Aku Bukan Loser Part 6


6.     Aku masih lagi percaya untuk berkawan dengan kawan-kawan sebab aku masih tercari lagi siapa kawan sebenarnya. Di tingkatan 1, misi pencarian kawan aku bermula dan takkan pernah habis. Pada ketika itu, aku rasa wujudnya kawan rapat sebenarnya disebabkan keadaan yang menjalankan tugasnya. Aku rapat dengan Wani even kami bukan dari kelas yang sama. Tapi aku dan dia menjadi rapat disebabkan keadaan. Aku selalu balik lambat. Aku lebih rela menunggu Abah berejam lamanya dengan alasan kononnya takut naik bas maju sorang-sorang. Takda kawan yang nak behenti depan taman rumah aku nanti. Sebenarnya aku malas nak berebut berasak bagai nak naik bas awam. Itu je.Dan Wani pula selalu balik lambat, menunggu ibu saudaranya salah seorang cikgu disekolah kami tu. Masa memainkan peranan penting bila aku dan dia selalu menunggu. Kami mula melepak, berbual, mengusha abang abang form 5 semualah. Kalau cuaca panas, aku dan Wani berteduh dalam library. Port kami, meja surat khabar. Bukan kaki buku pun masa tu. Tapi melepak sambil menyelak berita-berita dunia, artis, bola. Begitu hubungan dari suatu keadaan bermula. "Aisyah tengok ni!" Wani menunjukkan gambar pemain-pemain bola kegemaranya. "Ni lah Gerrad. yang ini Philip Lamp! handsome gila kau!!!" Hurmm, boleh tahan
"Yang ini, Ozil, Podolski, Schweinsteiger, Klose...". Owh. Tahu-tahu, padahal satu pun aku tak kenal
"Ni player Brazil. Kaka, Neymar...". Tahu-tahu. Mengangguk dah serupa belatuk aku ni. Takpa, bohong sunat
Aku ni satu titik kuman pun bukan kaki bola. Bukan langsung tak ambil tahu. Cuma kurang. Tapi dah setiap hari aku dengar, si Wani ni berceloteh pasal player yang dia minat, dengan aku-aku sekali terlayan. Dalam diam menyempat juga aku mengusha si Lamp dengan si Kaka tu. Ada jugalah tergunting surat khabar, terjadikan 'cover' file. Kahkahkah. Sampai emak pun pelik bila aku beriya sekali tengok bola malam tu. Tapi bila team Brazil dengan Germany je. Dasyat sungguh pengaruh kawan ini sebenarnya.      Masa tu, silaturahim aku dengan pustakawan library pun aku rapat sekali. Haji, aku panggil dia. Dah semua panggil dia Haji, aku pun ikut sekali. Kecil rendah je orangnya. Tinggi aku jugaklah kalau berdiri tu. Outfit favourite dia, berkemeja putih berlengan panjang dipadankan dengan slack hitam. Peramah orangnya, lagak bapak-bapak. Mungkin sebab itu aku masuk je dengan apa yang dia bebelkan.Library sekolah aku ni tidaklah semegah mana. Kebanyakkan buku tak beberapa nak update. Yang banyaknya buku-buku jenis ensiklopedia, kulit tebal tu, berjilid satu sampai berpuluh. Aku tak rasa langsung ada yang nak meminjam. Buat perhiasan penuh rak buku je tu. Kadang-kadang tu bila datang bosan yang dashyat, siap aku minta Haji tu kerja. Ada apa-apa buku ke yang aku boleh tolong susunkan. Susun suratkhabar pun jadilah. Nampak rajinkan? Kahkahkah!     Dan masuk bulan kedua, aku mula rapat dengan Izza. Disebabkan faktor keadaan juga. Dia yang usha aku dulu rasanya sebab jarang aku nak purpose orang tanpa sebab munasabab. "Aisyah, saya dengar awak duduk taman sri sulong?" Izza memulakan perbualan."Ha'ah, awak pun?"Aku bertanya balik. Ada yang satu taman denganku rupanya."Lorong berapa? Fasa baru eh?" Soalan dijawab soalan. "Ha'ah, Fasa 3. Jalan 30A.. Awak?" "Kita belakang sekali. Jalan 44A.. Bolehlah kita balik sama." Ajaknya. Lemah lembut betul suara dia. Antara dengar tak dengar je aku rasa. "Kat dalam kelas ni, ada 4 orang duduk taman kita tu. awak, saya, Hazizi dengan Amirul." Jelasnya tanpa dipinta. Aku mengangguk. Ramai rupanya budak taman.Aku sangat-sangatlah berterima kasih kepada Izza yang sanggup mem'purpose' aku dan kita mula rapat. Izzalah yang mengajar aku balik dengan menggunakan bas awam. Cakap kat 'driver' tu nak turun dimana. Bayar terus tambang supaya senang nak turun nanti. Kalau boleh cari tempat dengan loceng. Senang nak tekan bila dah nak sampai nanti. Sebenarnya takdalah berasak sangat seperti yang aku bayangkan tu. Taknak berasak, tunggu la ramai-ramai dah naik dulu. Settle masalah. Yang berasak tu sebab berebutkan kerusi je sebenarnya.      Izza merupakan anak sulong juga sama sepertiku. Cuma adik-beradik dia semuanya lelaki dan aku semuanya perempuan. Boleh nampak watak dia sebagai penyelesaian masalah, aku pula penambah masalah. Satu pekara yang buatkan aku dan Izza semakin rapat ialah matematik. Ibubapa Izza cikgu. Tak hairanlah anak-anak cikgu selalunya berkualiti. Izza selalu mengadu bapanya garang bila bab belajar, lagi-lagi matematik. Satu pekara tentang diri aku yang sangat aku proud of ialah matematik. Bab kira-mengira ni memang petik jarilah aku boleh jawab. Kadang-kadang tu aku dah rasa bertanding dengan Izza. Aku tak dapat jawab, dia tolong. Dia tak dapat jawab, aku pula menunjukkan bakat. Yang paling aku ingat. Bila setiap kali Cikgu Jumali bagi kerja sekolah matematik. Kalau dia bagi 4 page sebagai homework, Izza mesti buat 6 pages. Esoknya aku pula buat 8 pages! Taknak kalah dengan Izza kononnya. Yalah, kalau Cikgu Jumali tu nanti minta tunjukkan jalan penyelesaian kat depan, aku dah sediakan payung sebelum hujan. Kadang-kadang tu, aku dengan Izza terlebih dulu membezakan jawapan aku dan dia. Mungkin ada yang aku salah.  Memang menyerlah lagi terserlah keterujaan aku setiap kali kelas matematik. Sampai satu tahap tu, aku gila kecewa berkecamuk hati bila dapat tahu Cikgu Jumali tak masuk kelas gara-gara mesyuarat. Padahal budak lain, menjerit gembira tak hingat dunia. Keliru juga sebenarnya. Aku ni suka matematik ke suka cikgu matematik ke suka menunjukkan bakatkan ke suka mendapat pujian dari cikgu? Kahkahkah! Dan faktor keadaan berjaya mencapaikan misi percarian kawan-kawan aku. Zaman remaje berumur 13 tahun ni hanya tahu kawan itu sebagai kawan. Belum jelas lagi kawan itu sebenarnya kawan ke kawan-kawan. Aku sangat berterima kasih kepada semua kawan-kawan aku yang sanggup menerima diri kawan seadanya ini. -bersambung

coretan by atooxoxo =)http://aq-islam.blogspot.com/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aq-islam.blogspot.com/2015/10/aku-bukan-loser-part-6.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Bukan Loser Part 1

Aku Bukan Loser Part 1

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 360 hits
1 Mencuba Cuba dan cuba lagi Jahanam tetikus cybercafe ni aku tekan laju laju Kenapa tak dapat Kenapa takde panggilan uitm pun Arghhh Habislah kena bahan dengan Abah Aku dah boleh agak Takpe Lagipun aku bukannya anak harapan Abah Aku dah me...
Aku Bukan Loser Part 10

Aku Bukan Loser Part 10

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 176 hits
10 Sudah genap 2 minggu dunia Form 4 ni bermula Tapi aku masih lagi terasa mood cuti tu berlegar legar segar dalam jiwa dan mental Masih terpinga pinga arah sebenar yang sepatutnya aku ambil untuk teruskan dunia pembelajaran ni Sebab untuk ...
Aku Bukan Loser Part 12

Aku Bukan Loser Part 12

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 168 hits
12 Senior Walaupun hanya berselang setahun awal kau beranak dulu kewajipan memangil kakak tu tersangatlah diambil kira Kakak itu Kakak ini Akak macam ni boleh tak Errr akak macam ni tak boleh ke Akak saya nak pergi surau dulu Akak kita gera...
Aku Bukan Loser Part 13

Aku Bukan Loser Part 13

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 204 hits
13 Hey saya Aisyah dari Batu Pahat Hai aku Fazira JB Aku tak beberapa ingat bagaimana hubungan aku dan Fazira bermula Tapi proses kenapa hubungan itu rapat juga tetap sama Disebabkan masa Disebabkan keadaan Fazira kawan rapat aku di dalam k...
Aku Bukan Loser Part 9

Aku Bukan Loser Part 9

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 217 hits
9 Cerita kawan aku tak habis lagi Sebab aku masih lagi percaya antara ramai ramai kawan aku ada kawan yang tahu give and take Sebab setiap yang memberi haruslah diterima dan diterima haruslah memberi balik Itulah kehidupan berkawan Masa For...
Aku Bukan Loser Part 11

Aku Bukan Loser Part 11

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 179 hits
11 Alhamdulilah Semuanya selamat Dengan perasaan takut berteman sang ego dapat juga aku menahan mata ini dari dibanjiri tsunami Sebak dia sampai tak boleh nak cakap masa aku peluk mak Emak dengan Abah pesan macam macam Aku rasa masa tu aku ...
Aku Bukan Loser Part 14

Aku Bukan Loser Part 14

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 167 hits
14 Masa makin mematangkan kita Antara aku selesa atau tak aku makin pandai menyuaikan diri Bukanlah payah mana Semuanya dah ada dalam jadual Ikut jelah jadual yang diberikan Dia suruh belajar kau belajar Dia suruh solat kau turunlah masjid ...
Aku Bukan Loser Part 8

Aku Bukan Loser Part 8

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 166 hits
8 Habis sahaja pmr dah lagak serupa tamatlah jajahan ditanah melayu jeritnya Aku masih tetap lagi ke sekolah seperti biasa walaupun ramai cakap membuang masa Semangat ke sekolah tu sudah sebati dalam jiwa nurani Aktiviti kat sekolah masa tu...
Aku Bukan Loser Part 3

Aku Bukan Loser Part 3

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 158 hits
3 Emak tak boleh ke kita pindah tahun depan sesi ber nego aku dan emak yang ke ratus kali dan tak pernah habis Emak baru je balik daftar sekolah baru Along kat sana Cikgu sana baik baik tahu Emak tak pernah nak faham Along Hati remaja aku m...
Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

Editing Tools For Drawing

Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Hutang Negara Turun Rm20 Bilion Grok Ai Dedah Sebaliknya Hahaha

Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

How Pre Owned Harleys In La Are Finding New Life At Lifestyle Cycles

Rafizi Pendakwa Raya Perlu Jelaskan Kenapa Ambil Masa Lama Sedia Bukti

Program Stem Genius Discover Science Through Art Fun Cetus Keterujaan Minat Sains Dan Matematik Pelajar Sekolah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Honey Trap When Seduction Meets Spycraft In The Shadows Of Power

Klia S Aerotrain System Operational Next Month Loke

Pn Mp S Call To Restore Judicial Independence Timely

Pokok Kelapa Tepi Rumah

Bunga Kemboja Putih

Dendi Nata Tergariskan Chord