Airasia Mampu Selamatkan Malaysia Airlines Kata Kadir



(Bernama) – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Group Bhd (AirAsia) dilihat sebagai pengendali penerbangan berjaya yang mampu menyelamatkan penerbangan nasional, Malaysia Airlines Bhd (MAB) daripada “berkubur”.
Menurut wartawan veteran, Kadir Jasin, AirAsia juga memiliki satu elemen menyamai MAB iaitu cabang penerbangan jarak jauh, AirAsia X Bhd.
“Mereka ada pengalaman itu kerana memiliki AirAsia X yang melakukan penerbangan jauh sehingga ke Jeddah serta destinasi lain seperti Jepun, Korea Selatan dan China.
“Sudah pasti, struktur harga (tambang) mereka berbeza. Atas dasar itu, mereka memang berpengalaman namun sama ada boleh mengambilalih MAB dan dijadikan sebahagian AirAsia atau mengekalkan MAB sebagai syarikat penerbangan tambang penuh, merupakan keputusan untuk ditentukan oleh mana-mana pihak yang berminat dengan MAB,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Kadir berkata demikian mengulas jika AirAsia boleh mengendalikan kedua-dua syarikat penerbangan tambang penuh dan rendah pada masa sama.
Ini susulan cadangan beliau menerusi catatan di Facebook pada Jumaat lepas bahawa “adalah lebih baik untuk MAB ‘berkahwin’ (disatukan) dengan AirAsia daripada sewenang-wenangnya membiarkan jenama ikonik itu berkubur.”
Mengulas selanjutnya, beliau berkata: “Di Eropah, terdapat sebuah syarikat yang mengendalikan penerbangan tambang penuh dan rendah pada masa sama. Malah ada banyak syarikat penerbangan besar lain di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang cuba memiliki penerbangan tambang rendah, tetapi secara amnya tidak berjaya.”
Untuk rekod, pada Disember 2007, syarikat penerbangan berpangkalan di Jerman, Lufthansa membeli 19% kepentingan dalam JetBlue Airways dan menandatangani perjanjian perkongsian kod dengan syarikat itu.
Ini merupakan pelaburan penting pertama syarikat penerbangan Eropah ke atas syarikat penerbangan AS sejak termeterainya Perjanjian Langit Terbuka AS-AS berkuatkuasa pada 2008.
Bagaimanapun pada Mac, 2015, Lufthansa bertindak menjual kepentingannya dalam JetBlue.
Dalam catatannya, Kadir turut membangkitkan AirAsia pernah “berkahwin” atau bersama dengan Malaysia Airlines sebelum ini – merujuk kepada perjanjian pertukaran saham 2 syarikat itu pada 8 Ogos 2011.
Malangnya, perjanjian itu tidak bertahan lama apabila ditamatkan 8 bulan kemudian.
Kadir berpendapat, perjanjian MAB-AirAsia itu tidak berjaya kerana cadangan yang tidak jelas selain berdepan banyak bantahan daripada pihak awam.
“Namun itu berlaku beberapa tahun lepas dan keadaan telah berubah. Kita juga melihat kerajaan melakukan banyak cubaan untuk memulihkan Malaysia Airlines tetapi malangnya, ada persepsi ramai bahawa MAB tidak dapat dipulihkan dan sesuatu perlu dilakukan,” katanya.
Bagaimanapun, sama ada AirAsia mampu berjaya mengendalikan MAB sebagai syarikat tambang penuh dan jika ia benar-benar berminat untuk menggalas tanggung jawab itu adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan oleh syarikat tambang rendah tersebut, katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tony Fernandes sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya tidak merancang untuk membeli MAB kerana berhasrat melakukan usaha transformasi sebagai syarikat yang diterajui oleh teknologi.
Mengulas sama ada “perkahwinan” atau penyatuan AirAsia dan MAB akan mencetuskan kebimbangan mengenai monopoli dalam industri penerbangan tempatan, Kadir berkata akan wujud elemen monopoli atau duopoli antara AirAsia dan Malindo Airways dalam masa terdekat ini.
“Namun hari ini ianya bukanlah semudah itu untuk syarikat penerbangan bertindak menetapkan harga tambang kerana perbuatan itu adalah satu kesalahan dan saya fikir kita kini mempunyai jaminan dalam bentuk perdagangan yang adil.
“Bagaimanapun, saya yakin dalam persaingan antara 2 syarikat, harga itu tidaklah semurah persaingan antara 3 syarikat atau lebih,” katanya.
Sementara itu, penganalisis yang juga Penganalisis Penerbangan Endau Analytics, Shukor Yusof, pula berpendapat Fernandes tidak mungkin mengambilalih MAB pada masa ini.
“Seperti yang dikatakan oleh Tony Fernandes secara terbuka sebelum ini bahawa tangannya sudah penuh pada masa ini dan saya tidak nampak sebarang alasan untuk AirAsia untuk mengambil alih MAB,” kata Shukor sewaktu dihubungi Bernama.
Menerusi catatan blog beliau bertajuk ‘Singapore Airlines to invest in Malaysia Airlines?’ (Singapore Airlines Mahu Melabur Dalam Malaysia Airlines?) baru-baru ini, Shukor berkata MAB mencatat kerugian lebih RM2.4 bilion (AS$580 juta) bagi tempoh antara 2015 dan 2017 walaupun menerima suntikan dana RM6 bilion daripada Khazanah Nasional Bhd pada 2014.
“Awal minggu ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedia mempertimbang untuk menjual MAB jika terdapat pembeli yang dapat memulihkan penerbangan nasional itu dan mengekalkan identiti Malaysia yang ada,” katanya.
Topik mengenai kemungkinan penjualan MAB kembali hangat dan menjadi tajuk utama media selepas Mahathir yang juga pengerusi Khazanah, menyatakan kesediaan Malaysia menjual syarikat penerbangan itu sekiranya terdapat tawaran baik untuk syarikat itu.
Jika diimbas, perdana menteri membangkitkan perkara itu buat pertama kalinya pada Mac lepas apabila berkata kerajaan sedang mempertimbang sama ada mahu menutup, menjual atau membiayai semula MAB selepas syarikat itu kekal mencatat kerugian berikutan beberapa faktor termasuk kekurangan anak kapal pada separuh kedua 2018.
Idea untuk menutup syarikat penerbangan itu bagaimanapun mencetuskan bantahan pelbagai pihak, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAB sendiri, Kapten Izham Ismail.
Syarikat penerbangan nasional itu mencatat kerugian sebelum tragedi kehilangan pesawat MH370 dan seterusnya pesawat MH17 yang ditembak jatuh.
Pada 2014, ia mengumumkan pelan pemulihan 5 tahun dengan matlamat untuk kembali mencatat keuntungan menjelang 2018.
Bagaimanapun syarikat itu gagal mencapai sasaran itu berikutan persekitaran perniagaan yang mencabar seperti persaingan sengit, kenaikan harga bahan api, kadar pertukaran asing dan kekurangan anak kapal.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/06/30/airasia-mampu-selamatkan-malaysia-airlines-kata-kadir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadir Jasin Airasia Mampu Selamatkan Mab Dari Berkubur

Kadir Jasin Airasia Mampu Selamatkan Mab Dari Berkubur

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 223 hits
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Group Bhd dilihat sebagai pengendali penerbangan berjaya yang mampu menyelamatkan penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd daripada berkubur Menurut wartawan veteran A Kadir Jasin AirAsia juga t...
Beberapa Pihak Berminat Ambil Alih Malaysia Airlines Kata Laporan

Beberapa Pihak Berminat Ambil Alih Malaysia Airlines Kata Laporan

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 317 hits
Beberapa pihak berminat ambil alih Malaysia Airlines kata laporan Dikemas kini 4 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 Jul 2019
Don T Let Malaysia Airlines Die Kadir Jasin

Don T Let Malaysia Airlines Die Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 290 hits
It is better for Malaysia Airlines Bhd to be married to AirAsia than to wantonly allow the iconic brand to die veteran newsperson A Kadir Jasin said today He noted that AirAsia had married MAS before referring to their share swap agreement ...
Pm We Will Choose Buyer For Malaysia Airlines Carefully

Pm We Will Choose Buyer For Malaysia Airlines Carefully

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 239 hits
Malaysia is willing to consider selling the national carrier Malaysia Airlines Bhd if there is a good offer for the company says Prime Minister Dr Mahathir Mohamad However he said the government must first ensure the potential buyer would b...
Its Back To Malaysia Singapore Airlines Again

Its Back To Malaysia Singapore Airlines Again

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 291 hits
Those of you who were born say after 1966 will have little or no recollection that Malaysia and Singapore once operated one airline together the famous Malaysia Singapore Airlines or MSA which flew from 1966 until 1972 when the airline spli...
Malaysia Airlines Tetap Dihatiku Mohamad Sabu

Malaysia Airlines Tetap Dihatiku Mohamad Sabu

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 314 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Akhlak Kolektif Ph Jadi Tumpuan Akibat Isu Seks Gay Kata Kadir Jasin

Akhlak Kolektif Ph Jadi Tumpuan Akibat Isu Seks Gay Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 224 hits
June 23 2019 11 56 PMPETALING JAYA Menggunakan contoh pemimpin politik di negara lain meletak jawatan selepas terbabit skandal seks seorang pengikut setia Dr Mahathir Mohamad dalam PPBM hari ini membayangkan ahli politik Pakatan Harapan yan...
Malaysia Airlines Minta Maaf Tapi Keselamatan Pesawat Lebih Penting

Malaysia Airlines Minta Maaf Tapi Keselamatan Pesawat Lebih Penting

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR Pesawat Malaysia Airlines berdepan dengan masalah teknikal hingga menyebabkan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu terlepas untuk bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di London Malaysia Airlines Berhad yang kesal dengan kesulitan ...
Ekonomi Malaysia Mampu Catat Pertumbuhan Lebih Baik

Ekonomi Malaysia Mampu Catat Pertumbuhan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 238 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri