Aku Ibu Aku Juga Ayah


"HAMPIR empat bulan saya hilang arah hidup selepas kematian isteri, Nur Azian Baki berusia 32 tahun, dua tahun lalu akibat jangkitan kuman.

"Saya terkenangkan nasib anak bongsu, Al-Ammar berusia tiga tahun yang ketika itu masih belum putus susu dan menghidap autisme selain anak sulung, Muhammad Al-Adhim yang menghidap hidrosefalus (kepala besar)," luah Kamil Abd Wahab, 39.

Menurut Kamil yang menetap di Langgar, Alor Setar, Kedah sejak itu tugasnya bukan sekadar mencari nafkah bagi membiayai perubatan kedua-dua anaknya, malah mengisi kekosongan ditinggalkan si ibu.

Katanya, penguat kepada semangat dalam menunaikan tanggungjawab sebagai bapa tunggal adalah keceriaan dan keletah manja terutama Al-Ammar yang begitu rapat dengannya.

"Arwah isteri menghidap kencing manis dan cukup menjaga kesihatan diri termasuk sering melakukan pemeriksaan kesihatan.

"Bagaimanapun, dia tiba-tiba menghidap demam dan seminggu selepas itu, meninggal dunia akibat jangkitan kuman.

"Pada mulanya, saya sukar untuk menerima keadaan ini kerana perlu menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan ibu pada satu masa.


"Bagaimanapun, sokongan keluarga terutama ibu, Siti Ahmad berusia 74 tahun menguatkan semangat saya untuk menjaga kedua-dua anak sebaik mungkin," katanya.

Menurut Kamil, dia turut bersyukur 13 adik beradiknya cukup prihatin dengan keadaan anak-anaknya.

Rutin Kamil setiap hari ialah menguruskan rumah seperti memasak dan mengemas selain menguruskan keperluan diri kedua-dua anaknya.

"Bangun tidur, saya perlu menyiapkan makanan, mengemas selain uruskan anak sulung dengan memandikan dan memberinya makan.

"Kemudian saya urus anak kedua dan hantar ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Preamble di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar sebelum keluar bekerja.

"Tengah hari, saya jemput anak dari PDK sebelum pulang ke rumah untuk masak dan jaga anak sulung. Sebelum keluar kerja pada sebelah petang, saya perlu tidurkan mereka," katanya yang mengusahakan bendang selain menoreh getah.

Menurut Kamil, dia tinggal bersama bapa mentua, Baki Aruf, 62, yang turut berdepan masalah saraf dan tidak lagi mampu melakukan kerja berat.

"Bagaimanapun, bapa mentua sentiasa memastikan anak terjaga setiap kali saya keluar bekerja," katanya.

Kamil mahu memberikan yang terbaik buat kedua-dua anaknya namun mengakui had kemampuan diri termasuk kekangan kewangan.

"Alhamdulillah, makan pakai cukup cuma saya kesempitan wang untuk membeli keperluan perubatan dan barangan seperti lampin dan susu khas untuk anak sulung yang boleh mencecah sehingga RM1,500 sebulan.

"Selain itu, saya perlu keluarkan belanja untuk membawa anak bongsu bertemu doktor pakar di Pulau Pinang," katanya.

Bagaimanapun, menurut Kamil, demi anak, dia akan terus berusaha melakukan yang terbaik.

Bagi memastikan dia sentiasa tenang dalam menjaga anak, menjalani rutin harian selain sebagai bapa tunggal, Kamil mengatakan yang dia tidak pernah putus berdoa selain sering menunaikan solat Tahajud.

"Sebelum ini, arwah isteri yang banyak menjaga anak dan kini, saya akan pastikan keperluan mereka sentiasa cukup.

"Mungkin sambutan Hari Bapa saya agak berlainan namun kasih sayang saya terhadap kedua-dua anak kekal sepanjang hayat," katanya.

HARIAN METRO

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/06/aku-ibu-aku-juga-ayah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutlah Tangan Ibu Ayah Ya Sayang Sakit Bersalin Belum Hilang Anak Pula Dijemput Ilahi

Sambutlah Tangan Ibu Ayah Ya Sayang Sakit Bersalin Belum Hilang Anak Pula Dijemput Ilahi

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 351 hits
Setiap orang ujiannya lain lain Tak kira dalam apa situasi sekalipun hanya Allah yang tahu Ada yang diberi ujian anak sakit kehilangan anak selepas dilahirkan atau macam macam lagi Bagi kita yang masih bernasib baik dan diberikan kesenangan...
Kurang Nutrisi Persekitaran Kurang Bersih Antara Punca Anak Sering Demam Selesema Ibu Ayah Kena Lebih Peka

Kurang Nutrisi Persekitaran Kurang Bersih Antara Punca Anak Sering Demam Selesema Ibu Ayah Kena Lebih Peka

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 300 hits
Ada sesetengah kanak kanak memang mudah dijangkiti virus demam dan selesema Sudah tentu perkara ini amat merisaukan ibu ayah Pasti pelbagai persoalan bermain di fikiran bimbang ada penyakit yang lebih serius datang menjangkiti Menurut Dr Ha...
Flight Balik Dibatalkan Akibat Covid 19 Lelaki Ini Berlayar Balik Kampung Seorang Diri Demi Ibu Ayah

Flight Balik Dibatalkan Akibat Covid 19 Lelaki Ini Berlayar Balik Kampung Seorang Diri Demi Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 369 hits
Seorang lelaki Argentina telah menyelesaikan pengembaraan pelayaran dari Portugal ke Mar del Plata dalam usaha untuk bertemu kembali dengan ibu bapanya Juan Manuel Ballestero 47 mengambil keputusan untuk berlayar ke kampung halamannya di Ma...
Tunggu Adik Bah Sayu Baru 10 Minit Dalam Kelas Ibu Datang Beritahu Ayah Meninggal Dunia

Tunggu Adik Bah Sayu Baru 10 Minit Dalam Kelas Ibu Datang Beritahu Ayah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 382 hits
Hari ini menyaksikan sekolah kembali dibuka semula setelah hampir tiga bulan ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akibat wabak Covid 19 Sesi persekolahan membabitkan pelajar yang...
Jangan Mudah Beri Apa Anak Nak Ajar Bersabar Dulu Ibu Ayah Mesti Bertahan

Jangan Mudah Beri Apa Anak Nak Ajar Bersabar Dulu Ibu Ayah Mesti Bertahan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 423 hits
Apa ibu bapa akan lakukan sekiranya anak merengek nak sesuatu Adakah terus memberi sebab tak mahu anak lagi lama merengek dan menangis atau biar dulu sambil menjelaskan kenapa bukan sekarang boleh dapat Ibu bapa kena belajar ilmu ini dan ja...
Anak Mengamuk Nak Jajan Di Kaunter Kedai Ini Cara Ibu Ayah Jadi Kebal Tak Payah Belikan

Anak Mengamuk Nak Jajan Di Kaunter Kedai Ini Cara Ibu Ayah Jadi Kebal Tak Payah Belikan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 394 hits
Sudah menjadi perkara biasa pula bila ke kedai dengan anak anak mereka akan minta kita belikan snek atau jajan Kita dapat elakkan mereka dari ambil semua itu tapi sebaik sahaja sampai ke kaunter banyak pilihan yang memerangkap kita Anak ana...
Install Apps Ini Di Hp Ibu Ayah Untuk Kawal Aktiviti Penggunaan Harian Anak Senang

Install Apps Ini Di Hp Ibu Ayah Untuk Kawal Aktiviti Penggunaan Harian Anak Senang

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 382 hits
Keadaan hari ini memaksa anak anak kita berdepan dengan gajet Malah seawal usia dua tahun pun anak dah didedahkan dengan kecanggihan teknologi ini Walaupun hanya menonton rancangan kartun atau bermain game keadaan ini jika tak dikawal boleh...
Satu Keluarga Tewas Di Rumah Ayah Gantung Diri Usai Bunuh 2 Anaknya Sang Ibu Pingsan Dan Trauma

Satu Keluarga Tewas Di Rumah Ayah Gantung Diri Usai Bunuh 2 Anaknya Sang Ibu Pingsan Dan Trauma

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 314 hits
Warga di Kabupaten Tangerang dibuat geger dengan kematian satu keluarga Mereka menemukan tiga anggota keluarga dalam keadaan tak bernyawa Sang ibu yang bernama Lala tak kuasa menahan tangis hingga tak bisa berkata kata tahu anak dan suaminy...
Terima Pangkat Arwah Anak Air Mata Ibu Ayah Koperal Safwan Iringi Penghargaan

Terima Pangkat Arwah Anak Air Mata Ibu Ayah Koperal Safwan Iringi Penghargaan

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 325 hits
Bukan sahaja rakan sekerja rakyat Malaysia juga dilihat turut berdua dengan berita dan kejadian yang menimpa barisan hadapan negara Allahyarham Koperal Safwan yang terkorban akibat kemalangan yang disebabkan oleh pemandu mabuk Insiden pilu ...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid