Akhlak Kolektif Ph Jadi Tumpuan Akibat Isu Seks Gay Kata Kadir Jasin


FMT Reporters
-June 23, 2019 11:56 PM

PETALING JAYA:  Menggunakan contoh pemimpin politik di negara lain meletak jawatan selepas terbabit skandal seks, seorang pengikut setia Dr Mahathir Mohamad dalam PPBM hari ini membayangkan ahli politik Pakatan Harapan yang berada dalam situasi sama sepatutnya melepaskan jawatan mereka.

Merujuk “video Sandakan” tanpa menamakan Mohamed Azmin Ali, A Kadir Jasin, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP), berkata kontroversi itu bukan hanya peluang bagi polis menjalankan siasatan secara profesional, tetapi juga ujian bagi “perikemanusiaan, rendah hati, akhlak dan maruah” kolektif pemimpin PH.

“Soalan yang setiap pemimpin PH perlu tanya ialah, adakah saya menggunakan jawatan saya dalam parti dan kerajaan untuk melindungi diri daripada salah laku saya atau saya lindungi parti saya dan kerajaan daripada mendapat malu dengan melakukan perkara betul?” tulisnya dalam blognya.

Pada 12 Jun lalu, Ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz mengejutkan negara dengan mengakui dirinya ialah seorang daripada 2 lelaki yang dirakam mengadakan hubungan seks sejenis di sebuah hotel di Sandakan, bulan lalu.

Haziq yang dipecat daripada jawatan setiausaha sulit Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Akin susulan pengakuannya yang dimuat naik ke Facebook, turut menamakan Azmin sebagai pasangannya dalam video lucah itu.

Bagaimanapun, menteri hal ehwal ekonomi itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu yang disifatkannya komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan mengugut akan mengambil tindakan undang-undang.

Mahathir mempertahankan Azmin dan menolak gesaan untuk beliau bercuti atau melepaskan jawatan sementara polis menyiasat video itu.

Hari ini, Kadir membangkitkan keadaan sama di India, Kanada dan Britain di mana pemimpin terbabit skandal seks bertindak meletak jawatan, termasuk menteri di Britain, Andrew Griffiths dan menteri Kanada, Jim Wilson.

Kadir turut menyentuh hubungan sulit Prufomo pada 1961, di mana Setiausaha Negara Britain bagi Perang, John Prufomo dipecat dan dipenjarakan selepas mengaku mengadakan hubungan sulit dengan seorang model berusia 19 tahun, Christine Keeler.

“Dia dipenjarakan bukan kerana tidur dengan Keeler, tetapi disebabkan berbuat demikian, dia membahayakan keselamatan UK kerana wanita itu ialah teman wanita seorang perisik Soviet berpangkalan di UK.”

Kadir berkata, beliau memilih untuk mendiamkan diri mengenai isu Azmin-Haziq dan mengimbau bagaimana reputasinya sebagai wartawan “teruk terjejas” kerana memihak kepada satu pihak dalam satu kontroversi sama ketika mengetuai NSTP.

Beliau merujuk dakwaan salah laku seksual terhadap Anwar Ibrahim pada lewat 1990-an yang menyebabkan pemecatan timbalan perdana menteri itu pada 1998.

“Reputasi saya sebagai seorang wartawan dan editor dipersoalkan dan akhbar yang saya sunting merana.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/akhlak-kolektif-ph-jadi-tumpuan-akibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertemuan Tidak Bincang Isu Peralihan Kuasa Kata Dr Mahathir

Pertemuan Tidak Bincang Isu Peralihan Kuasa Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada sebarang perbincangan berkenaan isu peralihan kuasa dalam pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin Perdana Menteri berkata sebaliknya pertemuan dengan Presiden PKR itu hanya mem...
Kadir Beri Contoh Menteri Letak Jawatan Sebab Dakwaan Seks

Kadir Beri Contoh Menteri Letak Jawatan Sebab Dakwaan Seks

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 323 hits
Isu video seks Sandakan jadi ujian keupayaan kepimpinan PH untuk meletakkan kepentingan negara melebihi apa yang disukai atau tidak disukai secara peribadi kata wartawan veteran itu
Airasia Mampu Selamatkan Malaysia Airlines Kata Kadir

Airasia Mampu Selamatkan Malaysia Airlines Kata Kadir

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 317 hits
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Group Bhd dilihat sebagai pengendali penerbangan berjaya yang mampu menyelamatkan penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd daripada berkubur Menurut wartawan veteran Kadir Jasin AirAsia juga mem...
Orang Asli Jangan Sampai 50 Mati Baru Kata Isu Nasional

Orang Asli Jangan Sampai 50 Mati Baru Kata Isu Nasional

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 399 hits
BANGI 6 Syawal 1440H Isnin 14 kes kematian membabitkan penduduk Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh Gua Musang yang dipercayai akibat jangkitan kuman di saluran pernafasan bukan perkara remeh bahkan sepatutnya menjadi isu nasional De...
Tiba Tiba Dap Yang Dahulunya Galak Dedahkan Klip Video Dan Rakaman Skandal Seks Jadi Senyap Sunyi Dalam Isu Azmin Haziq

Tiba Tiba Dap Yang Dahulunya Galak Dedahkan Klip Video Dan Rakaman Skandal Seks Jadi Senyap Sunyi Dalam Isu Azmin Haziq

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 1104 hits
Sedar atau tidak dalam kemelut terbaharu yang menyaksikan Azmin Ali terpaksa mendapatkan bantuan daripada Mufti Wilayah Persekutuan untuk mewujudkan persepsi tidak bersalah dan suci di mata masyarakat terutama sekali di kalangan penyokong d...
Jangan Libatkan Saya Dengan Isu Video Kata Rafizi

Jangan Libatkan Saya Dengan Isu Video Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 325 hits
Rafizi Ramli menegaskan bahawa beliau tidak mahu dikaitkan dengan skandal seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali Saya tidak mahu terlibat dalam perkara ini meskipun di peringkat parti Biar pihak berkuasa menyiasat ...
Kadir Jasin Airasia Mampu Selamatkan Mab Dari Berkubur

Kadir Jasin Airasia Mampu Selamatkan Mab Dari Berkubur

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 267 hits
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Group Bhd dilihat sebagai pengendali penerbangan berjaya yang mampu menyelamatkan penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd daripada berkubur Menurut wartawan veteran A Kadir Jasin AirAsia juga t...
Teo Tak Campur Tangan Isu Berkaitan Pendidikan Islam Kata Maszlee

Teo Tak Campur Tangan Isu Berkaitan Pendidikan Islam Kata Maszlee

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 351 hits
Teo tak campur tangan isu berkaitan Pendidikan Islam kata Maszlee Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 20 Jun 20
Tiap Kali Tuduhan Seks Berlaku Kita Teraba Raba Kata Nik Zawawi

Tiap Kali Tuduhan Seks Berlaku Kita Teraba Raba Kata Nik Zawawi

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 396 hits
Diterbitkan Hari ini 10 26 pagiMUKTAMAR PAS Negara ini tidak akan berdepan satu lagi kontroversi membabitkan video seks jika sistem perundangan Islam diamalkan di negara ini kata Ketua Ulama Pusat PAS Nik Zawawi Salleh Katanya disebabkan Ma...
Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Lumpuh Lepas Bersalin Suami Tinggal Isteri Derita Atas Katil

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gemerlapan Cahaya Lampu Indahnya Sabindo Resort Kala Malam

Denai Alam Pond A

Elmina East Lake Park

Elmina Urban Park

Bagaimana Kita Boleh Menyokong Pemuliharaan Gajah Di Malaysia

Pensyarah Rugi Hampir Rm300 000 Terpedaya Suspek Menyamar Pegawai Polis