Pakaian Seragam Sekolah Bentuk Jati Diri Murid




Pemakaian seragam sekolah sudah sekian lama dilaksanakan semenjak kita mencapai kemerdekaan. Sejak 1970 pula, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memulakan langkah yang lebih tersusun dalam mewajibkan semua murid sekolah rendah dan menengah untuk memakai pakaian seragam sekolah

Namun pada 3 Oktober 2021 Menteri Kanan Pen- didikan, Datuk Dr Radzi Jidin memberikan kelong- garan kepada murid untuk tidak memakai pakaian seragam. Arahan pemakaian seragam sekolah kemudian dikembalikan pada 12 Jun 2022.

Bagaimanapun sekali lagi Kementerian Pendi- dikan Malaysia (KPM), pada 2 Mei 2023, mengelu- arkan arahan murid sekolah dibenarkan memakai pakaian sukan berikutan cuaca panas keterlaluan yang melanda negara berpotensi memberi kesan kepada murid.

Arahan itu kelihatannya masih berkuat kuasa sehingga kini meskipun cuaca sudah kembali pulih seperti sedia kala.

Rentetan itu, murid semakin selesa untuk tidak lagi mengenakan pakaian seragam. Mereka sebaliknya lebih suka memakai baju sukan pelbagai warna dan keadaan ini menjadikan pakaian seragam semakin dilupakan. Bagi pihak sekolah, mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan murid untuk kembali memakai pakaian seragam kerana tiada arahan daripada KPM.

Meninjau keadaan semasa di sekolah, kelihatannya, ketika perhimpunan pada setiap hari Isnin, hanya beberapa orang pelajar sahaja yang mengenakan pakaian seragam berbanding hampir 98 peratus daripada murid berpakaian sukan.

Agak cacat pemandangan pada perhimpunan sekolah dengan murid yang memakai baju sukan pelbagai warna dan tidak memakainya dengan kemas.

Gambaran ini menunjukkan murid sudah selesa ke sekolah dengan berpakaian kasual sedangkan seragam sekolah pernah menjadi kebanggaan murid suatu ketika dahulu. Segak bertali leher dengan pakaian seragam berlencana tidak lagi diendahkan sedangkan seragam sekolah sedikit sebanyak membentuk jati diri murid ketika di alam persekolahan. Pertembungan pendapat pastinya berlaku apabila arahan baharu daripada KPM dikeluarkan kerana ibu bapa juga sudah selesa dengan budaya pemakaian baju sukan. Pakaian seragam sekolah yang dulunya menjadi kemegahan zaman persekolahan dilihat oleh ibu bapa sebagai tidak lagi bermakna. Malah, ada ibu bapa berasakan lebih jimat membeli baju sukan yang lebih murah harganya berbanding satu set pakaian seragam sekolah.

Kembalikan pemakaian seragam sekolah

Justeru, KPM seharusnya bertegas dalam situasi ini terutama dengan arahan yang lebih jelas mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah (Pindaan) yang dibuat sebelum ini adalah terpakai melainkan arahan drastik memerlukan tindakan segera mengikut situasi semasa.

Mengembalikan kegemilangan dan kebanggaan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dengan beberapa peraturan dan arahan yang perlu dipatuhi akan menjadikan sekolah bukan sahaja sebuah tempat menimba ilmu, malah medan bersosialisasi serta membentuk jati diri.

Sekolah juga tempat membentuk disiplin berasaskan Rukun Negara dan dalam masa yang sama murid diasuh dengan satu jenama sekolah dengan pemakaian seragam sekolah selain bersatu padu di bawah satu lencana. Mengapa semua ini tidak dipandang sebagai satu wadah yang baik terhadap pelajar dan sekolah? Mengapa perlu kita menidakkan elemen yang sudah dibina sekian lama di sekolah dan cuba melenyapkan sesuatu yang baik untuk pembentukan jati diri pelajar?

KPM perlu bertegas dalam soal ini. Arahan yang jelas perlu dikeluarkan supaya sekolah dapat memahamkan ibu bapa untuk kembali kepada keadaan asal iaitu murid perlu berpakaian seragam sekolah dan hanya pada hari tertentu sahaja mereka dibenarkan berpakaian sukan.

Situasi menang-menang ini diharapkan dapat mengembalikan kegemilangan sekolah dalam membentuk disiplin dan jati diri murid. Seragam sekolah harus menjadi kebanggaan semua murid. Lencana sekolah pula mengikat jiwa mereka untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.

KPM harus mengambil langkah proaktif bagi memperkasakan pemakaian seragam sekolah dan dalam masa sama dapat mengekalkan budaya dan tradisi yang sudah terbina sekian lama.
Dr Abd Razak Zakaria, Pengerusi, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keluarga Universiti Malaya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/09/pakaian-seragam-sekolah-bentuk-jati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
21 Idea Replika Merdeka Daripada Bahan Terbuang Murid Sekolah

21 Idea Replika Merdeka Daripada Bahan Terbuang Murid Sekolah

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 406 hits
Projek Replika Merdeka daripada bahan terbuang Bersempena dengan Kemerdekaan Malaysia sekolah akan menganjurkan projek buat anak murid menghasilkan replika yang bertemakan Malaysia Jadi jom kita selongkar inspirasi replika yang dihasilkan p...
Pengaruh Media Sosial Kikis Adab Murid Sekolah

Pengaruh Media Sosial Kikis Adab Murid Sekolah

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 284 hits
Media sosial membawa pelbagai impak kepada hampir setiap aspek kehidupan kita hari ini Apatah lagi dengan capaian kepada maklumat tidak terbatas semua perkara mampu mempengaruhi pengguna tanpa kawalan didikan yang mantap Baru baru ini misal...
Murid Jejak Sekolah Elit Kepuasan Dan Impian Guru Pedalaman

Murid Jejak Sekolah Elit Kepuasan Dan Impian Guru Pedalaman

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 197 hits
Muhammad Izzat Afif Hasim bersama muridnya di Sekolah Kebangsaan Long Miri Baram Sarawak PETALING JAYA Kepuasan sebenar guru yang bertugas di pedalaman adalah apabila muridnya berjaya memasuki sekolah elit dan mendapat pendidikan lebih baik...
Sujud Dan Merendah Diri

Sujud Dan Merendah Diri

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 335 hits
Surah Al Baqara 34 Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat Sujudlah kamu kepada Adam maka sujudlah mereka kecuali Iblis ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang orang yang kafir Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2 Hadi...
Merancang Untuk Tentukan Apa Akan Jadi Pada Diri Anda 5 Tahun Lagi Dari Sekarang

Merancang Untuk Tentukan Apa Akan Jadi Pada Diri Anda 5 Tahun Lagi Dari Sekarang

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 181 hits
Ini antara soalan yang agak popular ditanya ketika dalam temuduga kerja bagaimana anda bayangkan diri anda dalam tempoh 5 tahun dari sekarang Mungkin anda sendiri pernah di tanya sebegitu Paling baik jika anda pernah tanya pada diri sendiri...
Hiburan Fitnah Fitnah Melampau Ebit Lew Balik Dari Jeddah Terus Buat Laporan Polis Susulan Untuk Bela Diri

Hiburan Fitnah Fitnah Melampau Ebit Lew Balik Dari Jeddah Terus Buat Laporan Polis Susulan Untuk Bela Diri

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 264 hits
Pendakwah dan pensohor media sosial Ebit Lew menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan bahawa dia telah membuat satu laporan polis susulan kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadapnya Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew...
Menyesal Gadai Gelang Hampir Rm10 000 Niat Nak Tolong Kawan Akhirnya Diri Sendiri Kena Tebus Balik

Menyesal Gadai Gelang Hampir Rm10 000 Niat Nak Tolong Kawan Akhirnya Diri Sendiri Kena Tebus Balik

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 137 hits
Seorang wanita Aiza Roslan sanggup menggadaikan barang kemas miliknya demi membantu sahabatnya yang dalam kesusahan Menerusi satu video tular wanita tersebut kelihatan menangis teresak esak mengenangkan nasib diri setelah berasa dikhianati ...
Didera Sejak Mac Kanak Kanak Lari Rumah Selamatkan Diri

Didera Sejak Mac Kanak Kanak Lari Rumah Selamatkan Diri

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 140 hits
BernamaSEREMBAN Polis menahan pekerja kilang dan isterinya di Bahau dekat sini semalam kerana disyaki mendera anak lelakinya berusia enam tahun sejak Mac lepas Ketua Polis Jempol Hoo Chang Hook berkata lelaki terbabit yang juga bapa kandung...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Burung Bukan Punca Pesawat Terhempas Rupanya Ditembak Anti Dron Alasan Tak Masuk Akal Russia Buat Ramai Marah

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat