Akmal Nasir Pertahan Tindakan Berbuka Di Gurdwara Sahib



Walaupun mendapat bantahan dan kritikan pelbagai pihak menyebabkan beliau mendapat kecaman di alam maya Akmal Nasrullah Mohd Nasir tetap meneruskan majlis buka puasa di Gurdwara Sahib.

Menerusi laman media sosial Facebook beliau, Akmal Nasrullah meluahkan isi hatinya mengenai kontroversi yang timbul rentetan majlis berbuka puasa itu.

Berikut merupakan kenyataan penuh Akmal..

PERSAHABATAN DENGAN BUKAN ISLAM

Tindakan saya untuk memenuhi undangan jemputan ke Gurdwara daripada komuniti Sikh di bandar raya Johor Bahru semalam menimbulkan pelbagai reaksi.

Walaupun program ini pada asalnya bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kita meraikan kepelbagaian dalam masyarakat, ianya menimbulkan perbincangan dan kecaman yang meluas di laman-laman media sosial dan kumpulan-kumpulan WhatsApp.

Mungkin kurangnya usul periksa atau kekhilafan dari segi penyampaian seperti adu domba oleh gerakan maya pembangkang ‘Ops Johor’ yang terkenal sebagai medium penyebaran kebencian perkauman dan agama menyebabkan isu sebegini mudah ditularkan dan dikaitkan dengan sensitiviti masyarakat.

Saya terima nasihat, teguran dan peringatan dengan hati terbuka daripada pimpinan agama, saudara-mara, sahabat dan orang ramai. Malah saya amat bersyukur dengan panduan yang diberikan.

Manakala segala tohmahan, cacian dan kata-kata kesat hanyalah menggambarkan betapa rendahnya keperibadian mereka.

Tindakan mereka ini sekadar memperkuatkan keyakinan saya dengan usaha yang saya cuba lakukan.

Saya hargai sokongan rakan-rakan yang faham mengenai keperluan untuk kita mengangkat kebenaran dan mendidik masyarakat.

Maka saya kongsikan pandangan dan pengalaman yang berlaku semalam sebagai rujukan bagi menggalakkan lagi hubungan baik sesama rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Apabila program Iftar Muhibbah ini tiba-tiba hangat diperkatakan, saya telah menulis di Facebook bagi memberi sedikit gambaran mengenai Gurdwara berdasarkan apa yang berlaku tahun lepas.

Saya terangkan inisiatif yang telah dibuat oleh komuniti Sikh sebelum ini yang menyebabkan saya bersetuju untuk hadir ke Gurdwara buat kali yang kedua.

Ternyata dalil-dalil dan hujah-hujah agama tidak meletakkan halangan kepada umat Islam untuk menghormati agama lain dan mengharuskan kunjungan ke rumah ibadat mereka dengan tujuan yang murni.

Namun, saya tetap merasakan saya bertanggungjawab agar mereka yang turut serta dalam program ini terutamanya di kalangan Muslim terpelihara dari segi perbuatan atau mengelak dari perkara-perkara yang meragukan.

Walaupun ada Fatwa yang menyebut hukumnya makruh mengerjakan ibadah di rumah ibadat lain (maksudnya boleh dibuat), tetapi saya juga perlu peka dan sebagai seorang pemimpin tempatan sudah pasti gerak-geri saya bukan saja dinilai dan diperhatikan tetapi juga boleh menjadi ikutan.

Bagi Iftar Muhibbah tahun lepas, saya sebenarnya telah menyertai qariah Masjid Bulatan, Kg Melayu Majidee untuk Majlis Khatam Quran, berbuka puasa dan solat Maghrib secara berjemaah sebelum saya ke Gurdwara bagi memenuhi undangan mereka.

Mereka yang suka tuduh-menuduh boleh semak dengan qariah Masjid atau rajin-rajinlah bersama mengimarahkan rumah Allah.

Cuma saya menganggap ibadah saya adalah urusan dengan Allah dan saya tidak mahu dianggap menunjuk-nunjuk sebab itu saya tidak ceritakan secara terbuka.

Tetapi dalam konteks ini, saya ceritakan juga untuk elak fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Manakala untuk undangan Iftar Muhibbah tahun ini, saya dapat tiba lebih awal di Gurdwara sekitar jam 6.45 petang bagi menyantuni penganjur, hadirin dan pihak media sebelum saya menyeberangi jalan raya ke Kompleks Kotaraya@Galleria bagi berbuka puasa di Masjid An-Nur Kotaraya (rujukan: https://www.facebook.com/593529354077239/posts/2266229873473837)

Selesai solat Maghrib berjemaah di Masjid An-Nur Kotaraya, saya kembali semula ke Gurdwara untuk makan bersama dan meraikan tuan rumah dan tetamu mereka.

TAKUT DENGAN KEBAIKAN

Sementara penganjur bertungkus-lumus mempersiapkan majlis, mereka juga faham dan menghormati permintaan saya untuk berbuka dan solat Maghrib di Masjid terlebih dahulu sebelum makan bersama.

Saya juga ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Kotaraya@Galleria dan Masjid An-Nur yang tampil memudahkan kami untuk berbuka puasa.

Toleransi sebegini jarang-jarang diceritakan.

Dalam berhadapan dengan masyarakat berbilang bangsa, masyarakat Melayu Islam sering didambakan dengan pemikiran seperti:-

Kita perlu takut akidah kita tergugat.

Kita perlu sangsi dengan mereka bukan Islam yang cuba menggugat kepercayaan kita.

Walaupun mereka cuba melakukan kebaikan, sudah pasti mereka mempunyai agenda tersembunyi.

Begitulah sensitiviti dan sentimen yang telah ditanam dalam masyarakat kita.

Diakui bahawa sikap berwaspada dan berjaga-jaga perlu ada, namun kita perlu ada keyakinan dengan kemampuan diri kita yang boleh dipupuk melalui kepercayaan, ilmu dan amalan.

Sebagai orang Islam, kita wajib berpegang teguh kepada agama kita.

Sebagai rakyat Malaysia pula, kita perlu bersikap jujur bahawa kita hidup dalam masyarakat majmuk.

Pandanglah mereka yang bukan beragama Islam dari sudut sesama manusia.

Kebaikan yang dibuat wajarlah disambut dengan kebaikan.

Provokasi dan sentimen perkauman hanya akan melemahkan kita semua sebagai sebuah negara.

Menghormati dan memahami antara satu sama lain membolehkan kita bukan sahaja mewujudkan suasana yang harmoni tetapi juga mengenali diri kita sendiri dengan lebih dekat.

Sikap sebegini tidak boleh dibeli tetapi perlu diusahakan dalam diri masing-masing.

Adalah rugi untuk kita sebagai seorang Muslim tetapi tidak berusaha ke arah keperibadian yang terpuji dan melangkaui polemik perkauman.

MASIH BANYAK YANG PERLU DILAKUKAN

Program Muhibbah semalam bukanlah majlis rasmi tetapi kerana tersebar luasnya, ramai yang tampil bagi memudahkan urusan dan saya terharu melihat kesepakatan semua pihak.

Kehadiran pemimpin komuniti muslim berbangsa India daripada Masjid India berdekatan dan komuniti muslim berbangsa Cina dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) untuk meraikan majlis muhibbah adalah amat bermakna.

Mereka menjadi bukti bahawa agama Islam tidak eksklusif kepada mana-mana kaum atau kumpulan, tidak menindas serta tidak memutuskan hubungan silaturahim hatta kini berbeza kepercayaan.

Sementara polemik agama dan perkauman akan terus dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kita seharusnya mempunyai jati diri, prinsip, sahsiah dan nilai-nilai terpuji.

Tidak dinafikan kita perlu sentiasa merujuk kepada alim ulama' dalam hukum-hakam agama.

Kita perlu teliti dan perlu ada kaedah membuat keputusan berdasarkan panduan yang diberikan.

Tetapi saya juga yakin sebagai seorang Muslim di negara ini, kita juga mampu berperanan mengeratkan hubungan sesama rakyat Malaysia.

Sekurang-kurangnya kita semua mempunyai aspirasi untuk mewujudkan masyarakat yang bertoleransi dan saling faham-memahami sementara tegas dalam mengangkat nilai-nilai murni seperti akauntabiliti, menolak rasuah dan salah guna kuasa.

Saya yakin dengan berpandukan keyakinan tersebut, kita mempunyai kekuatan ke arah kesejahteraan masyarakat baik dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Selepas majlis di Gurdwara, saya bergegas ke Masjid Taman Dato’ Onn, Larkin untuk Solat Isyak dan Terawikh bersama dengan penduduk tempatan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/05/akmal-nasir-pertahan-tindakan-berbuka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walau Dikritik Akmal Nasir Teruskan Majlis Berbuka Puasa Di Kuil

Walau Dikritik Akmal Nasir Teruskan Majlis Berbuka Puasa Di Kuil

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 494 hits
JOHOR BARU 28 Mei Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir tetap meneruskan rancangannya berbuka puasa di Gurdwara Sahib di sini biarpun setelah dikritik dan dibantah ramai pihak Akmal dilihat tiba di Majlis Iftar Muhibbah it...
Akmal Nasir Beri Penjelasan Iftar Di Gurdwara

Akmal Nasir Beri Penjelasan Iftar Di Gurdwara

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 406 hits
Akmal Nasrullah Nasir KUALA LUMPUR Ketua Angkatan Muda Keadilan Akmal Nasir hari ini tampil menjelaskan keputusannya untuk hadir dalam program buka puasa di Gurdwara di Johor Bahru Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata Gurdwara itu dibina s...
Kelakarlah Berbuka Puasa Di Gurdwara Sahib Ridhuan Tee

Kelakarlah Berbuka Puasa Di Gurdwara Sahib Ridhuan Tee

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 492 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Pelik bila orang bukan Islam jadi tuan rumah majlis iftar muslimBANGI Pendakwah bebas Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menyelar tindakan Ahli Parlimen Johor Bahru mengadakan majlis berbuka puasa di Gurdwara Sahib di band...
Buka Puasa Di Masjid Kemudian Makan Di Gurdwara Sahib Akmal

Buka Puasa Di Masjid Kemudian Makan Di Gurdwara Sahib Akmal

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 417 hits
Ahli Parlimen JB perjelas tindakan sertai Iftar Muhibbah anjuran kuil BANGI Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir hari ini menjelaskan salah faham terhadap tindakannya memenuhi undangan Iftar Muhibbah di Gurdwara Sahib di ban...
Berbuka Di Kuil Gurdwara Ikuti Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Berbuka Di Kuil Gurdwara Ikuti Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 840 hits
Tindakan Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang mengadakan majlis berbuka puasa di Gurdwara Sahib mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak Malah ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak peka terhadap sensit...
Mp Johor Bahru Pertahan Keputusan Hadir Majlis Iftar Di Gurdwara Sikh

Mp Johor Bahru Pertahan Keputusan Hadir Majlis Iftar Di Gurdwara Sikh

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 296 hits
Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir mempertahankan kehadirannya pada majlis iftar yang diadakan di sebuah gurdwara Sikh di negeri itu petang semalam Dalam satu hantaran di Facebook hari ini Akmal menyenaraikan beberapa alas...
Sultan Johor Tegur Mp Johor Bahru Berbuka Di Gurdwara Sikh

Sultan Johor Tegur Mp Johor Bahru Berbuka Di Gurdwara Sikh

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 435 hits
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegur perbuatan Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir kerana menghadiri majlis berbuka puasa di gurdwara Sikh di negeri itu Selasa lalu Dalam satu kenyataan hari ini Sultan Ibrahim bertitah t...
Buka Puasa Di Gudwara Sahib Tak Salah Mujahid Pertahan Wakil Rakyat Pkr

Buka Puasa Di Gudwara Sahib Tak Salah Mujahid Pertahan Wakil Rakyat Pkr

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 301 hits
Majlis berbuka puasa anjuran ahli parlimen Johor Baru di Gudwara Sahib tidak sepatutnya menjadi isu kata Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Foto oleh Hari AnggaraPARIT BUNTAR 1 Jun Masyarakat Islam di negara ini dinasihat supaya tidak fobia dengan...
Ahli Parlimen Pkr Ajak Rakyat Berbuka Puasa Di Gurdwara Sikh

Ahli Parlimen Pkr Ajak Rakyat Berbuka Puasa Di Gurdwara Sikh

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 460 hits
KUALA LUMPUR Ketua Angkatan Muda Keadilan Akmal Nasir hari ini tampil menjelaskan keputusannya untuk hadir dalam program buka puasa di Gurdwara di Johor Bahru Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata Gurdwara itu dibina seperti sebuah kompleks...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Soladariti Mp Kepala Batas Kutip Derma Bantu Bayar Rm825k Kepada Lim Kit Siang Lim Guan Eng

Peraturan Denda Gila Kepada Pekerja Ramen Chain

Ramalan Gbp Usd Pada 23 Disember 2024

Dry Pan Mee Ah Cheng Laksa

Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches