Hiking Bukit Mok Cun Mencabar Tapi Best
HIKING BUKIT MOK CUN MENCABAR TAPI BEST! | Hai korang.. harini 1.1.2020 .. Happy New Year! Hampir 2 bulan busyra tinggalkan dunia blog.. Sumpah rindu! tapi disebabkan kekangan masa yang tak mengizinkan, terpaksalah tolak tepi dulu.. So, kali ni nak share dengan korang kenangan dapat hiking Bukit Mok Cun. First time ni nak hiking
Omg I'm so excited nak naik atas bukit. Tak sabar nak naik kemuncak untuk tengok indahnya Ya Allah ciptaanMu.. Sebelum ni asyik tengok hikers post di Instagram and Facebook je.. Diri sendiri belum pernah sampai. Memang nekad nak naik dengan kawan-kawan nak rasa sendiri experience bila dapat tengok sawah hijau dari atas.. Fuh! tenang sangat.
Korang yang datang kesini jangan risau sebab ada tempat parking kereta, ia bagi memudahkan pendaki untuk meletakkan kenderaan. Kadar bayaran RM2 untuk sebuah kereta. Sesampai saja kami disini, rasa tenang sangat sebab kawasan ni memang betul-betul kena masuk dalam sikit, iaitu kawasan kampung. tepi kiri kanan sawah padi dan rumah penduduk kampung. Alhamdulillah cuaca pada hari tu pun baik, tak panas sangat dan tak hujan.
Bagi yang belum tahu, Bukit Mok Cun terletak di Negeri Kedah iaitu berada dalam mukim Kodiang. Dari Bukit Mok Cun kita dapat lihat view terbaik jelapang padi di Kedah. Start naik pukul 8.30 pagi.. Sejam juga kami mendaki disebabkan masing-masing masih baru belajar.. haha. Sekejap-sekejap berhenti.. hehe. Cuma ada dikalangan kami yang dah biasa hiking, dorang yang banyak membantu bagi insan-insan lemah macam I yang tak pernah mendaki. hahaha.
Tali disediakan untuk pendaki bagi memudahkan untuk naik keatas. Cumanya nanti tangan kita akan sakit sikit sebab terlalu bergantung pada tali.. Tapi tanpa tali, mustahil untuk kita sampai ke kemuncak. Terlupa pulak nak mention, sebelum nak masuk ke tempat orang jangan lupa baca doa mintak perlindungan dari yang Maha Kuasa.
Tinggi: 460 kaki (140 meter)
Lokasi: Berdekatan Kampung Kodiang Lama (Stesen Kodiang KTM)
Masa: 30-60 minit untuk sampai ke puncak
Alhamdulillah tak banyak rintangan yang kami hadapi cuma ada beberapa saja. Contohnya tangga merah yang kedudukannya 90 darjah tinggi.. Serius wehh takut.. haha. Mulanya macam tak mau naik dah. tapi fikir sayangnya bila dah nak sampai tu, sikit ja lagi. Ku gagahi jua! huhu. Selain tu, ada tanah yang kami pijak agak licin terhakis. Jadi tangan memang tak boleh lepas dari tali. risau takut terjatuh..
Finally, kami sampai keatas. yeayyy! Puas rasa bila dapat tengok sendiri view dari atas.. rasa tenang, dapat lupakan masalah, rasa happy.. semua lah! Nikmatnya tu, serious best. Apa tunggu lagi, selfie la yang kita mahukan. Dari bawah sampailah keatas, tangan tak henti pegang phone.. Gambar setiap sudut nak ambil.. haha.
Lebih kurang 20 minit macam tu kami dekat atas.. Sudahhhh nak turun pulak.. haha. Honestly, turun 2x susah dari naik. Sebabnya kita kena turun hulur kaki dulu, batu pulak tinggi-tinggi. Perlukan mental dan kesabaran yang maksimum.. Tapi please jangan stress-stress, hayati setiap moments susahnya tu. Surely rasa best!
Alhamdulillah selamat turun semuanya.. Lepas turun tu, sempat lagi la p makan.. hahaha. Okay thank you guys sudi baca entri kali ni. Tunggu upcoming entry okay?? Assalamualaikum :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.busyratakiyudin.com/2020/01/hiking-bukit-mok-cun-mencabar-tapi-best.html