaji Di Saat Rakyat Sengsara

Di Saat Rakyat Sengsara Dun Kelantan Lulus Usul Naik Gaji Di Saat Rakyat Sengsara

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 382 hits
Di saat rakyat Kelantan sengsara dengan kemiskinan dan kesan COVID 19 serta masalah air yang tidak pernah selesai hari ini Dewan undangan negeri Kelantan sebulat suara meluluskan rang undang undang saraan anggota pentadbiran dan ahli ahli d...
Wakil Rakyat Kita Macam Pegawai Kebajikan Adun Exco Kelantan Bakal Nikmati Kenaikan Gaji Rm3 000 Rm5 000

Wakil Rakyat Kita Macam Pegawai Kebajikan Adun Exco Kelantan Bakal Nikmati Kenaikan Gaji Rm3 000 Rm5 000

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 624 hits
Wakil Rakyat kita macam pegawai kebajikan ADUN EXCO Kelantan bakal nikmati kenaikan gaji RM3 000 RM5 000Ahli Dewan Undangan Negeri dan barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Kelantan dilaporkan bakal menikmati kenaikan gaji pokok ant...
Tamak Dun Kelantan Lulus Naik Gaji Adun Dan Exco Rakyat Melarat Makan Pasir

Tamak Dun Kelantan Lulus Naik Gaji Adun Dan Exco Rakyat Melarat Makan Pasir

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 284 hits
BOB KELANANGTAMAK DUN Kelantan lulus naik gaji Adun dan Exco rakyat melarat makan pasir Dewan undangan negeri Kelantan sebulat suara meluluskan rang undang undang saraan anggota pentadbiran dan ahli ahli dewan negeri pindaan 2020 RUU itu di...
Nik Amar Kata Gaji Wakil Rakyat Kelantan Akan Naik Hingga Rm5 000

Nik Amar Kata Gaji Wakil Rakyat Kelantan Akan Naik Hingga Rm5 000

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 376 hits
Anggota dewan undangan negeri dan barisan exco kerajaan negeri Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3 000 hingga RM5 000 seorang Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah kenaikan itu diperlukan bagi mengur...
Kelantan Negeri Termiskin Di Malaysia Naikkan Gaji Wakil Rakyat Hingga Rm5 000

Kelantan Negeri Termiskin Di Malaysia Naikkan Gaji Wakil Rakyat Hingga Rm5 000

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 525 hits
Gaji pokok Ahli Dewan Undangan Negeri dan barisan exco kerajaan negeri Kelantan bakal dinaikkan antara RM3 000 hingga RM5 000 seorang Keputusan itu berlaku ketika Kelantan masih negeri termiskin di Semenanjung dan ketiga di Malaysia selepas...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba