Bukit Tinggi Percutian Aktiviti Yang Menarik Dilakukan
Salam.
Setahun juga tak pergi ke mana-mana disebabkan PKP dan PKPB.. Hujung bulan Disember 2020 dapatla juga kami 1 Day Trip ke Bukit Tinggi. Itupun tak dirancang, main pergi je takda plan. Kalau ikutkan hati memang tak nak ke mana-mana risaukan keselamatan. Namun, SOP dan berhati-hatilah semua. Entry ni actually nak kongsi aktivi seharian kami di Bukit Tinggi. Bukit Tinggi ni sejuk dan nyaman, kalau korang minat nature, bolehla ke sini. Acah-acah sikit ala-ala di luar negara kalau pakai baju sejuk, snow cap dan boot. hihi 😋
1. Berjalan & Bergambar di Kota Colmar Tropicale
Perjalan hampir 40 minit dari bandaraya Kuala Lumpur memang berbaloi. Kesejukan, nyaman dan kehijauan alam semulajadinya sangatlah mendamaikan. Kesibukan kota raya, stress bekerja dan masalah pun boleh lupa bila menjejakkan kaki di sini. Destinasi pertama semestinya di Kota Colmar Tropicale. Melihat seni binaannya seperti berada di Mini France. Seperti sebuah kota kecil yang sangat cantik untuk bergambar kenangan. Jangan lupa bergambar bersama Swan juga ya. Anak-anak mesti seronok!
2. Makan di Kota Colmar Tropicale
Banyak pilihan di sekitar Colmar Tropicale, kalau Nova ke sini, kami suka Western Food seperti Pizza dan Spaghetti. Kesukaan budak-budak ni memang Spaghetti Cheese atau Pepperoni Pizza. Oh ya Starbucks pun dah ada di sini tau. Kalau penat memandu bolehla pekena kopi dulu. Banyak pilihan, makanan Melayu pun ada ya jika korang bawa ibu bapa.
Kena pau hello kitty baloon dulu dengan sikecik ni
3. Melawat Japanese Village
Pertama kali Nova panjat bukit menuju ke Japanese Village ni. Hujan renyai pulak masa ni. Memang berkira sangat nak naik ke tak. Tapi sebabkan dah alang2 datang tu.. naik jerla dengan bawa payung in case lebat. Agak penat naik tu bagi Nova yang dah lama tak exercise ni, mencungap laki bini. Tapi bila nampak landscape di atas tu.. hilang rasa penat. Memang berbaloi sangat2. Lawanya.. memang setting dia mcm Japanese Village, cuma rumahnya ada 2 buah je.. satu atas bukit satu tepi sungai. Tambah pula masa tu kabus tebal.. ayooo sejuk nyaman sangat. Kalau nak bergambar ala2 kimono di Jepun pun korang boleh sewa.
4. Rabbit Park
Seterusnya kami ke Rabbit Park. Memandangkan tengah Pandemik ni, Semua rabbit masuk ke dalam sangkar. Tak boleh pegang dan main. Takperla janji dapat tengok rabbit pun jadila bagi budak seronok kan. Rabbit ni odw kami dah odw turun ke bawah.
5. Horse Riding
Dan terakhir dan wajib kena buat adalah menaiki kuda. Horse Riding ni kena pergi sebelum pukul 6 petang kalau tak silap. Dia tutup awal sebab kuda nk rehat dan makan. Ini kali kedua ai naik kuda, mula2 dulu pergi masa baru je kahwin. Ada drama masa kat sini, si adik yang beria nak naik kuda, kata tak takut ... bila dah duduk atas kuda.. tak nak lepas daddy takut pula. Ha.. maknya lah yang kena ganti. Bayaran dia tak silap dalam RM35 10 minit ke 15 minit camtu. Dia bawak pusing2 sekitar situ. Ok memang layan je naik kuda tu..
Sekejap je letak dah takut. hehehe.. takper next time kita cari Pony la dik ya
Big boy
Melawat kandang kuda dulu sebelum pulang
Alhamdulillah.. selesai seharian kami di Bukit Tinggi. Jam 6.45 petang kami turun dan pulang ke Kuala Lumpur. Budak-budak pun happy sangat2, letih sampai tertido dalam kereta. Alhamdulillah tak dapat jalan ke luar negara ke luar negeri ke.. dapat jalan begini pun dah happy sangat. Terima kasih daddy bawa kami jalan-jalan.
Ok.. itu jela. Semoga perkongsian ni boleh bg idea pada korang nak buat apa di Bukit Tinggi. Bye.
Sekian.
http://feeds.feedburner.com/NovaLeezaMyDiary
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://novaleeza.blogspot.com/2021/03/bukit-tinggi-percutian-aktiviti-yang.html