Akhirnya Meja Solek Dah Kemas Dengan Makeup Organizer Yang Best Dan Murah
Salam dears… Dari dulu lagi, Mama selalu rasa fenin tengok meja solek sendiri. Sebab banyak sangat benda, sampai penuh meja solek tu. Susun lah camna pun, tetap rasa sesak!
Mana tak nya, skincare je dah berapa banyak…lotion, toner, Bio Essence, sunscreen, BB cream lagi. Pastu, alat mekap plak…lipmatte ja ntah brapa ada, tambah ngan foundation lah, bedak lah..memang ambil banyak ruang kat atas meja solek tu.
Sampai Ayah pun komplen “barang awak banyak sangat, abang nak letak benda pun takdak tempat dah”. Oppss sori lah bang, meja ni memang saya yang conquer hehehe
Jadi..dah lama gak laa Mama mencari rak atau makeup organizer yang sesuai untuk letak atas meja tu. Nak yang tak terlalu besar, sebab takut meja jadi sempit. Tapi tak nak terlalu kecil sebab takut tak muat plak barang yang ada.
Pastu, nak yang bila susun barang…senang untuk ambil barang barang tu masa nak guna. Dan paling penting, harga mesti mesra poket. Nak yang harganya bawah RM50. Fuhh…macam complicated ja spesifikasinya kan? Nak itu ini, tapi nak murah! Itu pasal lah lama cari tak jumpa yang menepati kehendak hati dan poket hehehe
Dah Jumpa Makeup Organizer Yang Best dan Murah!
Tapi…akhirnya dapat gak apa yang ku cari selama ini, yahooo! Bukan takat muat semua barang Mama, malah bekasnya boleh rotate pusing pusing jadi senang nak ambil barang bila nak guna, aii like!
Dan…disebabkan rak makeup organizer ni bertingkat tingkat camtu, maka dapat jimat ruang dan meja solek nampak lebih luas, kemas dan teratur. Si Faris siap puji “hebatnya tempat barang Mama ni, cantik!” pastu panggil geng dia (Fahmi & Fauzi) mai pusing pusing kan bekas ni. Heyyy ingat alat mainan ke ni boys? Rosak kalu, sila ganti okay hehehe
Tadaa…inilah makeup organizer yang ku cari cari hehe
Makeup organizer ni kena pasang sendiri, jadi boleh laa adjust ketinggian dividers tu supaya boleh muat botol/tiub lotion yang ada.
Beli kat mana? Berapa harga? Mama beli kat Shopee ja ni. Masa tu ada promosi jadi Mama bayar RM32.90 saja. Murah kan. Memang berbaloi baloi beli.
Korang kalau nak beli gak, search ja kat Shopee tu guna keyword ‘makeup organizer’. Ada banyak seller jual, harga dan design pun mungkin berbeza. So pandai pandai lah pilih seller mana yang korang nak. Tapi pastikan baca review dan tengok rating kedai/seller tu juga tau sebelum order supaya tak tertipu ok?
97 total views, 97 views today
The post Akhirnya…Meja Solek Dah Kemas Dengan Makeup Organizer Yang Best dan Murah! appeared first on Mama Kembar Tiga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mamakembartiga.com/2020/01/akhirnya-meja-solek-dah-kemas-dengan-makeup-organizer-yang-best-dan-murah.html/