Akhirnya Terbukti Pkp Senjata Sebenar Melawan Covid19 Darurat Hanya Untuk Melindungi Kerusi Perdana Menteri


 
Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP buat kali ketiga kini sah dikuatkuasakan ke seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun depan.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin dalam satu kenyataan media petang tadi selepas mempengerusikan mesyuarat MKN di Putrajaya.
Untuk pertama kali, pengumuman PKP hanya dilakukan melalui kenyataan media saja, tidak lagi melalui perutusan khas seperti sebelum ini.
Agaknya Mahiaddin sekarang sudah sedar perutusan khas yang selalu dibuatnya selama ini tidak mampu menyumbang apa-apa, kecuali menambahkan lagi kebencian rakyat terhadapnya saja.
Menurut beliau lagi, langkah menguatkuasakan PKP ke seluruh negara ini adalah berikutan kes-kes harian yang semakin meningkat, di samping kewujudan varian baru Covid19 dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi.
Apakah makna apabila PKP dikuatkuasakan semula?
Pertama, perlaksanaan PKP yang diumumkan Mahiaddin kali ini dengan jelas memperlihatkan kerajaan PN tiada kemampuan dan amat lemah dalam tindakannya mengurus negara.
Baru tiga hari lalu, Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa daerah di Selangor dan dua tiga negeri lain dikenakan PKP, disusuli dengan Wilayah Persekutuan sehari kemudiannya.


Semalam juga ada pengumuman daerah baru dikenakan PKP, tapi alih-alih hari ini Mahiaddin sendiri mengumumkan seluruh negara dikuatkuasakan PKP.
Kenapa setiap hari keputusan berubah-ubah sedangkan semua mesyuarat MKN dipengerusikan oleh orang sama iaitu Mahiaddin sendiri?
Bukankah data dan sains berkaitan Covid16 sentiasa ada dalam tangan dan boleh dijangka peningkatannya?
Ternampak di sini bukan saja rakyat jadi pening dengan keputusan yang berubah-ubah itu, Mahiaddin sendiri terlihat dalam kepeningan dan tidak mampu membuat keputusan yang betul ketika krisis melanda.
Kedua, dengan perlaksanaan PKP buat kali ketiga ini juga menunjukkan senjata sebenar untuk memerangi Covid19 bukanlah darurat seperti yang beria-ia dihujahkan sebelum ini oleh Mahiaddin dan kerajaan PN.
Jika akhirnya PKP juga yang dilaksanakan untuk melawan Covid19, apa sebenarnya guna darurat dikuatkuasakan?
Darurat dalam hal ini ternyata tidak berfungsi untuk melawan Covid19 dan perlaksanaan PKP buat kali ketiga ini secara langsung mengesahkan darurat hanya semata-mata bertujuan untuk melindungi kerusi Perdana Menteri yang sedang diduduki Mahiaddin daripada digugat.
Barulah kita faham, meski pun cadangan pertama ditolak Agong, Mahiaddin terus berusaha meyakinkan baginda untuk melaksanakan juga darurat itu.
Tidakkah Mahiaddin dianggap telah memperdaya Agong berhubung tujuan darurat dilaksanakan?
Sekarang, apa jadi kepada darurat?
Apakah ia hanya untuk menekan rakyat dengan pindaan undang-undang yang membolehkan denda lebih besar dikenakan kepada mereka yang melanggar SOP dan menyebar berita tidak benar, selain bagi kerajaan menjarah dana KWAN dan membolehkan Mahiaddin berbelanja sesuka hati wang negara?
Dalam perlaksanaan PKP kali ini juga, di samping beberapa larangan dikuatkuasakan, langsung tiada bantuan kepada rakyat diumumkan seperti moratorium dan sebagainya.
Kenapa ini berlaku?
Sebabnya tidak lain ialah kerana sekarang ini dana negara sudah kehabisan dan sejak Mahiaddin menerajui negara, tiada pertambahan dalam kewangan negara berjaya diusahakan/
Maknanya, Mahiaddin sekali lagi gagal dan tidak layak menjadi Perdana Menteri yang dapat melindungi rakyatnya sendiri, apalagi jika PKP yang masih banyak kelonggaran ini memungkinkan wabak terus meningkat di masa depan. 


(ShahbudinHusin 10//05/2021)










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/akhirnya-terbukti-pkp-senjata-sebenar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid19 Lebih Kritikal Pkp 2 0 Dan Darurat Terbukti Telah Gagal

Covid19 Lebih Kritikal Pkp 2 0 Dan Darurat Terbukti Telah Gagal

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 296 hits
Dari hampir segala aspek keadaan Covid Malaysia hari ini sebenarnya jauh lebih kritikal berbanding pada masa Darurat diumum hampir 4 bulan dahulu Kematian baru naik 350 ke 18 dari 4 mangsa Jumlah kematian dalam tempoh 7 hari lepas naik 89 k...
Mahiaddin Kini Umpama Jho Low Undurlah Dan Biar Parlimen Pilih Perdana Menteri Baharu

Mahiaddin Kini Umpama Jho Low Undurlah Dan Biar Parlimen Pilih Perdana Menteri Baharu

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 321 hits
Hampir seluruh rakyat kecuali pengampu pembodek dan pendedak ketika ini memang sedang marah kepada kerajaan dan Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin Kerajaan dilihat telah gagal dalam semua perkara dan Mahiaddin dianggap paling tak berguna be...
Sop Pkp Hanya 3 Orang Dalam Satu Kereta Bermula 12 Mei

Sop Pkp Hanya 3 Orang Dalam Satu Kereta Bermula 12 Mei

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 366 hits
3 564 total views 1 883 views today Kerajaan kini mengehadkan hanya tiga orang boleh berada dalam satu kereta termasuk pemandunya bermula 12 Mei hingga 7 Jun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata demikian susulan pelaksanaan perintah kaw...
Pkp 3 0 Tanda Kerajaan Gagal Kawal Covid 19 Kata Bekas Menteri Kesihatan

Pkp 3 0 Tanda Kerajaan Gagal Kawal Covid 19 Kata Bekas Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 329 hits
May 13 2021 Dzulkefly Ahmad berkata kegagalan kerajaan menguruskan PKP 2 0 menyebabkan rakyat terpaksa menempuh PKP 3 0 kerana itu saja cara mudah untuk membendung penularan Covid 19 PETALING JAYA Bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad mem...
Akhirnya Kl Juga Dikenakan Pkp

Akhirnya Kl Juga Dikenakan Pkp

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 317 hits
Sebelum ini media melaporkan Pengguna media sosial mempersoalkan tindakan Putrajaya mengecualikan Kuala Lumpur dari dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan apabila daerah di sekitarnya ditutup selama hampir dua minggu mulai esok Mereka berkat...
Gempar Menteri Kdn Akhirnya Mengaku Audio Bocor Yang Tular Adalah Suaranya

Gempar Menteri Kdn Akhirnya Mengaku Audio Bocor Yang Tular Adalah Suaranya

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 295 hits
April 30 2021 Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin hari ini mengaku bahawa rakaman suara bocor yang membincangkan pelantikan pegawai kanan polis sebagai benar Hamzah Zainuddin bagaimanapun berkata dia tidak melakukan sebarang kesalahan Say...
Tiga Menteri Berebut Satu Kerusi Parlimen Pru 15

Tiga Menteri Berebut Satu Kerusi Parlimen Pru 15

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 356 hits
PETALING JAYA Kemelut perebutan kerusi Pilihan Raya Umum Ke 15 dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyaksikan persaingan tiga menteri dan seorang timbalan menteri di dua kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Di Parlimen Titiwangsa Menteri ...
Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Tuna Puff Yang Rangup Ringkas Enak

Monolog Berdiri 2

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang

Sst Emas Barang Kemas Yang Dikenakan Dikecualikan Cukai