Aktiviti Harian Seperti Biasa Lockdown Apakah Ini




Aktiviti harian seperti biasa, lockdown apakah ini?Oleh: Redzuan RF8 MediaJune 04, 2021ShareKerajaan Perikatan Nasional (PN) menegaskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau lockdown bertujuan untuk menurunkan keluk jangkitan Covid 19.
Namun selepas 3 hari lockdown dikuatkuasakan, 17 sektor dibenarkan beroperasi dan menyaksikan aktiviti harian berjalan seperti biasa
Bagi Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, satu pertanyaan perlu diajukan kepada kerajaan PN, apakah mereka bersungguh-sungguh mahu melaksanakan lockdown dan menangani jangkitan Covid 19 yang semakin tidak terkawal?
“Kilang boleh terus beroperasi, pasar dibuka seperti biasa, orang pergi bekerja setiap pagi dan ada yang berjoging di luar rumah, bersolat di masjid bahkan ada yang berkahwin. Lockdown apakah ini?
“Dari keadaan trafik yang sesak dan padat di jalan raya, kita sepatutnya sedar bahawa lockdown 3.0 yang dibuat ini tidak akan memberi impak untuk menurunkan jumlah kes.
“Tetapi penutupan di sini sana pasti banyak memberi kesan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan peniaga kecil, pelajar pula akan kehilangan setahun lagi pembelajaran, manakala kes jangkitan dan jumlah kematian akan terus meningkat dalam beberapa bulan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.
Dr Tan mengingatkan bahawa kebanyakan kluster dikesan di tempat kerja, terutamanya kilang dengan bilangan pekerja yang ramai merupakan penyumbang utama kluster tempat kerja.
Katanya, sebagai contoh, sejumlah 115 kluster tempat kerja dengan lebih 5,392 kes dilaporkan berlaku antara 12 hingga 26 Mei, di mana lebih daripada separuh jumlah yang terlibat adalah dalam sektor pembuatan sebanyak 62 kluster atau 53.4 %.
“Dengan keadaan ini, mengapa kerajaan masih membenarkan begitu banyak kilang terus beroperasi dengan 60% tenaga kerja? Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri perlu menjelaskan keputusannya ini.
“Menteri Kewangan pula memberitahu kesemua sektor ini mesti dibenarkan beroperasi kerana peranan mereka dalam rantaian pembekalan dunia.
“Memetik industri elektronik sebagai contoh, dia mengatakan jika Malaysia menghentikan pengeluaran, ia akan memberi kesan kepada dunia dalam bekalan peralatan perubatan, sistem pengangkutan dan telekomunikasi, termasuk industri air dan tenaga. Industri pembuatan lain juga merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan dunia, oleh itu, mereka tidak boleh menghentikan pengeluaran.
“Hakikatnya, eksport produk elektronik negara hanya menyumbang 7% daripada dagangan dunia. Industri elektronik dunia tidak akan runtuh hanya kerana Malaysia menghentikan pengeluaran selama 2 minggu. Begitu juga dengan industri lain. Memang diakui pengilang mungkin akan mengalami kerugian tetapi perniagaan mereka tidak akan runtuh sama sekali,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, kumpulan PKS, peniaga kecil dan orang biasa serta pekerja bawahan yang harus menanggung beban semua Prosedur Standard Operasi (SOP) dan penutupan. Sedangkan kilang-kilang besar dibenarkan terus beroperasi.
“Saya semakin jemu melihat Perdana Menteri meminta kita tinggal di rumah dan jaga diri. Kepada 2 juta pekerja kilang dan pejabat di 17 sektor yang harus terus bekerja mereka dan terdedah kepada risiko jangkitan, rayuan ‘untuk tinggal di rumah’ adalah gurauan yang kejam.
“Perkara mustahak sekarang adalah melakukan penutupan dengan lebih serius dan melakukan vaksinasi besar-besaran tanpa berlengah atau apa-apa alasan lagi.
“Apabila rantai jangkitan terputus dan vaksinasi besar-besaran mencapai sekurang-kurangnya 50% barulah program pemulihan ekonomi akan menjadi bermakna dan kehidupan akan kembali normal,” kata Dr Tan lagi.
Beliau menegaskan sekiranya kerajaan gagal bertindak tegas sehingga menyebabkan PKP atau lockdown berpanjangan tanpa had maka Malaysia yang akan tamat!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/aktiviti-harian-seperti-biasa-lockdown.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lrt Laluan Kelana Jaya Kembali Operasi Seperti Biasa

Lrt Laluan Kelana Jaya Kembali Operasi Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 303 hits
LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa bermula jam 6 pagi ini dengan menggunakan satu landasan disokong perkhidmatan bas perantara percuma PETALING JAYA Prasarana Malaysia Berhad pagi ini mengumumkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana ...
Hiburan Untuk Kembali Seperti Biasa Memang Tidak Lufya Maafkan Fara Hanim

Hiburan Untuk Kembali Seperti Biasa Memang Tidak Lufya Maafkan Fara Hanim

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 218 hits
Pelakon Lufya Omar memaklumkan dirinya telah pun menerima permohonan maaf daripada pengacara Fara Hanim Razak atas sebab menuduh Lufya merupakan antivaksin AdvertisementBaru baru ini tular cerita dimana Fara Hanim menuduh pelakon Rita Rudai...
Senarai Aktiviti Ekonomi Dibuka Ketika Total Lockdown

Senarai Aktiviti Ekonomi Dibuka Ketika Total Lockdown

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 223 hits
Oleh KOSMO Hanya sebanyak 17 perkhidmatan yang dibenarkan untuk meneruskan operasi dengan mematuhi SOP ditetapkan sepanjang penguatkuasaan tempoh lockdown bermula Selasa ini Gambar hiasanPETALING JAYA Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pe...
Cerita Covid 19 Dan Aktiviti Sepanjang Lockdown

Cerita Covid 19 Dan Aktiviti Sepanjang Lockdown

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 248 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua Kembali semula ke dunia blogging yang agak lama juga terabai Jangan risau saya masih setia dengan blog cuma lately ketandusan idea selain focus perkara lain hingga tanpa sengaja tertinggal cerita ...
Total Lockdown Kenapa Seperti Ada Kempen Salahkan Rakyat

Total Lockdown Kenapa Seperti Ada Kempen Salahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 365 hits
NORMAN RADZUANTOTAL LOCKDOWN Kenapa seperti ada kempen salahkan rakyat APAKAH PERSEDIAN KERAJAAN UTK RAKYAT Akhirnya 1hb ini kita akan kembali total lockdown Saya terbuka dlm soal ini demi kebaikkan rakyat tetapi apakah kerajaan sudah menye...
Hiburan Kemurungan Lihat Berita Orang Susah Sepanjang Lockdown Karl Shafek Mula Aktiviti Berkebun Dan Melukis

Hiburan Kemurungan Lihat Berita Orang Susah Sepanjang Lockdown Karl Shafek Mula Aktiviti Berkebun Dan Melukis

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 395 hits
Pelakon dan juga pengacara yang sebelum ini menyepikan diri agak lama daripada industri hiburan dipercayai mengalami masalah kesihatan mental Karl Shafek mempunyai inisiatif sendiri bagi merawat kemurungan yang dialami sepanjang tempoh Peri...
Court Cases Go Online Or Will Be Adjourned During Lockdown

Court Cases Go Online Or Will Be Adjourned During Lockdown

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 236 hits
Federal Court chief registrar Ahmad Terrirudin Mohd Salleh has laid out procedures for court hearings during the lockdown period PETALING JAYA All trials and hearings that were scheduled to take place in court during the coming two week loc...
Malaysia Total Lockdown Mulai 1hb Jun 2021

Malaysia Total Lockdown Mulai 1hb Jun 2021

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 402 hits
Setelah hampir dua tahun lamanya kita berperang dengan Covid 19 nampaknya kerajaan Malaysia masih belum ada jalan penyelesaian yang konkrit bagi menangani penularan wabak sekaligus mempertaruhkan nyawa rakyat dan semalam Malalui perutusan d...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

Rutin Setiap Enam Bulan Sekali

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Important Update For Your Account

Building Strong Support Network

Resipi Ayam Kicap Bercili Sedap Mudah Masak


echo '';
Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Liverpool Kecundang

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

Cara Meletakkan Keywords Dengan Betul

Jom Claim Air Free Di Fajja

Siri 1 2025 Tawaran Kompaun Khas Jpj Settle Your Saman For Just Rm150