Buat Dua Prn Ketika Covid 19 Dan Selepas Banjir Tak Menggusarkan Rakyat


 AGENDA DAILY
Kluster mahkamah kawal pentadbiran Kerajaan Malaysia pimpinan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar Agenda Daily
Laporan polis dibuat atas alasan kononnya analisa dan ulasan artikel Agenda Daily menggusarkan rakyat, tetapi langkah mengadakan dua Pilihan Raya Negeri (PRN) secara sengaja tidak pula dianggap menggusarkan rakyat.
Tidak masuk akal apabila artikel analisis dan ulasan berhubung senario politik dianggap satu perkara yang menggusarkan rakyat pada ketika rakyat sememangnya sudah disusahkan dengan dua PRN yang tidak sepatutnya berlangsung.
Apakah rasionalnya mengadakan dua PRN yang kosnya berpuluh juta pada ketika rakyat kini sudah susah selepas berdepan bencana banjir dan baharu dapat menarik sedikit nafas akibat penularan pandemik Covid-19?
Jika tidak mahu menggusarkan rakyat, bukankah sepatutnya menumpukan kepada usaha untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat yang dalam kesusahan sekarang.
Sepatutnya tidak perlu menggusarkan rakyat dengan isu-isu politik yang sekadar mahu menenuhi nafsu politikus semata-mata demi kuasa, lebih banyak isu lain mendesak perlu diselesaikan kerajaan dan bukannya mengadakan pilihan raya sahaja yang hendak difikirkan.
Alasan seorang pembantu kepada Perdana Menteri dalam laporan polisnya secara tidak langsung menunjukkan betapa ceteknya mentaliti beliau, lebih baik beliau meneliti dan menangani isu-isu rakyat yang kesempitan hidup daripada sibuk membuat laporan polis.
Jika terlalu banyak masa duduk di kerusi empuk dan mahu membodek sekali pun, biarlah nampak berakal.
Bayangkan dengan jutaan wang rakyat dihabiskan untuk tujuan mengadakan pilihan raya semata-mata tersebut boleh disalurkan dan digunakan sehabis baik untuk membantu rakyat yang sedang kesempitan hidup, hilang pekerjaan dan rosak harta benda tempoh hari.
Mungkin sekurang-kurangnya makcik dan pakcik yang kehilangan tempat berteduh sekurang-kurangnya dapat bantuan yang lebih baik dan banyak bagi membaik pulih kediaman mereka yang rosak tempoh hari.
Perkara yang menggusarkan rakyat ketika ini adalah sebenarnya dengan sikap ahli politik tanah air yang tamak dan pentingkan diri sendiri berbanding memikirkan poket rakyat yang semakin kering.
Lebih baik pembantu tersebut mencari jalan untuk berunding dengan parti-parti politik atau mungkin memikirkan strategi untuk mengelak daripada berlaku satu lagi pilihan raya selepas ini, itu lebih baik daripada membuat kerja sia-sia membodek.
Jika mahu mendakwa laporan dan analisis sebuah portal yang kecil seperti Agenda Daily ini menggusarkan rakyat, mungkin sepatutnya mencermin diri sendiri agar sedar diri siapa sebenarnya yang menggusarkan rakyat.
Bagaimanapun, sikap angkuh dan bongkak dalam kalangan pemimpin UMNO nampaknya masih tidak berubah walaupun tewas semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.
Intimidasi dan tekanan terhadap pengamal media nampaknya sudah bermula dan tidak mustahil apabila kembali menjadi dominan berkuasa maka lebih banyak sekatan yang bakal dikenakan terhadap media massa.
Gangguan dan cubaan untuk menyekat kebebasan bersuara dan mengkritik masih tidak dapat diterima para pemimpin UMNO, anggapan mereka apabila sebuah media itu ditekan dan disekat maka sumber maklumat tidak akan sampai kepada rakyat.
Terdapat perbezaan yang nyata antara sebuah analisis atau ulasan dengan fitnah seperti yang didakwa oleh pembantu tersebut, tetapi faktanya adalah dua PRN yang diadakan lebih menggusarkan rakyat dan bukannya sebuah kritikan penulisan atau ulasan.
Harap dapat dibezakan antara ulasan dengan fitnah kerana Agenda Daily bukan seperti Datuk Lokman Adam yang secara terang-terang membuat fitnah yang berunsur peribadi dan itu lebih mencalarkan imej seseorang individu, tetapi tidak pula ada tindakan susulan
Dan faktanya juga, jika parti komponen yang berada dalam kerajaan ketika ini menarik sokongan, maka ia juga akan menumbangkan kerajaan dan apakah satu pilihan raya umum seperti PRN Melaka dan Johor terpaksa diadakan?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/buat-dua-prn-ketika-covid-19-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wakil Rakyat Ph Tak Turun Padang Bantu Rakyat Ketika Banjir Akan Digugurkan Sebagai Calon Pru Anwar

Wakil Rakyat Ph Tak Turun Padang Bantu Rakyat Ketika Banjir Akan Digugurkan Sebagai Calon Pru Anwar

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 274 hits
January 20 2022Ramai menteri didapati hilang semasa banjir dan lari daripada tanggungjawab membantu rakyat yang terkesan kata Anwar Ibrahim ketika menempelak dakwaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa wakil rakyat pembangkang tidak ...
Pm Sendiri Hubungi Tentera Polis Untuk Bantuan Selepas Respons Lambat Selangor Ketika Banjir

Pm Sendiri Hubungi Tentera Polis Untuk Bantuan Selepas Respons Lambat Selangor Ketika Banjir

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 176 hits
MALAYSIA NOW Menurut Ismail komunikasi terputus dan arahan tidak diendahkan berlaku ketika banjir baru baru ini Keadaan banjir di Kampung Sungai Balak Hulu Langat bulan lalu Beberapa amaran yang tidak diendahkan oleh pihak berkuasa tempatan...
Prn Johor Pas Berpendirian Belum Sesuai Ketika Rakyat Susah Tuan Ibrahim

Prn Johor Pas Berpendirian Belum Sesuai Ketika Rakyat Susah Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 214 hits
AGENDA DAILY Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man PAS menyatakan pendirian langkah untuk mengadakan pilihan raya negeri di Johor belum sesuai ketika ini memandangkan rakyat masih bergelut dengan kesusahan hidup Menurut Tim...
Prn Johor Mb Tak Pandai Tadbir Umno Pula Menyusahkan Rakyat

Prn Johor Mb Tak Pandai Tadbir Umno Pula Menyusahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 169 hits
Ketua Penerangan Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad tidak tahu mentadbir negeri itu walaupun mempunyai majoriti satu kerusi Mengambil contoh keadaan di Kelantan pada 2004 lalu Kera...
Selepas Terima Suntikan Vaksin Covid 19 Elakkan Aktiviti Berat Sekurangnya Seminggu Video

Selepas Terima Suntikan Vaksin Covid 19 Elakkan Aktiviti Berat Sekurangnya Seminggu Video

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 217 hits
Selepas Terima Suntikan Vaksin COVID 19 Elakkan Aktiviti Berat Sekurangnya Seminggu Elak lakukan aktiviti berat serta guna pakai tenaga berlebihan selama sekurang kurangnya seminggu selepas divaksin bagi mengelak menghidapi radang otot jant...
Panas Mp Hulu Langat Hilang Ketika Bencana Banjir Ini Puncanya

Panas Mp Hulu Langat Hilang Ketika Bencana Banjir Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 241 hits
TAJUK BICARA SEMASA BANJIR BESAR HULU LANGAT APA YANG BERLAKU DAPATKAN VIDEO PENUH PADA LINK DI BAWAH https youtu be Z1vf ZPMGj0 Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Politik Malaysia Terki
Selepas Dua Dekad Jenama Nakada Ikat Aznil Nawawi Jadi Duta

Selepas Dua Dekad Jenama Nakada Ikat Aznil Nawawi Jadi Duta

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 207 hits
Beroperasi sejak lebih dua dekad syarikat Nakada Group sebenarnya dimiliki dan diusahakan dua adik beradik dari Malaysia Datuk Yap Kok Heng dan Datuk Kok Siang Biarpun kedengaran seperti nama dari Jepun hakikatnya jenama itu diangkat dari s...
Mana Pergi Orang Orang Kaya Ni Diamkan Diri Ketika Beri Bantuan Banjir Pak Nil Perli Siapa Tu

Mana Pergi Orang Orang Kaya Ni Diamkan Diri Ketika Beri Bantuan Banjir Pak Nil Perli Siapa Tu

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 201 hits
Pengacara dan personaliti TV terkenal Datuk Aznil Nawawi tampil menegur segelintir individu yang mempunyai kelebihan duit yang banyak namun lebih suka mendiamkan diri ketika rakyat memerlukan bantuan akibat bencana banjir yang berlaku baru ...
Penyanyi Meninggal Dunia Selepas Sengaja Mahu Dijangkiti Covid 19

Penyanyi Meninggal Dunia Selepas Sengaja Mahu Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 239 hits
Prague Seorang penyanyi Czech yang juga antivaksin meninggal dunia selepas dengan sengaja mahu dijangkiti Covid 19 bagi mendapatkan pas kesihatan yang membolehkannya pergi ke sauna dan teater kata keluarganya Bukti vaksinasi atau jangkitan ...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord