Aktiviti Uji Minda Bersama Anak Dengan Permainan Menarik Di Solaitaire Org
Kalau korang nak tahu, aku pernah kena sound dengan cikgu sebab main permainan Solitaire atau daun terup dalam komputer di perpustakaan sekolah masa kat sekolah menengah dulu. Katanya game daun terup ni macam main game judi. Biasalah, komputer dulu mana ada talian internet untuk main games secara online. Komputer pun masih lagi guna Window 98. Solaitaire, Minesweeper dan Free Cell, anatara games yang boleh main secara offline itulah je sumber hiburan kalau lepak kat perpustakan.
Aku kenal main daun terup ni pun sebab masa kecik dulu selalu nampak orang dewasa main dam haji dan daun terup kat kedai kopi. Yang peliknya apa kaitan daun terup dengan judi? Aku tengok seronok je diorang main daun terup sambil bergelak sakan tanpa ada sebarang pertaruhan berbentuk wang. Lepas tu, barulah aku faham kenapa game daun terup ni selalu dikaitkan dengan judi. Dulu kan TV2 dan TV3 selalu tayang filem God of Gamblers lakonan Chow Yun Fat dan Stephen Chow. Memang patutlah game Solitaire atau daun terup ni disalah tafsir
Nak main permainan kad, dah tak perlu daun terup ye..game Solitaire dah boleh main online guys.
Sebenarnya tidak ada masalah pun nak main game daun terup ni. Bergantung pada diri sendiri. Macam blog dan Facebook jugak. Kalau digunakan untuk buat benda buruk, maka jadi negatif la jawab. Ni haa..kalau korang pengguna Window 98 atau XP, mesti korang dah biasa dengan game Solitaire ni kan? Rupanya game Solitaire ni banyak versi tau. Aku pun baru perasaan lepas terjebak dengan games dalam web Solitaire.org ni
Senarai Permainan Kad Solitaire Secara Percuma Di Solitaire.orgKalau korang nak tahu, permainan Solitaire ni mampu menguji dan mencabar minda korang tau. Yalah, korang kena perah otak untuk rancang strategi tu untuk menang. Macam aku cakap, game Solitaire ni banyak versi tau untuk korang main. Klondike, FreeCell, Spider, Pyramid, Tripeaks, Golf dan Mahjong adalah antara versi Solitaire yang popular yang orang selalu main. Selama ni aku ingat permainan Solitaire ni terhad pada satu game je.
Antara senarai Solitaire yang tersedia dalam web Solitaire.org..fuhh, puas hati kalau dapat main semua
Sekali terjah web Solitaire.org, rupa-rupanya ada berpuluh-puluh lagi permainan Solitaire pelbagai versi yang korang boleh cuba. Ada versi mudah dan ada versi yang agak advance. Kalau korang dah biasa main dengan Solitaire popular yang aku senaraikan kat atas tu, inilah peluang korang untuk cuba versi Solitaire yang lain pulak. Antara senarai Solitaire lain yang telah disediakan seperti 3 Keys, Ace of Hearts, Taj Mahal, Scorpion, Zero 21 dan banyak lagi. Korang boleh tengok sendiri ye..memang mantap
Jom Uji Minda Dengan Permainan Klondike Dan Freecell SolitaireAgak-agak dalam permainan Solitaire ni yang mana paling syok untuk main? Sebenarnya, susah nak decide tapi bagi aku sendiri ada dua iaitu Klondike dan Freecell. Aku main just for fun je. Tak pernah taruh apa-apa ye..haha. Game ni sebenarnya uji minda dan planning jugak tau. Kalau tak fikir, korang senang-senang je boleh kalah
Kalau korang power main Klondike, meh tengok score yang korang dapat..hehe
1. Klondike
Mesti ramai yang tak pernah dengar nama Klondike ni kan? Untuk pengetahuan korang, sebenarnya Klondike ni adalah versi asal atau versi klasik Solitaire. Alah,versi yang korang selalu main tu dalam Microsoft Window secara offline tu. Permainan Klondike ini boleh dimainkan secara online dengan percuma dan part yang paling bestnya tidak ada iklan yang menyebabkan korang rasa menyampah masa main game ni
Nak main permainan Klondike mudah je. Korang kena susun kad mengikut turutan iaitu dari Ace hingga King. Game is over bila dah tiada pengerakan yang dibuat dalam permainan tersebut. Pastikan korang ada strategi terlebih dahulu untuk main Klondike ni, baru boleh menang
Freecell bagi aku tak berapa mencabar kalau compare dengan Klondike..tapi still enjoy.
2. Freecell
Game Freecell ni sedikit mudah untuk dimainkan jika dibandingkan dengan game Klondike. Permainan ni dipanggil Freecell kerana kalau korang perasan ada 4 tempat kosong yang disediakan di sebelah tepi. Tujuannya untuk memudahkan kita untuk mengalihkan kad dari petak utama buat sementara. Korang kena susun kad yang berada di petak utama berselang seli ikut warna dan turutan level (dari King hingga Ace)
Yang menjadikan Freecell ni mudah sikit sebab kedudukan semua kad adalah face-up, jadi korang boleh nampak kad dan boleh susun strategi kad yang mana nak digerakkan terlebih dahulu. Kalau korang kali pertama main game ini, jangan risau ye sebab penerangan dan video ada disediakan
Seronok Main Hidden Object Games Dan Match 3 GamesSebenarnya, permainan dalam web Solitaire.org ni tidak hanya terhad pada permainan kad sahaja. Terdapat beberapa permainan yang lain korang boleh akses secara percuma tanpa perlu bayaran, tak perlu download dan tak perlu daftar pun. One of my favourite games ialah Hidden Object Games. Bagi aku, game ini sesuai untuk semua lebih-lebih lagi kanak-kanak. Secara tak langsung, ianya mampu mengajar mereka fokus dalam misi mencari benda-benda yang tersembunyi selain membantu mengenal benda-benda yang baru berdasarkan gambar yang diberikan
Korang cari barang yang tersembunyi dalam Hidden Object Games berdasarkan gambar yang telah diberikan.
Dalam permainan ini, tugas utama korang adalah mencari beberapa objek yang tersembunyi mengikut gambar objek yang telah diberikan. Contoh macam game yang aku main ni Play Pirates and Treasures. Game ni ada 8 level yang korang kena selesaikan. Score bagi setiap objek yang korang dapat cari ialah 100 dan total score yang korang dapat bergantung pada masa korang selesaikan pencarian objek tersebut. Ingat, jangan main klik ye sebab 5 saat dari masa yang diberikan akan ditolak
Dan satu lagi permainan yang aku suggest korang kena main ialah Match 3 Games. Fuhh..best weh game ni. Kalau korang pernah main Candy Crush, mesti korang akan teruja nak main game yang ni jugak.
Korang cari je warna yang sama untuk korang swap dalam game Candy House ni.
Ada beberapa pilihan games yang disediakan untuk Match 3 Games ni. Yang ni aku pilih nak main game Candy House yang seakan-akan sama dengan Candy Crush. Untuk game yang ni, korang kena swap 2 item untuk padankan 3 atau lebih item yang sama dalam lajur menegak atau mendatar. Masa main, korang kena laju dan pandai buat plan supaya banyak blok dapat dipecahkan untuk dapat score tinggi
Pembelajaran Melalui Games Word Search, Sudoku Dan Crossword Di Solitaire.orgSelain daripada itu, website ini juga menawarkan game online yang berbentuk pendidikan seperti Word Search, Sudoku, Crossword dan sebagainya. Orang kata sambil belajar sambil bermain. Bagus untuk perkembangan minda anak-anak dengan adanya pembelajaran interaktif seperti ini. Boleh tingkatkan sekali penguasaan bahasa Inggeris terutamanya vocabulary tu melalui game Word Search ini.
Syok layan game ni tau..mata kena fokus untuk cari perkataan tu.
Apa yang menarik tentang permainan Word Search ni, game yang korang main tu boleh print untuk dijadikan sebagai koleksi. Setiap hari perkataan yang berbeza diberikan. Kalau korang rasa level yang korang main tu tak mencabar, boleh pilih level lain dengan tukar tarikh pada sebelah kiri. Bayangkan korang main Word Search ni selama 30 hari dan sehari ada 22 perkataan yang korang kena cari. Secara tak langsung korang dah berjaya dapat 660 perkataan dalam bahasa Inggeris dalam masa sebulan. Fuhh..boleh speaking terus
Aku mula-mula nak main, blur jugak. Lama-lama jadi seronok pulak main.
Kalau korang peminat Sudoku, permainan teka teki Matematik ni, ini adalah game yang korang kena join. Cara permainan game ni mudah je. Korang kena pastikan baris melintang dan baris menegak yang mempunyai 9 kotak tu diisi dengan nombor 1 sehingga nombor 9. Pada masa yang sama, setiap kotak yang mengandungi 9 kotak kecil juga diisikan dengan nombor 1 hingga nombor 9
Korang juga kena pastikan tiada nombor yang sama atau berulang di setiap baris kotak melintang, menegak dan juga di kotak yang mengandungi 9 kotak kecil. Bagi yang tak biasa, memang agak mencabar minda korang. Jangan risau, level korang boleh pilih easy, medium, hard dan expert.
Main Game Online Bersama Anak Di RumahDi musim pandemik ni, walaupun duduk di rumah sebaiknya cuba jana minda kita dan anak-anak dengan permainan online. Selain dapat isi masa yang terluang, permainan sebegini mampu mengajak diorang untuk berfikir dan learn in a fun way
Jadi, kalau korang rasa nak layan game secara online, boleh terus main kat Solitaire.org
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nicknashram.com/2021/09/aktiviti-uji-minda-bersama-anak-dengan-permainan-menarik-di-solitaire-org.html