Mengadu Kat Mummy Ye Aunty Baby Aafiyah Menyakat Arif Jiwa Buatkan Netizen Geli Hati
Siapa yang tidak kenal si cilik yang comel Arif Jiwa dan ibu saudaranya, Siti Aafiyah yang merupakan anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Kedua-dua anak kecil ini mempuunyai ramai peminat dan pengikut di akaun Instagram. Walaupun Aafiyah tidak mempunyai akaun Instagram atas namanya sendiri, tetapi Datuk Siti sering berkongsi gambar-gambar dan video-video Aafiyah di akaun Instagram miliknya.
Menerusi akaun Instagram, Tya Arifin memuatnaik rakaman video anaknya Arif Jiwa bersama Siti Aafiyah yang sedang duduk di pangkuan Datuk Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K.
Dalam video ini, Aafiyah beberapa kali cuba untuk menarik rambut Arif.
Mula-mula Arif hanya membiarkan sahaja. Tak lama selepas itu Arif memegang rambutnya dan berkata ” rambut.. rambut.. ”
Namun begitu, Arif tidak sekali-kali cuba membalasnya.
Tetapi Arif turun dari pangkuan Datuk K lalu pergi ke arah ibunya untuk mengadu rambutnya ditarlk. Tya mengusap rambut Arif dan mengatakan sudah tidak ada apa-apa.
Apa yang menariknya, selepas itu Arif terus kembali dan Aafiyah. Alahai comel betul gelagat Arif dan ibu saudaranya Aafiyah ini.
Jom tonton video penuh di bawah :
View this post on Instagram
Kalau kata Ibu, nak jadi Abang kena banyak bersabar
A post shared by Arif Jiwa Asyraf (@arifjiwaasyraf) on Dec 21, 2018 at 2:48am PST
” Kalau kata Ibu, nak jadi Abang kena banyak bersabar… “
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Arif dan Aafiyah. Antara komen-komen netizen :
” Hahahahahaha ariff kena bvli ngan Aafiyah.. “
” Cutenye ariff dgn aafiyah.. rajin tok ayah melayan.. “
” Dia mengadu kejap, lepas tu dia dtg balik. Omey lah ayepp ni.. “
” Baiknya Arif.. semoga Ariff jadi anak yang taat pada Allah dan dengar cakap Ayah Ibu .. Aamiin.. “
” Arif mmg baik tak suka g4duh budak baik, sayang Arif. Nanti Arif jaga adik Arif baik2 ya.. “
” Comelnya mereka.. Semoga menjadi anak yang baik kelak.. Terasa nak gomol² pulak. hahahaha.. “
” Sian die @arifjiwaasyraf kena tarlk rambut.. Penyabar sgt abg arif, die sayang sgt aunty afiyah.. “
Comel betul Arif dan Aafiyah ini kan ? Tak pernah tak comel. Apa-apa pun kami di Sinar Viral mendoakan semoga Arif dan Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Instagram Ariff Jiwa Asyraf Berita Kopak / Ciungwanara/sinarviral
The post “Mengadu Kat Mummy Ye” – Aunty Baby Aafiyah Menyakat Arif Jiwa Buatkan Netizen Geli Hati appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/12/21/mengadu-kat-mummy-ye-aunty-baby-aafiyah-menyakat-arif-jiwa-buatkan-netizen-geli-hati/