Aku Bukan Loser Part 9
9. Cerita kawan aku tak habis lagi. Sebab aku masih lagi percaya antara ramai-ramai kawan aku ada kawan yang tahu 'give and take'. Sebab setiap yang memberi haruslah diterima dan diterima haruslah memberi balik. Itulah kehidupan berkawan. Masa Form 3 jugalah aku mengalami satu fasa yang mana ramai kawan-kawa yang lebih one step forward dari aku. Rasa nurani tu tercalar dan tercabar. Fuhh,Kebanyakkan kawan-kawan aku yang aku rapat, tinggalkan aku. Sedih betul. Sebabnya ramai yang tak perform masa final exam, dan mereka yang dari kelas petang lebih perform. Seriua aku dan sangat awkward dalam kelas aku sendiri. Kalau tak silap aku, dalam 4 ke 6 orang yang bertahan. Yang lain, tinggal kenangan. Dan doaku masih termakbul. Izza masih disisi. Di sini juga dengan perasaan masih terkejut, proses penerimaan tu tetap perlu diteruskan. Sangat jelas persaingan makin bertambah sengit dan padat. Aku masih ingat, dalam kelas matemtik juga. Kalau dulu hanya aku dan Izza didepan, tapi tidak lagi. Ada si kembar. Ramai yang cakap mereka ni otak matematik. Si Yahya dan Yusuf. Dan memang betul. Setiap kali soalan matematik cikgu, aku dan Izza tak dapat selesaikan, mereka lah cikgunya. Fatin and the gang! Aku masih lagi betapa payahnya aku nak bergaul. Senang cakap, aku hanya berbual dengan mereka yang aku kenal. Sombong bukan. Dia punya pang pung pang pung buat kau mudah senang dengan dia. Lagi-lagi dia ni jenis banyak infomasi. Bab cinta, bab lelaki, bab perempuan, semua masuk dah macam Astro. Memang kau tak habis gelak dengar coleteh dia macam-macam. Ada saja topik menarik dia ajak kita dengar.'One things' yang aku sangat cemburu dengan Fatin, ialah sejarah. Dia ni bab sejarah semua dalam tangan. Cakap je pasal sejarah melaka, parameswara, kedatangan jepun, kelemahan british, malayan union, pertubuhan melayu bersekutu, semua tu lah memang dia cerita macam gosip artis je kau dengar. Aku ingat lagi, aku pernah kena denda gara-gara sejarah. Malunya ya ampun. Dahlah, aku satu-satunya si hawa yang didenda dengan si adam-adam yang lain. Hanya sebab, aku tak warnakan peta sebiji macam dalam buku teks tu. Dan bebekalkan iman yang kuat aku dan budak-budak yang lain duduk dibelakang kelas, mewarnakan peta dengan hati yang riang. Berbulu betul aku dengan cikgu tu. Berkobar-kobar je tangan aku nak pancitkan kereta dia balik nanti. Dan disebabkan itu juga satu perjanjian manis termenterai antara aku dan Fatin dalam diam. Yahh, cuma aku dan dia. Izza pun aku tak beritahu. Tak ingat siapa punya idea, tapi yang pasti aku setuju baik punya. Perjanjianya, bila setiap kaji ujian sejarah dan matematik, aku dan dia akan saling memberi dan menerima. Maka dengan itu setiap kali, ujian sejarah aku perform kaw-kaw, dan setiap kali ujian metamtik, dia perfom habis sepertiku. Tapi tidaklah semasa peperiksaan besar, nahas kantoi kau. Yusof. Tadi tu si kembar, Yusuf. Yang ni pula si Yusof yang lebih dikenali sebagai Ucop. Comel je bunyinya. Ucop ni juga dalam diam perwatakan dia mencuri mata aku. Tak tahulah kalau ini dinamakan crush ke tak kan? Uniknya, bila dia bersuara persis kartun. Aku ingat dia buat-buat, tapi bila dengar nak tergelak juga. Dan kalau bila bab membaca, budak-budak kelas mesti suruh dia. Lepas tu ramai yang menganjing balik. Tapi bagi aku, dia ni tetap ada keistimewaan. Serius aku tak pernah tegur dia even dalam hati ni nak sangat duduk berbual kosong dengan dia. Malulah.Malu aku memang tak bertempat sangat. Kenapa nak malu, bukannya tak pakai baju pun. Entahlah. Tapi aku ada misi tersendiri. Setiap kali masuk makmal matematik, sebenarnya aku akan ambil tempat depan sekali dalam barisan perempuan. Depan sekali dengan erti kata lain, belakang si Ucop tu la. Nampak? dan setiap kali dia nak passing buku ke kertas ke belakang, aku akan dapat pandang muka dia. Redup mata dia. Tambah dengan senyuman lesung pipit, bergetar juga iman aku kejap. Shhh...Ini rahsia kita-kita je. Aku masih jelas dan perasaan satu kelemahan diri aku yang aku tak boleh nak tapis sampailah sekarang ni. Kadang-kadang tu rasa jelas sangat sampai boleh buat orang lain tak selesa dengan aku. Bila bab bergaul. Aku bukan jenis suka masuk campur kalau takda kena-mengena dengan aku. Betul kata si Kaka tu. Bukan hal aku, biarku jalan dulu tahu rasanya. Tapi at one time, tu aku rasa bukan macam ni sepatutnya. Sebab, one day nanti yang kau tak tahu, sebenarnya kau memerlukan pertolongan orang tapi kau takda siapa-siapa. Ini maksud sebenar kawan bukan?-bersambung
coretan by atoo
xoxo =) http://aq-islam.blogspot.com/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aq-islam.blogspot.com/2015/10/aku-bukan-loser-part-9.html