Kehilangan Sokongan Bukan Melayu Beri Laluan Mudah Pn Ganti Ph Ambil Alih Kerajaan






Secara realiti, kejayaan PH mengetuai kerajaan bukanlah disebabkan parti itu menang secara mutlak dalam PRU15 lalu.


PH hanya menang 82 kerusi Parlimen saja ketika itu, satu kedudukan yang masih jauh daripada angka paling minima 112 untuk membentuk kerajaan.


Lantaran itulah, hanya dengan kesediaan UMNO/BN yang mempunyai 30 kerusi Parlimen untuk memberi sokongan, kemudian diikuti dengan datangnya sokongan daripada Sabah dan Sarawak, maka akhirnya terbentuklah kerajaan yang ada pada hari ini dengan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri.


Secara realiti juga, kejayaan PH meraih jumlah kemenangan 82 kerusi itu, paling banyak berbanding semua gabungan lain, adalah disebabkan sokongan pengundi bukan Melayu secara majoritinya.


Selain kerana DAP memenangi 40 daripada 82 kerusi itu, kerusi-kerusi yang dimenangi PKR (31 kerusi) dan Amanah (8 kerusi) adalah juga merupakan kawasan pengundi campuran yang mana pengundi bukan Melayu merupakan penentu kepada kemenangan yang diperolehi.


Daripada 31 kerusi PKR tersebut, sebahagiannya juga turut dipegang calon bukan Melayu.


Dengan itu, PH bolehlah dikatakan gabungan yang amat bergantung kepada sokongan pengundi bukan Melayu.


Tetapi, berdasarkan keputusan PRK Sungai Bakap di mana peratusan pengundi bukan Melayu yang keluar hanya 47 peratus, ini adalah petanda buruk buat masa depan PH.


Tanpa keraguan pengundi bukan Melayu Sungai Bakap sedang menghantar mesej menolak kerajaan madani pimpinan Anwar, terutama berkaitan isu ekonomi dan kenaikan harga diesel yang dianggap keterlaluan.


Secara umumnya, orang Cina tidaklah menolak secara total penyasaran subsidi, namun kenaikan sebanyak RM1.20 seliter dilihat terlalu tinggi.


Isu yang dipersoalkan di mana-mana, pastinya termasuk di Sungai Bakap ialah kenapa kerajaan tidak menaikkan harga diesel secara berperingkat-peringkat supaya beban kepada kehidupan dan perniagaan tidak terlalu mendadak?


Sementara sokongan Melayu memang ala-ala syahdu saja dalam PKR, malah sokongan Melayu kepada UMNO, rakan utama PH dalam gabungan kerajaan madani sendiri sudah lama merosot setiap kali PRU, protes dan penolakan pengundi bukan Melayu ini tidak harus dipandang ringan.


Sebab itu, sebelum ini disebutkan bahawa kekalahan di Sungai Bakap adalah petunjuk gelap buat masa depan Anwar.


Jika pengundi bukan Melayu berterusan menolak PH dan mereka beralih menyokong PN, gabungan itu yang sudah memiliki sokongan Melayu yang mantap akan lebih mudah mengambil alih kerajaan dalam PRU16 akan datang.


Dalam ini, sebagai langkah segera menangani penolakan itu, kerajaan wajar menangguhkan dahulu untuk melakukan penyasaran subsidi RON95, manakala kenaikan RM1.20 subsidi diesel yang sedia ada juga perlu dikaji semula.


Kenaikan terus sebanyak RM1.20 adalah terlalu tinggi dan barangkali kenaikan yang munasabah ialah dengan menaikkan sekitar RM0.50 sen seliter terlebih dahulu.


Selepas setahun dua, kemudian barulah dinaikkan lagi sebanyak RM0.20 sen atau RM0.30 sen sehinggalah tahap kenaikannya mencapai tahap yang munasabah.


Rakyat kita sudah sekian lama terbiasa dengan subsidi dan harga minyak yang rendah dan kenaikan mendadak sehingga RM1.20 adalah mengejutkan.


Sebagimana rakyat terkejut dengan kenaikan tidak munasabah itu, bermula di Sungai Bakap, pengundi kawasan itu, khususnya pengundi bukan Melayu, dengan jelas telah membalas kejutan yang mereka terima dengan membuatkan kerajaan pula terkejut kerana daripada kalah 1,563 undi pada PRN lalu, jumlah undi kekalahan telah ditingkatkan secara sengaja kepada 4,267 undi.


Siapa yang benar-benar terkejut akhirnya?


Lagi pun, dalam pengumuman kerajaan sebelum ini, mereka menyebut dengan penyasaran subsidi dan menaikkan harga diesel sebanyak RM1.20 sen, ia akan menyebabkan kerajaan dapat menjimatkan RM4 bilion setahun.


Heyyy…kenapa Anwar yang berkali-kali berjanji mahu menurunkan harga minyak, tiba-tiba kedekut dengan wang RM4 bilion setahun?


Besar sangatkah RM4 bilion itu dalam konteks membantu rakyat?


Kalau kenaikan diesel tidak dapat dielakkan kerana faktor penyeludupan, bukankah yang perlu dilakukan ialah meningkatkan penguatkuasaan dan pemantauan di kawasan sempadan?


Selain itu, kenapa berkira sangat dengan RM4 bilion setahun kalau benar pelaburan beratus bilion daripada pelbagai negara telah berjaya dibawa masuk sejak Anwar pegang jawatan Perdana Menteri? – ShahbudinHusin 08Julai2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/07/08/kehilangan-sokongan-bukan-melayu-mu-mudahkan-pn-ganti-ph-ambil-alih-kerajaan.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/07/kehilangan-sokongan-bukan-melayu-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Permainan Mudah Alih Yang Dimainkan Oleh Rakyat Malaysia Setakat Ini

Senarai Permainan Mudah Alih Yang Dimainkan Oleh Rakyat Malaysia Setakat Ini

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 105 hits
Berdasarkan maklumat data yang dibekalkan oleh platform penyelidikan aplikasi mudah alih untuk Google Play Store dan Apple App Store AppMagic ini adalah sepuluh aplikasi permainan percuma yang dimuat turun serta dimainkan oleh seluruh rakya...
Perikatan Hilang Sokongan Melayu Di Sg Bakap Kata Rafizi

Perikatan Hilang Sokongan Melayu Di Sg Bakap Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 132 hits
TERDAPAT penurunan ketara dalam sokongan orang Melayu terhadap Perikatan Nasional di Sungai Bakap sejak pilihan raya negeri Ogos lalu kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli Berucap di Ceramah Perpaduan di Nibong Tebal malam tadi Rafizi ber...
Urus Sentimen Melayu Untuk Tambah Sokongan Umno Kata Pemimpin

Urus Sentimen Melayu Untuk Tambah Sokongan Umno Kata Pemimpin

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 88 hits
freemalaysiatoday com09 Jul 2024 Pemimpin akar umbi berkata parti itu tidak boleh bergantung kepada khidmat bakti semata mata untuk membantu menambah sokongan Umno perlu mengurus sentimen persepsi tohmahan yang dilemparkan untuk mengembalik...
Akta Lompat Parti Terang Terang Telah Dibakul Sampahkan Mp Blok Kerajaan Kini Terbuka Untuk Tarik Sokongan

Akta Lompat Parti Terang Terang Telah Dibakul Sampahkan Mp Blok Kerajaan Kini Terbuka Untuk Tarik Sokongan

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 72 hits
Tidak ada rakyat Malaysia yang waras dan kepalanya tak masuk air yang dapat menerima keputusan Speaker Parlimen Johari Abdul tidak mengosongkan enam kerusi Parlimen yang wakil rakyat telah terhenti keahliannya daripada Bersatu kerana tidak ...
Veteran Umno Shahrir Samad Bbkeputusan Johari Boleh Makan Diri Buat Kerajaan

Veteran Umno Shahrir Samad Bbkeputusan Johari Boleh Makan Diri Buat Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 123 hits
Malaysiakini nbsp Veteran Umno Shahrir Samad mengingatkan keputusan Yang di Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul untuk tidak mengosongkan kerusi yang dipegang enam bekas ahli Parlimen Bersatu boleh memberi kesan buruk kepada kerajaan Dalam hant...
Apa Ini Mesyuarat Pn Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Apa Ini Mesyuarat Pn Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 83 hits
HarapandailyTular di media sosial empat gambar yang dikatakan merupakan mesyuarat Perikatan Nasional di Perlis Menerusi perkongsian pengguna X aiamDeen mesyuarat gabungan itu didakwa berlangsung di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ...
Keputusan Johari Buka Jalan Untuk Mp Kerajaan Memberontak

Keputusan Johari Buka Jalan Untuk Mp Kerajaan Memberontak

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 114 hits
malaysiakini comKeputusan Yang di Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul untuk tidak mengosongkan kerusi yang dipegang enam bekas ahli Parlimen Bersatu boleh membawa kesan yang buruk kepada kerajaan Ini kerana peraturan yang digunakan Bersatu dal...
Hilton Honors Rolls Out Exclusive Dining Offers Across Malaysia

Filem Housekeeping

B40 Moving Up The Ranks By Living Down A Notch

Coway Launches Food Supplements Aimed At Elevating The Quality Of Life For Malaysians

Nga And Team Returned Unopposed At Perak Dap Convention

Pakej Lengkap Ibadat Melancong Ke Arab Saudi

Panduan Kewangan Untuk Pelajar Universiti

Bidding For Special Ev Registration Numbers Opens Today


echo '';
10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Uncle Bos Mama Slot Megadrama Astro Ria

Hamba Laut Masalah Perhambaan Asia Tenggara Yang Meruncing

Biodata Bella Khan Bella Khann Personaliti TikTok Founder Produk Vigorous Hair Tonic

Bagaimana Perkongsian Ilmiah Media Sosial Buatkan Kita Semakin Kurang Cerdik


Seronok Hati Ini

Elsa Pitaloka Penyesalan Terbesar Chord

Mafidz Matamu Chord

Penulis Blog Raja Petra Meninggal Dunia Diusia 74 Tahun

Nish Penjualkopi

15 Senarai Hotel View Klcc 2024 Selak Langsir Terus Nampak