Buka Puasa Di Gudwara Sahib Tak Salah Mujahid Pertahan Wakil Rakyat Pkr


Majlis berbuka puasa anjuran ahli parlimen Johor Baru di Gudwara Sahib tidak sepatutnya menjadi isu, kata Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. — Foto oleh Hari Anggara
PARIT BUNTAR, 1 Jun — Masyarakat Islam di negara ini dinasihat supaya tidak fobia dengan sebarang penganjuran majlis di rumah ibadat agama lain kerana ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata majlis berbuka puasa anjuran Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir di Gudwara Shaib pada Selasa lepas tidak sepatutnya menjadi isu kerana tujuan utama penganjuran adalah untuk merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Malah, katanya majlis itu diadakan di kawasan dewan dan bukannya dibuat di dalam tempat ibadat itu.

“Ini bukan isu yang perlu diperbesarkan, hanya sesetengah pihak sahaja yang mensensasikan isu agama, pemikiran sempit dan perkauman. Ini dibimbangi akan mewujudkan Islamofobia,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Anggota Parlimen Parit Buntar di sini hari ini.

Selain itu, Mujahid berkata Islam tidak permah menghalang mana-mana pihak berlainan agama untuk datang dan memasuki masjid selagi mereka tidak melakukan perkara bertentangan seperti menghina.

Dalam perkembangan lain, Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar berkata, semua projek pembangunan di sekolah tahfiz dan sekolah pondok di negara ini perlu diselesaikan selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Beliau berkata, kerajaan memperuntuk RM50 juta untuk sekolah tahfiz dan RM25 juta untuk sekolah pondok.

“Kalau ikut Prosedur Standard Operasi (SOP) permohonan sekolah itu hanya diberikan bagi melaksana infrastruktur termasuk untuk keselamatan, kebajikan serta kebersihan dan bukan bagi bantuan gaji atau penganjuran program.

Mengenai tindakan saman oleh penguatkuasa Majlis Daerah Kerian terhadap peniaga di pasar awam Parit Buntar, Mujahid menyifatkannya seolah-olah satu tindakan sabotaj.

“Peniaga di situ untungnya berapa sahaja dan terpaksa bayar saman RM500,” katanya yang sebelum itu melawat Pasar Awam Parit Buntar dan Pusat Pengajian Tahfiz Al Hidayah.

Baru-baru ini peniaga di pasar itu disaman RM500 kerana meletakkan sayur di luar premis perniagaan di situ.

Mujahid berkata anggota majlis sepatutnya prihatin dan peka serta tidak membebankan peniaga dalam keadaan ekonomi yang tidak baik sekarang.
 — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/buka-puasa-di-gudwara-sahib-tak-salah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Pkr Ajak Rakyat Berbuka Puasa Di Gurdwara Sikh

Ahli Parlimen Pkr Ajak Rakyat Berbuka Puasa Di Gurdwara Sikh

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 567 hits
KUALA LUMPUR Ketua Angkatan Muda Keadilan Akmal Nasir hari ini tampil menjelaskan keputusannya untuk hadir dalam program buka puasa di Gurdwara di Johor Bahru Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata Gurdwara itu dibina seperti sebuah kompleks...
Wakil Rakyat Pkr Sokong Petisyen Desak Latheefa Undur

Wakil Rakyat Pkr Sokong Petisyen Desak Latheefa Undur

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 343 hits
Diterbitkan Hari ini 1 46 tengahariAhli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Yee Kew menyertai lebih 1 000 orang menandatangani sebuah petisyen dalam talian yang mendesak supaya peguam Latheefa Koya berundur daripada jawatan ketua pesuruhjaya SPRM P...
Rakyat Raub Teruja Dapat Peluang Buka Puasa Bersama Agong

Rakyat Raub Teruja Dapat Peluang Buka Puasa Bersama Agong

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 374 hits
RAUB Peluang berbuka puasa bersama Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menjadi kenangan tersendiri buat warga emas Raub Mahayuddin Abdullah yang jelas tidak berhenti tersenyum apabila diminta berceri...
Buka Puasa Di Masjid Kemudian Makan Di Gurdwara Sahib Akmal

Buka Puasa Di Masjid Kemudian Makan Di Gurdwara Sahib Akmal

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 487 hits
Ahli Parlimen JB perjelas tindakan sertai Iftar Muhibbah anjuran kuil BANGI Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir hari ini menjelaskan salah faham terhadap tindakannya memenuhi undangan Iftar Muhibbah di Gurdwara Sahib di ban...
Di Tengah Suasana Aksi Demonstran Dan Polisi Sempat Buka Puasa Bersama

Di Tengah Suasana Aksi Demonstran Dan Polisi Sempat Buka Puasa Bersama

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 292 hits
Massa aksi penolak hasil rekapitulasi Pemilu 209 dan polisi yang menjaga keamanan Bawaslu melakukan buka puasa bersama di halaman gedung Sarinah Jakarta pada Rabu
Pentingnya Dahulukan Buka Puasa Dengan Segelas Air Putih Dan Kurma

Pentingnya Dahulukan Buka Puasa Dengan Segelas Air Putih Dan Kurma

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 390 hits
Puasa pastinya haus banget Jadi harus minum air putih sesegara mungkin Karena selama puasa dehidrasi kita harus gantikan kekurangan cairan dengan minum air putih kata Astri Kurniati S T M App Sc Head of Nutrifood Research Center belum lama ...
Buka Puasa Di Luar

Buka Puasa Di Luar

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 636 hits
Hi Korang Sepanjang 17 hari kita berpuasa ni most of the time kak lily buka puasa di luar Tak kiralah dekat kampung ke hotel ke restoran ke umah adik beradik ke kan tetap buka di luar Seriously tahun ni memang terlampau banyak invite yang k...
Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Lagu Lama Mengusik Jiwa

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital