Aisar Khaled Sambut Kepulangan Sahabat Baik Haroqs Pulang Dari Palestin Selepas Dibebaskan Tentera Israel


KUALA LUMPUR – Tular di TikTok apabila Aisar Khaled memuat naik video menyambut kepulangan sahabat karibnya, Haroqs, yang baru pulang ke tanah air selepas dibebaskan daripada tahanan tentera Israel di Palestin.
Menerusi perkongsian video berkenaan, kelihatan kedua-duanya berpelukan erat dalam suasana penuh emosi. Haroqs turut kelihatan sebak dan menitiskan air mata sebaik tiba di Malaysia, disambut penuh kasih oleh Aisar dan pasukannya.
“Sahabat dan teamku Haroq pulang Malaysia dari Palestin,” tulis Aisar ringkas di kapsyen video tersebut.
Momen pertemuan itu bukan sekadar perjumpaan dua sahabat, tetapi simbol kelegaan dan kesyukuran selepas melalui detik mencemaskan di bumi bergolak itu.
Doa Haroqs yang Dimakbulkan Allah
Dalam pada itu, ramai yang kembali mengimbau kisah tular sebelum ini ketika Haroqs berdoa agar rakyat Palestin dikurniakan rezeki ikan yang banyak, hanya beberapa hari sebelum beliau ditahan oleh tentera Israel.
Beberapa hari selepas doa itu dipanjatkan, nelayan Palestin benar-benar memperoleh hasil tangkapan luar biasa. Momen itu menjadi simbol kekuatan doa dan keikhlasan hati pejuang muda tersebut.
“Tengok Haroqs je, terus teringat moment doa dia menembusi langit, dimakbulkan Allah,” tulis seorang pengguna yang turut mengakui terharu dengan kuasa doa tersebut.
Netizen Sebak, Kagum Dengan Eratnya Persahabatan
Ramai dalam kalangan netizen menzahirkan rasa kagum terhadap kesungguhan Aisar yang dilihat sanggup pulang ke tanah air demi menyambut sahabat baiknya itu.
“Sanggup Aisar balik sebab Haroq… MasyaAllah hebat,” komen seorang pengguna yang juga pengacara siaran langsung di TikTok.
Tidak kurang juga yang memuji keperibadian Aisar, yang disifatkan sentiasa menghargai orang sekeliling tanpa mengira pangkat atau status.
“Aisar ni satu je saya salute — dia betul-betul menghargai sesiapa pun dengan penuh ikhlas,” tulis seorang lagi pengguna.
Bagi sebahagian penonton pula, video berkenaan cukup menyentuh perasaan hingga membuatkan ramai menitiskan air mata.
“Sapa tengok ulang banyak kali, pastu senyum tak sedar air mata mengalir… Sebak weh,” luah seorang netizen.
Dalam masa sama, ada juga yang mengingatkan agar masyarakat tidak melupakan misi kemanusiaan Freedom Flotilla Sumud yang masih berjuang untuk Gaza.
“Kita jangan lupa pada second wave, Freedom Flotilla Sumud. Jangan lupakan mereka juga membawa misi yang sama,” tulis seorang pengguna di ruangan komen.
Ikatan ‘Brotherhood’ Yang Jarang Dilihat
Seorang pengguna lain turut berkongsi kisah lama persahabatan mereka, menceritakan bagaimana Haroqs sering menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan Aisar Khaled, dari projek video, misi umrah hingga ke anugerah di luar negara.
“Aisar boxing pun Haroqs yang rakam, Aisar dapat award kat China pun dia bawa Haroqs sekali. Ramadhan pun bersama, tengok bola sama, sampai bila Haroqs hilang telefon pun Aisar dan team sanggup batalkan tiket mereka untuk cari balik. Memang brotherhood mereka ni positif dan saling support,” tulisnya.
Video pertemuan dua sahabat ini bukan sekadar kisah reunion, tetapi cerminan nilai setia kawan, keikhlasan, dan keteguhan semangat seorang insan yang pernah merasai keperitan ditahan di bumi Palestin.
Haroqs merupakan antara aktivis Global Solidarity Flotilla (GSF) yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam selepas dibebaskan oleh pihak Israel. Ketibaan mereka disambut penuh rasa syukur dan linangan air mata oleh ahli keluarga, rakan-rakan serta penyokong yang menantikan kepulangan mereka sejak beberapa minggu lalu.
MasyaAllah, indahnya persahabatan kerana Allah. – The Malaysian Update
The post Aisar Khaled Sambut Kepulangan Sahabat Baik, Haroqs Pulang Dari Palestin Selepas Dibebaskan Tentera Israel appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/10/08/aisar-khaled-sambut-kepulangan-sahabat-baik-haroqs-pulang-dari-palestin-selepas-dibebaskan-tentera-israel/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Dekad Terpisah Tahanan Palestin Akhirnya Bersatu Dengan Anak Perempuan Selepas Dibebaskan

Dua Dekad Terpisah Tahanan Palestin Akhirnya Bersatu Dengan Anak Perempuan Selepas Dibebaskan

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 172 hits
GAZA Menerusi perkongsian oleh wartawan dan koresponden Al Jazeera Obada Tahayna detik penuh emosi dirakam apabila Ali Al Sayes seorang rakyat Palestin yang dibebaskan selepas lebih 20 tahun dipenjarakan oleh Israel kembali bertemu dengan a...
Tahanan Palestin Terkejut Lihat Keluarga Masih Hidup Selepas Dibebaskan

Tahanan Palestin Terkejut Lihat Keluarga Masih Hidup Selepas Dibebaskan

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 147 hits
GAZA Sungguh berat ujian yang ditanggung namun indah cara Allah menggantikannya Tular sebuah video menyayat hati memaparkan jurufoto Palestin Shadi Abu Sido yang akhirnya dibebaskan selepas menjalani tempoh tahanan panjang di penjara Israel...
Sukarelawan M Sia Dipukul Diberi Makanan Haiwan Oleh Tentera Israel Peguam

Sukarelawan M Sia Dipukul Diberi Makanan Haiwan Oleh Tentera Israel Peguam

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 182 hits
Malaysiakini nbsp Sebahagian daripada 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla ke Gaza mendakwa mereka dipukul di muka ditarik rambut dan diberikan makanan haiwan ketika berada dalam tahanan rejim Isr...
Palestin Sambut Gembira Pengumuman Gencatan Senjata

Palestin Sambut Gembira Pengumuman Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 116 hits
GAZA Tular di media sosial apabila rakyat Palestin dilihat bersyukur dan meraikan berita gembira selepas dimaklumkan mengenai pengumuman gencatan senjata di Gaza Hamas Setuju Dengan Pelan Damai Memetik laporan BERNAMA kumpulan Palestin Hama...
Aktivis Flotila Gaza Cerita Layanan Buruk Tentera Israel Ucap Terima Kasih Kepada T Rkiye

Aktivis Flotila Gaza Cerita Layanan Buruk Tentera Israel Ucap Terima Kasih Kepada T Rkiye

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 154 hits
Aktivis Flotila Gaza Cerita Layanan Buruk Tentera Israel Ucap Terima Kasih Kepada T rkiye LONDON 7 Okt Seorang peserta warga Britain dalam misi Flotila Sumud Global yang dipintas tentera Israel minggu lepas mendedahkan bahawa askar lelaki r...
Pu Rahmat Tentera Israel Benci Pasport Malaysia

Pu Rahmat Tentera Israel Benci Pasport Malaysia

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 149 hits
Fatin Hanani Sahimi Fareez AzmanKUALA LUMPUR Pendakwah Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau PU Rahmat berkongsi pengalaman ketika ditahan oleh tentera Israel yang meluahkan kebencian apabila melihat pasport Malaysia Beliau berkongsi perkara berke...
Aktivis Gsf Akan Dibebaskan Kata Israel

Aktivis Gsf Akan Dibebaskan Kata Israel

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 151 hits
K PRAGALATHOctober 2 2025Kementerian Luar Israel telah mengesahkan bahawa kesemua aktivis yang Global Sumud Flotila yang ditahan akan dibebaskan tidak lama lagi Mereka yang dirujuk sebagai penumpang Hamas Sumud juga dikatakan berada dalam k...
9 Sukarelawan Malaysia Ditahan Secara Tidak Sah Oleh Tentera Israel Buat Video Sos Sedih Baya Mak Ayah Kita

9 Sukarelawan Malaysia Ditahan Secara Tidak Sah Oleh Tentera Israel Buat Video Sos Sedih Baya Mak Ayah Kita

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 176 hits
Sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition x Thousand Madleens to Gaza dilaporkan telah ditahan secara tidak sah oleh rejim Zionis Israel Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran mesej kecemasan yang di...
Who Is Anwar Ibrahim The Malaysian Leader Who Helped Trump Preside Over A Peace Deal

To Debate Satanic Us Trade Deal

Family Life Protection Plan Malaysia Secure Your Loved Ones Future

Nothing To Shout About Trump S Kl Stopover Is A Matter Of Calendar Not Diplomatic Calibre

Trade Deal Why Are We Surrendering Rm1 Trillion To Us Ask Hassan Mca Leader

China Trade Deal Shows We Re Not Intimidated By Us Says Anwar

Tarikh Buka Sekolah Kpm Sesi 2026 2027 Kalendar Akademik

Peniaga Kedai Makan Disamun Rm10 000 Tiga Lelaki Berparang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buat Balik Raised Bed Tebu Kuning

Sarravalle Designer Outlet Day 3

Fake Baby Products How To Protect Your Child From Counterfeit Gear In Malaysia

Pop Display Custom Tarik Perhatian Pelanggan Di Setiap Sudut Kedai

Hiburan Kes Adik Dikel R Abang Sendiri Suspek Mungkin Terpengaruh Video Game Alami Halusinasi Polis

Itp Slot 1