Aktivis Akan Membuat Pendedahan Terbaharu Apa Yang Tersirat Isu Banjir Balak Di Bentong




KUANTAN - Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli, hari ini mendakwa beliau akan membuat satu pendedahan terbaharu berkaitan kerosakan dan kemusnahan alam sekitar di kawasan tanah tinggi Bentong, hingga menjurus kepada kejadian 'banjir balak' yang melanda kawasan itu selama ini.
Menulis di facebooknya, Shukri menyatakan beliau mengambil masa agak lama untuk mengumpul segala maklumat daripada pihak berkaitan. 
"Saya akan mendedahkan secara terperinci satu persatu kesalahan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap kawasan tanah tinggi di Bentong, hingga menyebabkan terjadinya 'banjir puing kepala air balak' baru-baru ini. 
"Akhirnya segala yang tersirat pasti akan terbongkar. Biarlah rakyat yang fikirkan, siapa benar dan siapa yang salah?. Biar rakyat nilai, siapa yang lebih jujur dan amanah dalam isu banjir terburuk dalam sejarah ini. 
"Ingat, bukan seorang dua yang maut tapi 'sembilan' orang iaitu enam di Telemong, tiga lagi di Janda Baik. Pendedahan saya ini siap dengan fakta-fakta bukan auta. Saya kini diperingkat akhir mengumpul segala maklumat teknikal yang sah daripada pihak-pihal yang berkenaan. Moga dipermudahkan," kata kenyataan di facebook aktivis terbabit hari ini.
(https://www.facebook.com/cmkcucumatkilau/)
Menurut Shukri, pendedahan itu terpaksa dibuat agar rakyat tahu kebenaran yang sudah lama tersirat. Banyak pihak yang terlibat dengan kerosakan dan kemusnahan ini, dan sindrom penafian adalah jalan terakhir untuk menutup segala kelemahan mereka.
"Jika dalam isu Musang King di Raub, mereka akhirnya menebang 101.1 hektar tanah Hutan Simpan Batu Talam yang diceroboh. Ada tindakan dilakukan dengan jelas walau pun ada lebih 3,000 hektar lagi yang tidak ditebang sebenarnya.
"Namun tindakan itu ada, mereka melakukan bagi menutup mulut rakyat. Namun di Bentong, hanya sekadar penafian oleh semua pihak dan menyalahkan aliran puing, kepala air dan debris flow sepenuhnya.
"Tiada seorang pun orang kerajaan berani mengaku kesilapan mereka. Jika boleh ditutup, maka akan ditutup serapat-rapatnya tanpa mengambilkira sembilan nyawa mangsa yang tidak berdosa hilang dan segala harta benda rakyat musnah begitu sahaja." dakwa Shukri.
Justeru, langkah terakhir perjuangan rakyat ialah menyatakan kebenaran walau pun pahit untuk ditelan. 
"Saya sedia dikenakan sebarang tindakan undang-undang jika pendedahan saya itu  nanti adalah fitnah semata-mata. Berani kerana benar. Tegakkan kebenaran itu adalah yang dituntut, bukan menyembunyikannya. 
"Saya mahu tamatkan 'game' ini secara berhemah agar rakyat di luar sana tidak menuduh kami yang mempersoalkan isu ini sebagai kaki fitnah, tiada fakta sekadar auta dan sebagainya. 
Menurut Shukri, jiwa beliau tidak tenang selagi tidak menyatakan kebenaran ini.
"Saya ingat nak abaikan sahaja, maklumlah isu banjir balak ini pun sudah lama berlalu. Makin lama isu ini akan dilupakan, sama dalam kes perjuangan isu pencemaran Tasik Chini  di Pekan dan Musang King di Raub dulu.
"Maka itu, sebelum isu ini hilang dalam ingatan, biarlah rakyat tahu hakikat sebenar tentang apakah yang cuba disembunyikan oleh pihak berkuasa sebenarnya. Kita tiada kuasa untuk menahan penafian mereka, tapi kita ada kuasa untuk menyatakan bebenaran hakiki. 
Biarlah rakyat yang membuat pilihan, maklumat pihak mana yang mereka mahu terima. Sekurang-kurangnya ia akan menutup cakap-cakap mulut mereka yang menuduh kami yang perjuangkan isu ini hanya mahu mencari populariti atau publisiti murahan semata-mata" tambahnya. 
Tambah beliau, lagi pun kerajaan ada keluar kenyataan baru-baru ini supaya buat pendedahan buarlah berfakta dan bukan dengan niat untuk memburuk-burukkan semata-mata. Maka itulah beliau menyahut cabatan tersebut dengan hati terbuka. #PahangDaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/02/aktivis-akan-buat-pendedahan-terbaharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyokong Kerajaan Alih Isu Dr Maszlee Untuk Alih Isu Sebenar Perihal Banjir Balak Bentong

Penyokong Kerajaan Alih Isu Dr Maszlee Untuk Alih Isu Sebenar Perihal Banjir Balak Bentong

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 237 hits
BENTONG Agak menghairankan bila mana pemimpin portal dan cybertrooper kerajaan negeri lebih bernafsu untuk memainkan isu kenyataan Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik daripada isu sebenar perihal banjir balak di Bentong Mentakab ...
Jabatan Perhutanan Kelantan Sengaja Alih Isu Sebenar Aktivis Bidas Isu Balak Bagus Untuk Harimau

Jabatan Perhutanan Kelantan Sengaja Alih Isu Sebenar Aktivis Bidas Isu Balak Bagus Untuk Harimau

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 148 hits
Oleh SURI LAILA January 26 2022Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan Abdul Khalim Abdul Samah hari ini didakwa sengaja mahu mengalihkan perhatian masyarakat umum terhadap isu sebenar susulan kenyataannya bahawa aktiviti pembalakan bagus untuk...
Fitnah Isu Balak Kerajaan Pahang Menuntut Ganti Rugi Rm1 Juta Daripada Presiden Peka

Fitnah Isu Balak Kerajaan Pahang Menuntut Ganti Rugi Rm1 Juta Daripada Presiden Peka

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 411 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang mengemukakan notis tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi fitnah berjumlah RM1 juta terhadap Presiden Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia Shariffa Sabrina Syed Akil Notis melalui tetuan Hidayah Ishak Part...
Isu Grafik Houseofbalak Aktivis Fahmi Redza Dakwa Disiasat Oleh Polis Bukit Aman Hari Ini

Isu Grafik Houseofbalak Aktivis Fahmi Redza Dakwa Disiasat Oleh Polis Bukit Aman Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 176 hits
PETALING JAYA Aktivis Fahmi Redza mendakwa pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan berhubung grafik yang dihasilkannya bertajuk HouseOfBalak Menurut lelaki itu dia dijangka dipanggil untuk disoal siasat di Ibu Pejaba...
Isu Bantuan Wang Ihsan Ramai Mangsa Banjir Beratur Panjang Kecewa Di Arah Tunggu Sms

Isu Bantuan Wang Ihsan Ramai Mangsa Banjir Beratur Panjang Kecewa Di Arah Tunggu Sms

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 253 hits
KUANTAN Rata rata mangsa banjir yang ditemui di pusat agihan Bantuan Wang Ihsan dekat sini kecewa dengan sistem agihan yang tidak sistematikApa tidaknya agihan bantuan yang sepatutnya berjalan lancar itu masih lagi dicemari dengan insiden i...
Rumah Tak Dinaiki Air Banjir Tapi Mohon Bantuan Mb Selangor Dedahkan Terima Banyak Permohonan Tipu Dari Petaling Klang

Rumah Tak Dinaiki Air Banjir Tapi Mohon Bantuan Mb Selangor Dedahkan Terima Banyak Permohonan Tipu Dari Petaling Klang

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 306 hits
Januari lalu ramai mangsa banjir 18 Disember 2021 merungut bantuan yang dijanjikan masih belum sampai ke tangan masing masing walaupun sudah mengisi borang sebelum bertukar tahun Kelewatan penyaluran bantuan kewangan yang dijanjikan menyeba...
Buat Dua Prn Ketika Covid 19 Dan Selepas Banjir Tak Menggusarkan Rakyat

Buat Dua Prn Ketika Covid 19 Dan Selepas Banjir Tak Menggusarkan Rakyat

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 153 hits
AGENDA DAILY Kluster mahkamah kawal pentadbiran Kerajaan Malaysia pimpinan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Gambar Agenda Daily Laporan polis dibuat atas alasan kononnya analisa dan ulasan artikel Agenda Daily menggusarkan ...
Selangor Percepat Pemulihan Ekonomi Pasca Banjir Mb

Selangor Percepat Pemulihan Ekonomi Pasca Banjir Mb

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 133 hits
Selangor akan mempercepatkan langkah pemulihan ekonomi pasca banjir dan Covid 19 Hal itu ditegaskan oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari Katanya pemulihan ekonomi perlu dilakukan bagi memastikan negeri itu terus berada di landasan p...
Banjir Kiriman Malaysia Jejaskan Indonesia

Banjir Kiriman Malaysia Jejaskan Indonesia

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 164 hits
NUNUKAN Badan Tindakan Bencana Daerah Nunukan Kalimantan Utara menganggarkan nilai kerugian akibat banjir yang dihantar oleh Malaysia pada 4 Januari lalu mencecah 60 bilion rupiah Jurucakap BPBD Nunukan Mulyadi berkata kerugian akibat banji...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord