Sambutlah Tangan Ibu Ayah Ya Sayang Sakit Bersalin Belum Hilang Anak Pula Dijemput Ilahi


Setiap orang ujiannya lain-lain. Tak kira dalam apa situasi sekalipun, hanya Allah yang tahu. Ada yang diberi ujian anak sakit, kehilangan anak selepas dilahirkan, atau macam-macam lagi.
Bagi kita yang masih bernasib baik dan diberikan kesenangan oleh Allah bersyukurlah. Mungkin kita rasa tak senang seperti orang lain tapi bila keperluan keluarga dan anak-anak masih mencukupi itu pun rezeki.

Kisah sedih pasangan suami isteri ini yang dikongsikan oleh Abam Botak melalui Facebooknya cukup meruntun hati. Mana tidaknya kegembiraan menantikan cahaya mata tidak kesampaian kerana bayi yang dilahirkan meninggal dunia dan tidak sempat menatap kedua ibu bapanya.
Melalui perkongsian Abam Botak, kejadian yang menimpa suami isteri ini berlaku di Sandakan, Sabah.
Bayar deposit sebelum masuk wad
Ibu dan ayah ini daripada Estet Sukau. Mereka bergegas ke hospital kerana ingin menyambut kelahiran anak yang mereka cintai dan kasihi. Laluan yang mereka lalui untuk ke hospital juga sangat jauh.

Seperti biasa mereka perlu membayar wang deposit sebanyak RM800 ringgit terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke dalam wad. Namun mungkin kerana ada sedikit masalah. Ibu yang sedang kesakitan melahirkan anak ini, terpaksa dipindahkan ke hospital lain pula dengan menaiki ambulan.
Meninggal ketika dalam perjalanan
Malangnya, semasa dalam perjalanan. Anak yang hendak dilahirkan itu telah pun meninggal dunia. Sampai di hospital, sebelum masuk wad. Seperti biasa perlu membayar wang deposit RM2000 lagi sebelum dibenarkan masuk wad.
Berkali-kali si ayah hubungi kami. Minta tolong sangat-sangat dan pastikan kami dapat membantu mereka. Minta uruskan jenazah anak mereka. Minta solatkan jenazah anak mereka. Minta carikan tanah kubur untuk anak mereka dan minta kebumikan serta bacakan doa untuk anak mereka.

Ketika itu pula, terdapat dua lagi jenazah di lokasi berbeza yang perlukan bantuan kami. Mujur Alhamdulillah, ketika itu di hospital ada seorang Ustazah yang dapat membantu. Mengkafankan dan memandikan anak kecil itu. Dan Alhamdulillah juga ada seorang Ustaz yang tolong menyembahyangkan jenazah anak kecil itu.
Tiada gelaran buat ibu bapa kehilangan anak
Allah permudahkan segala-galanya. Kami juga berkesempatan menolong mengebumikan anak kecil itu. Si ibu masih lagi kesakitan di dalam wad. Menanggung kesakitan melahirkan anak. Dan menanggung kesedihan perginya anak yang dicintai. Dalam masa yang sama pula tidak dapat melihat anaknya dikebumikan buat kali terakhir.

Bagi anak yang kematian ibu dan ayah. Mereka akan digelar anak yatim. Namun bagi ibu dan ayah yang kematian anak. Tiada gelaran yang dapat diberikan kepada mereka. Semoga Allah merahmatimu nak! sambutlah tangan ibu dan bapamu nanti nak! Anak syurga. Amin.
Sumber: Abam Botak

The post Sambutlah Tangan Ibu Ayah Ya Sayang! Sakit Bersalin Belum Hilang, Anak Pula Dijemput Ilahi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sambutlah-tangan-ibu-ayah-ya-sayang-sakit-bersalin-belum-hilang-anak-pula-dijemput-ilahi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Luah Rasa Terharu Rumah Tetap Diziarahi Kawan Anak Walau Sudah 3 Tahun Dijemput Ilahi

Ibu Luah Rasa Terharu Rumah Tetap Diziarahi Kawan Anak Walau Sudah 3 Tahun Dijemput Ilahi

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 431 hits
Ternyata ibu Allahyarham terharu dan gembira menyambut kehadiran mereka lebih lebih lagi kerana ketiadaan anak anak yang tidak berdaya untuk pulang susulan PKP small Cover image via Twitter aminrahaman span span small Persahabatan adalah ni...
Ibu Hilang Sekejap Terus Menangis Dalam Situasi Ni Anak Kita Bukan Mengada Ya

Ibu Hilang Sekejap Terus Menangis Dalam Situasi Ni Anak Kita Bukan Mengada Ya

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 364 hits
Kalau dengan ibu bukan main manja dan mengada ngada ya Kita selalu dengar ayat macam ni kan terutama bila ada anak anak yang susah nak berenggang atau tinggal sekejap terus menangis Ingat anak anak kita bukannya saja saja berbuat demikian D...
Bill Gates Steve Jobs Pun Tak Bagi Anak Mereka Main Gajet Ini Sebabnya Yang Ibu Ayah Kena Ambil Tahu

Bill Gates Steve Jobs Pun Tak Bagi Anak Mereka Main Gajet Ini Sebabnya Yang Ibu Ayah Kena Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 318 hits
Dunia masa kini memang bergantung hampir sepenuhnya kepada gajet Bukan sahaja orang dewasa malah kanak kanak juga dilihat semakin ketagih dengan peranti yang boleh membuatkan diri leka dan alpa Dalam satu perkongsian oleh Puan Wawa Shauqi m...
Anak Yang Banyak Bercakap Lebih Tajam Memorinya Ibu Ayah Banyakkan Tanya Soalan Pada Anak

Anak Yang Banyak Bercakap Lebih Tajam Memorinya Ibu Ayah Banyakkan Tanya Soalan Pada Anak

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 285 hits
Bagi kebanyakan kanak kanak memori biasanya bermula dengan peristiwa peribadi tertentu seperti kelahiran adik beradik yang lebih muda atau percutian istimewa Sebagai ibu bapa kita pastinya berharap anak anak mendapat pelbagai pengalaman pos...
Kurang Nutrisi Persekitaran Kurang Bersih Antara Punca Anak Sering Demam Selesema Ibu Ayah Kena Lebih Peka

Kurang Nutrisi Persekitaran Kurang Bersih Antara Punca Anak Sering Demam Selesema Ibu Ayah Kena Lebih Peka

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 299 hits
Ada sesetengah kanak kanak memang mudah dijangkiti virus demam dan selesema Sudah tentu perkara ini amat merisaukan ibu ayah Pasti pelbagai persoalan bermain di fikiran bimbang ada penyakit yang lebih serius datang menjangkiti Menurut Dr Ha...
Anak Tak Tahu Apa Dia Cakap Ibu Ayah Yang Kena Tegur Kalau Salah

Anak Tak Tahu Apa Dia Cakap Ibu Ayah Yang Kena Tegur Kalau Salah

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 539 hits
Baru baru ini tular sedutan video sebuah kartun bersiri kegemaran ramai yang memaparkan empat kanak kanak sedang bersembang tentang manfaat berbuat baik kepada ibu Di dalam sedutan itu salah satu wataknya telah membuat kenyataan yang mencet...
Hebatnya Pelukan Ibu Ayah Anak Mengamuk Cepat Tenang Menangis Pun Boleh Berhenti

Hebatnya Pelukan Ibu Ayah Anak Mengamuk Cepat Tenang Menangis Pun Boleh Berhenti

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 393 hits
Peluk anakmu dan dirimu jika mahu kekal tenang Ini antara yang selalu di tekankan oleh pakar psikologi Ingat semakin kerap ibu bapa memeluk anak anak anak sentiasa berada dalam keadaan sihat kurang rasa tekanan dan membesar dengan sempurna ...
Emosi Karena Hp Hilang Ayah Di Temanggung Tega Bakar Anak Sendiri

Emosi Karena Hp Hilang Ayah Di Temanggung Tega Bakar Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 411 hits
Seorang anak AF warga Dusun Tempuran Desa Losari Tlogomulyo Kabupaten Temanggung Jawa Tengah menderita luka bakar cukup parah di sebagian tubuhnya setelah disiram bensin kemudian disulut api oleh ayahnya AF Berdasarkan informasi dari lokasi...
Anak Sihat Aktif Tak Duduk Diam Suka Bertanya Itu Pun Rezeki Ibu Ayah

Anak Sihat Aktif Tak Duduk Diam Suka Bertanya Itu Pun Rezeki Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 318 hits
Rezeki yang tak nampak tetapi situasi ini selalu berlaku dalam rumah Along sudah tu Jangan nyakat adik lagi Kang ada yang menangis Bek bek bek bek Along buat muka mengejek pada adiknya Uwekkk Angah balas dengan menjelirkan lidahnya Bingit r...
Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Hi Johorean Let S Donate Blood And Give Back


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement