Akta Lompat Parti Terang Terang Telah Dibakul Sampahkan Mp Blok Kerajaan Kini Terbuka Untuk Tarik Sokongan




Tidak ada rakyat Malaysia yang waras dan kepalanya tak masuk air yang dapat menerima keputusan Speaker Parlimen, Johari Abdul tidak mengosongkan enam kerusi Parlimen yang wakil rakyat telah terhenti keahliannya daripada Bersatu kerana tidak patuh kepada kehendak serta pendirian parti dengan menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Alasan Johari memutuskan tiada kekosongan enam kerusi terbabit dengan menyatakan peraturan Bersatu yang membatalkan keanggotaan ahli yang tidak mengikut kehendak parti adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan peraturan Parlimen yang menjamin kebebasan Ahli Parlimen untuk bersuara, berbahas dan mengundi, langsung tidak boleh diterima.


Johari terbukti telah membuat kesimpulan songsang dalam keputusannya tanpa mengambil kira kewujudan Akta Lompat Parti serta ketetapan dalam Akta Pendaftar Pertubuhan.


Terbukti juga Johari tidak bertindak adil dalam keputusannya, tetapi lebih ternampak untuk menyelamatkan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri selepas calon PKR kalah teruk dalam PRK Dun Sungai Bakap, 6 Julai lalu.


Dengan hujah serta alasan yang diberi Johari, beliau secara terang-terang menunjukkan Akta Lompat Parti yang diperjuangkan PKR dan Anwar selepas Langkah Sheraton, sudah menjadi hampas yang layak diletakkan dalam bakul sampah.


Akta Lompat Parti sepatutnya difahami dan dihormati secara tersurat dan tersirat adalah bagi mengelakkan berlakunya Ahli-Ahli Parlimen yang khianat kepada parti.


Hakikatnya, pengkhianatan enam Ahli Parlimen Bersatu ini tiada beza sama sekali dengan Ahli Parlimen PKR yang khianat dalam Langkah Sheraton dahulu.


Malah, suatu kelebihan lagi apabila tindakan enam Ahli Parlimen ini semacam direstui oleh Speaker, sementara ketika Langkah Sheraton dahulu belum wujud lagi Akta Lompat Parti.


Harus difahami, mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan berkaitan Akta Lompat Parti, jika seseorang ahli Dewan Rakyat tidak lagi menjadi anggota parti politik, maka kerusinya adalah dikira kosong.


Perlembagaan Bersatu yang dipinda 2 Mac lalu pula membabitkan tiga perkara bawah Fasal 10 iaitu berkaitan hal-hal pemberhentian ahli parti, dengan memasukkan tambahan Fasal 10.4, 10.5 dan 10.6.


Fasal 10.4 memperuntukkan mana-mana ahli Bersatu yang menjadi wakil di Dewan Rakyat atau DUN yang tidak patuh apa-apa arahan dikeluarkan Majlis Pimpinan Tertinggi atau MPT selari dengan Fasal 10.5, disifatkan terhenti keahlian daripada parti itu secara serta-merta.


Perkara 10.5 menyatakan MPT boleh mengeluarkan arahan khusus kepada mana-mana atau semua wakilnya di Dewan Rakyat atau DUN dan ia hendaklah dibuat secara bertulis.


Perkara 10.6 merujuk Fasal 10.4, iaitu Setiausaha Agung atas arahan MPT hendaklah mengeluarkan notis kepada ahli berkenaan bagi memaklumkan bahawa keahlian beliau telah terhenti secara serta-merta dan namanya dikeluarkan daripada sistem pendaftaran keahlian parti.


Selain itu, peruntukan dalam Seksyen 18C Akta Pertubuhan dengan jelas menyebut bahawa sebarang keputusan sesuatu parti politik “adalah muktamad dan konklusif”.


Apa yang lebih buruk, Anwar, PKR dan PH yang memperjuangkan Akta Lompat Parti sehingga ia menjadi undang-undang, tetapi hanya setelah tidak sampai dua tahun, Speaker pilihan Anwar, PKR dan PH sendiri yang akhirnya mencabuli akta tersebut.


Sama seperti janji turun harga minyak dan janji reformasi yang telah dikhianati, nampaknya satu lagi perjuangan Anwar, PKR dan PH iaitu Akta Lompat Parti telah dicabuli demi ketakutan kehilangan kuasa sebagai kerajaan.


Selepas ini, Akta Lompat Parti tidak bermakna apa-apa lagi kerana sebagaimana Ahli Parlimen blok pembangkang boleh menyokong Perdana Menteri dan kerajaan, Ahli Parlimen blok kerajaan juga tidak terhalang lagi untuk menarik sokongan atau tidak mengundi sebarang Rang Undang-Undang yang dibawa kerajaan di Parlimen.


Keputusan Speaker ini dengan sendirinya telah membuka ruang untuk Ahli-Ahli Parlimen blok kerajaan menukar pendirian, malah menjatuhkan kerajaan.


Langkah permulaan mungkin boleh dilakukan dengan mereka tidak menyokong dan tidak mengundi Belanjawan 2025 sebelum hujung tahun nanti.


Ada ubi ada batas, Insya Allah kecurangan sikap dan kepuraan-puraan dalam perjuangan yang dipamerkan suci pasti akan ada balasannya. – ShahbudinHusin 10Julai2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/07/10/akta-lompat-telah-dibakul-sampahkan-mp-blok-kerajaan-kini-terbuka-untuk-tarik-sokongan.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/07/akta-lompat-parti-terang-terang-telah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putrajaya Sedia Pinda Akta Anti Lompat Parti Kata Anwar

Putrajaya Sedia Pinda Akta Anti Lompat Parti Kata Anwar

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 165 hits
PUTRAJAYA terbuka dan sedia berbincang bagi meminda akta lompat parti untuk memperbaiki kelompangan yang terdapat dalam undang undang itu kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Beliau berkata Pakatan Harapan pernah mengusulkan supaya pindaan di...
Akta Lompat Parti Sangat Jelas Kata Bekas Speaker Selepas Johari Kekalkan Ahli Parlimen Paling Tadah

Akta Lompat Parti Sangat Jelas Kata Bekas Speaker Selepas Johari Kekalkan Ahli Parlimen Paling Tadah

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 166 hits
malaysianow comJulai 12 2024 Azhar Azizan Harun berkata pindaan diluluskan sebulat suara ketika beliau menjadi speaker itu memberikan panduan jelas dalam membuat keputusan Bekas speaker Azhar Azizan Harun berkata undang undang menghalang wa...
Akta Lompat Parti Perlu Le Ih Ketat

Akta Lompat Parti Perlu Le Ih Ketat

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 214 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu wajar dilakukan bagi memastikan negara tidak kucar kacir dengan tindakan ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding memperkasa kerajaan setelah di...
Isu Lompat Parti Perbezaan Di Antara Moral Compass Dan Undang Undang

Isu Lompat Parti Perbezaan Di Antara Moral Compass Dan Undang Undang

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 220 hits
Isu lompat parti perbezaan di antara moral compass dan undang undang ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be aktvA4IV7XQ src in org https www youtube com embed aktvA4IV7XQ wmode transparent rel 0 feature oembed src in mo...
Kehilangan Sokongan Bukan Melayu Beri Laluan Mudah Pn Ganti Ph Ambil Alih Kerajaan

Kehilangan Sokongan Bukan Melayu Beri Laluan Mudah Pn Ganti Ph Ambil Alih Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 213 hits
Secara realiti kejayaan PH mengetuai kerajaan bukanlah disebabkan parti itu menang secara mutlak dalam PRU15 lalu PH hanya menang 82 kerusi Parlimen saja ketika itu satu kedudukan yang masih jauh daripada angka paling minima 112 untuk membe...
Rentasan 1618 Isu Akta Anti Lompat Jadi Senjata Makan Tuan Tindakan B

Rentasan 1618 Isu Akta Anti Lompat Jadi Senjata Makan Tuan Tindakan B

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 200 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1618 1 LANJUTAN PERSOALAN SIAPA SEBENARNYA YANG MUNAFIK 2 LUNCAI POLITIK TAK AKAN MUHASABAH 3 ISU AKTA ANTI LOMPAT JADI SENJATA MAKAN TUAN
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Rain Lily Scarlet O Hara

Template Blogger Responsive Seo Friendly

Maszlee Malik Dan Noor Amin Ahmad Dakwa Rafizi Menipu

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Airlines A330neo Pesawat Baharu Lebih Canggih Selesa Jimat Bahan Api

Ucapan Istemewa Kepada Babab Net

Mendaki Bukit Panorama Di Sungai Lembing

Dr888 12 December Dr888 Top 73 By Sofia

Pananthai 9 Pananthai Top 87 By Patrice

Monday Morning