Alami Pengalaman Premium Glamping Di Tiarasa Escapes Janda Baik Nak Honeymoon Pun Best Dekat Sini




Aku dah lama perhati je Tiarasa Escapes ni. Cantik betul tempatnya. Perasan ramai juga datang honeymoon dekat sini. Memang ngam la sebenarnya tempat ni dijadikan tempat honeymoon sebab tenang, sunyi dan tak crowded. Satu hari cuma dikhaskan untuk 40 orang guess sahaja. So takde la mengganggu ketenteraman orang nak bersyintaa dekat situ kan. Nak pulak kalau datang time weekday, lagi lah takde orang haha. Macam masa aku pergi haritu time FAM Trip bersama Tourism Malaysia. Memang kami ber 6 je ada. Dah buat macam resort tu kitorang punya hehe. 
Tiarasa Escapes ni ialah milik Datin Seri Tiara Jacquelina. Alaa yang berlakon Puteri Gunung Ledang, lagu Asmaradana tu. Haaa tahu kan

Resort ni terletak di Janda Baik, Pahang. Perjalanan dalam sejam je dari KL. Sesuai sangat untuk dijadikan spot for short weekend getaway dan bagi menenangkan jiwa sikit daripada kesibukan kota di KL tu


Tiarasa Escapes ni sebenarnya berkonsepkan Glamping. Iaitu Glamour - camping dimana kita masih lagi tidur didalam khemah, cuma experience nya berbeza dan lebih mewah. Kita still boleh menikmati feeling tidur dalam hutan, tapi masih dapat tidur atas katil dan lagi syok, siap ada kipas dan aircond ye! hehe. Untuk suite atau khemas terpilih, ada bath tub juga taw.




Tema khemah khemah disini ialah bertemakan Savanna dan Safari. So kalau perasan landscape, perabot, hiasan, tone warna dan konsep keseluruhannya memang boleh rasa vibe safari tu. Yang bestnya dekat sini, semua sudut memang instagram worthy. Cantik sangat! so kalau datang tu, prepare memory phone siap siap untuk bergambar sakan ye.

Ini dekat lobi/receptionist yee kawan kawan. cantik! siap ada welcome drink juga dan kita di bawa ke khemah naik buggy

Terdapat 25 buah bilik keseluruhannya dekat sini dengan 20 buah bilik jenis khemah dan 5 buah bilik jenis rumah atas pokok (treetop). Yang penting semua bilik/khemah ni lengkap dengan tandas sekali. So takdela leceh nak kena keluar daripada khemah dan pergi toilet di luar. Makanya, sesuai sangat la kalau nak bawa anak anak datang bercuti dekat sini.

View dari luar bilik // Dragonfly Tented VillaBilik/Khemah yang aku duduk haritu ialah jenis Dragonfly Tented Villa. Lengkap dengan 1 katil King, WiFi, Air Con, Hair Dryer, Safe Box, Mini Fridge, dan banyak lagi kelengkapan.

View dari pintu masuk
Sejadah dan peti besi pun ada // beverage making area // ada extra sofa bed and portable aircond
Boleh bancuh air dekat sini. Mini fridge pun ada 
Asalnya mula mula bilik aku, terletak asing sikit dekat atas bukit. Untuk orang yang sukakan bunyi bunyi nature dan nak kan rasa sunyi tenang, haa memang ngam. Tapi untuk orang penakut macam aku haha memang tak boleh tidur la wakk. Nak pulak tercampak duduk sorang sorang dalam khemah besar. Last last aku tukar dengan kak Ayue, makanya aku dapat khemah belah bawah, setentang dengan khemah Mawardi dan selang beberapa khemah dengan Hasif. Kak Uzu punya khemah pulak paling syok, paling besar dan paling dekat dengan lobi and tempat makan. Haha strategic betul lokasi dia.

Bukak pintu je nampak dah khemah orang lain. Sebelah sebelah je tapi takde la dekat sangat untuk elak bising
Sebenarnya, kedudukan antara setiap khemah ni tak jauh pun. Cuma aku memang tak biasa tidur sorang nak nak pulak sunyi je bunyi cengkerik gitu kan haha. Malam tu pun aku tidur bukak semua lampu and sambil pasang cerita kdrama dekat phone kahkahkah. Semata nak bagi ada bunyi. Tak boleh la sunyi sunyi sangat ni hehehe. Asalnya tu siap meminta nak tidur sekali dengan Kak Ayue, tapi cuba tabahkan diri untuk tidur sorang juga. Tapi last last tidur tidur ayam juga. Kalau dah penakut tu, penakut jugak wak yee haha


Attached bathroom. Lengkap dengan shower head & toiletries

Ini ialah standard room yang ada di Tiarasa Escapes dan rate nya bermula dengan RM990 untuk satu malam (excluding tax). Tapi korang kena rajin rajin tengok instagram dan website Tiarasa Escapes ni juga, sebab kadang kadang diorang ada buat promosi. Macam masa sambutan kemerdekaan Ogos lepas, katanya ada promo diskaun 50% untuk harga bilik. Separuh harga ye, wow murah! So kena follow siap siap instagram Tiarasa Escapes okay?

Nasi Lemak punya pembungkus fancy betul! Tapi yang penting, sedap!
Okay, apa je aktiviti boleh buat sepanjang di Tiarasa Escapes ni

Sebenarnya ada banyak. Dan nak jadikan lagi best, korang kena datang ramai ramai bersama kawan dan family. Sebab bila ramai baru lah meriah. Antara aktiviti yang korang boleh buat sama sama ialah
Aktiviti Menarik Di Tiarasa Escapes, Janda Baik Pahang'Board Game'

Berlambak board game yang ada dekat sini. Yang aku tak pernah dengar pun ada haha. Tapi haritu kitorang sempat main Snakes & Ladder. Seronok pulak main ni sebab dah lama tak main. Ada twister, ada Monopoly, ada Chess, ada card game dan macam macam. Pilih je dekat rak ni hehe. Pening kan taktahu nak pilih apa? Btw congkak pun ada gais. Haaa pilih pilih.


Movie Under The Star @ Moonlight Cinema 
Credit : Tiarasa Instagram
Sepatutnya kitorang nak tengok movie sambil baring dekat kawasan lapang bawah sinaran bintang bintang gittew macam dalam gambar ni ha. Tapi cuaca tak mengizinkan. Makanya kami tengok movie dekat dalam conference room. Pun selesa juga! Siap disajikan popcorn dan hot milo lagi. Syok sangat! Kitorang layan cerita Pitch Perfect 3 malam tu. Besoknya terus semua perasan jadi penyanyi acapella hahaha.

Credit : Tiarasa Instagram


Pilihan movie pun ada beratus. Siap ada catalog lagi senarai movie yang ada. So pilih je cerita apa korang nak tengok okay

Picnic Tepi Sungai @ Riverside Picnic
Yess picnic! Tapi macam yang aku cakap tadi, cuaca memang tak mengizinkan masa kitorang dekat Tiarasa ni. Sepanjang hari hujan je so semua aktiviti dibuat indoor. Sepatutnya kitorang nak picnic tepi sungai tapi end up makan dekat dalam je hehe.



Sedap taw makanan hi-tea yang disediakan. Kalau cuaca cantik, setup untuk picnik ni cantik sangat tau. Tengok la gambar gambar antara guest yang ambil pakej picnik ni. Very instagrammable! Takpela takde rezeki. Tu tandanya kena datang lagi hehe.

Credit top left - right // @renzze // @alethiatoh // @sarah.illyas // @kupu_kupu


Bonfire!
Photo : Tiarasa
Weee ~ ni syok kalau datang beramai ramai. Masa ni la duduk keliling api dan bawa keluar gitar dan nyanyi. Takpun main truth or dare, OR share cerita seram? :p hehe. Ha kalau dah plan nak ber-bonfire tu, bawa la marshmallow sekali. Baru lah ONZZ

Mandi manda@ Berendam di Wading Pool



Pool ni cetek je, dalam paras lutut je camtu. Sebenarnya sesuai untuk bawa anak anak mandi. Sambil kita bersantai tepi kolam. Tapi kalau mak mak nya pun nak turun berendam, takde hal la kan haha. Ikotkan aku pun nak terjun but again....... hujan :( . Tapi memang cantik la landscape dekat sini. Insta-worthy betul

Nature Walk And Bird Watching
Di Tiarasa Escapes ni ada juga ditawarkan aktiviti Nature Walk & Bird Watching pada waktu pagi. Akan ada guide yang bawa kita pusing sekitar resort sambil dibekalkan binokular untuk kita tengok flora dan fauna dengan lebih jelas. Tempoh sesi ni biasanya dalam 35-40 minit and kena mula berkumpul seawal 8.30 pagi. So kalau korang nak buat aktiviti ni, maklumkan dekat staff tu masa check in. Okay?




==========================================

Okay, boleh plan dah ni bila kita punya next trip ke Tiarasa. Make sure pergi time bukan musim hujan hehe. Baru la syok nak buat semua aktiviti yang ada disediakan dekat sini. Nak bergambar dan OOTD pun best

===========================
Tips :
- Walaupun ada jaring nyamuk, make sure bawa juga bug/insect repellent untuk keselesaan- Bab dinner, boleh cari makan dekat luar luar, ada banyak pilihan kedai makan since option for dinner dekat sini quite pricey (5-10 minutes drive)

===========================

Room rates : Starts from RM990/night
Inclusion- Breakfast
- Nature walk & Bird Watching (start at 10am) *guess akan dibawa jalan jalan dalam resort dan diberikan binokular
- Free board game (available at Lobby)
- Bonfire pit
- Adult and children library
- Access to pool Riverside picnic 

Exclusion

Riverside picnik
- RM60 nett for adults
- RM30 nett for kids (5-12 y/o)
- FOC for kids below 5 y/o
- 4 hours (3pm-7pm) *package includes food/drinks and games for adults/ kids

 Dinner/BBQ 

- RM80 nett for adults
- RM45 nett for kids (5-12 y/o)
- FOC for kids below 5 y/o

===========================

So siapa yang berhajat nak back into nature tapi nak kan keselesaan level tinggi tinggi boleh laa datang bercuti dekat Tiarasa Escape ni. Untuk senarai penuh rate bilik boleh terus ke https://www.tiarasaescapes.com/ ataupun boleh survey juga rate di Agoda dan Booking.com . Jangan lupa untuk guna ShopBack juga yee bila buat tempahan. Kalau belum daftar, makesure daftar gunakan link ni REGISTER SHOPBACK (*korang boleh dapat RM5.00 cashback bonus bila daftar guna link ni)
Tapi kalau korang nak kan pengalaman betul betul tidur dalam khemah, tandas kat luar dan selalu in contact dengan pacat, haa tunggu aku share next spot Glamping yang best iaitu di Tanah Aina Fahad, Dong Raub

Ini kiranya salah satu siri jelajah pusing pusing Pahang untuk cari spot Glamping dan buat aktiviti Back To Nature. Kalini kitorang ke Janda Baik, Raub dan Kuantan. So untuk next update di Raub, tunggu next post okay














Related posts : tempat glamping menarik di pahang, tempat glamping malaysia, best glamping malaysia, tempat glamping sesuai untuk kanak kanak, glamping premium, harga rate tiarasa escapes, glamping khemah ada tandas, apa maksud glamping, resort cantik malaysia, short getaway malaysia, resort dekat dengan KL, tempat cantik untuk family day, honeymoon dalam malaysia, tempat untuk honeymoon dalam malaysia, honeymoon cantik malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blog.farahdafri.com/2020/01/alami-pengalaman-premium-glamping-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Nak Jadi Orang Yang Tenang Tak Suka Marah Dan Pandai Urus Masa Dengan Baik

Macam Mana Nak Jadi Orang Yang Tenang Tak Suka Marah Dan Pandai Urus Masa Dengan Baik

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 365 hits
Macam mana nak jadi orang yang tenang tak suka ma rah2 dan pandai urus masa dengan baik Satu petua yang kuat yang saya pelajari dari ustaz kegemaran saya Sheikh Hussain Yee Apabila anda Berikan masa untuk Allah Allah akan memberi kamu waktu...
Anifah Cerita Pengalaman Tunggu 2 Jam Nak Jumpa Shafie

Anifah Cerita Pengalaman Tunggu 2 Jam Nak Jumpa Shafie

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 264 hits
HASPAIZI ZAIN PRK KIMANIS Bekas anggota parlimen Kimanis Anifah Aman mendakwa Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal gagal membawa masuk pembangunan ke kawasan itu Beliau menceritakan pernah menunggu selama dua jam di pejabat Shafie ketika b...
Sebab Tu Aku Tak Suka Share Pasal Anak Dekat Fb Ada Lelaki Lain Datang Nak Jemput Anak Dekat Sekolah

Sebab Tu Aku Tak Suka Share Pasal Anak Dekat Fb Ada Lelaki Lain Datang Nak Jemput Anak Dekat Sekolah

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 455 hits
Biasalah kita sebagai ibu bapa memang sangat teruja untuk berkongsi perkembangan anak anak Lebih lebih lagi sekarang musim persekolahan bermula Maka ramailah berkongsi gambar anak berpakaian sekolah dan berlencana sekolah Namun sedar ataupu...
Bawa Anak Autisme Tunai Umrah Ibu Ini Kongsi Tip Pengalaman Nak Bawa Anak Kecil Ke Mekah

Bawa Anak Autisme Tunai Umrah Ibu Ini Kongsi Tip Pengalaman Nak Bawa Anak Kecil Ke Mekah

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 504 hits
Setiap orang pasti mendambakan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah sama ada untuk mengerjakan ibadah Haji mahupun Umrah Tapi kalau nak bawa anak anak kecil pastinya ia memerlukan persiapan yang rapi kerana maklum sahajala...
Saya Dah Penat Nak Uruskan Dia Ibu Bunuh Anak Perempuannya Yang Lumpuh Alami Masalah Gangguan Jiwa

Saya Dah Penat Nak Uruskan Dia Ibu Bunuh Anak Perempuannya Yang Lumpuh Alami Masalah Gangguan Jiwa

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 447 hits
Kebanyakan ibu di luar sana tidak akan tergamak untuk menyakiti anaknya sendiri apatah lagi melihat badan anak tercalar pasti membuatkan si ibu berasa sedih Tetapi bagi si ibu ini pula lain Dia tergamak menamatkan riwayat darah dagingnya se...
Baguslah Kalau Umno Nak Bergabung Dengan Bersatu Pulangkan Semula Jawatan Pm Pada Ph

Baguslah Kalau Umno Nak Bergabung Dengan Bersatu Pulangkan Semula Jawatan Pm Pada Ph

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 298 hits
Ahli MT UMNO Lokman Adam mendakwa terdapat usaha yang direstui oleh sebilangan pemimpin UMNO sendiri untuk menggabungkan parti itu dengan Bersatu Katanya antara sebilangan pemimpin yang setuju ke arah penggabungan itu ialah mereka yang seda...
Aku Tak Tahu Macam Mana Tok Qadhi Nak Sebut Nama Dia Time Nikah Pu Abu Komen Nama Panjang Anak

Aku Tak Tahu Macam Mana Tok Qadhi Nak Sebut Nama Dia Time Nikah Pu Abu Komen Nama Panjang Anak

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 286 hits
Pencetus Ummah Abu Sufyan yang juga merupakan bekas suami kepada Ain Afini Latif ada mendedahkan wajah anak sulungnya Aku Tak Tahu Macam Mana Tok Qadhi Nak Sebut Nama Dia Time Nikah PU Abu Komen Nama Panjang Anak
Nak Cari Baju Kurung Moden Yang Dah Siap Dan Murah

Nak Cari Baju Kurung Moden Yang Dah Siap Dan Murah

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 546 hits
Kat mana lagi Harus la Butik PARI Jalan TAR hehe K fiezz dah kali kedua mengulang ke butik ni Jumaat lepas baru jejak lagi ke sini hehe It s shopping time again at PARI hehe Jumaat lepas k fiezz 2 orang member pejabat keluar jalan jalan ke ...
Dah Cakap Dah Sekejap Tuhan Nak Tunjuk

Dah Cakap Dah Sekejap Tuhan Nak Tunjuk

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 327 hits
Sewaktu PRK Tg Piai baru ni kita kempen agar sokonglah calon PH dari Bersatu seorang Melayu bekas pendidik dan bekas imam Lebai pun jawab jangan sokong calon Bersatu walaupun melayu dan Islam kerana di belakangnya adalah Dap anti Islam kata...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage