Akhirnya Kedai Gunting Rambut Kembali Dibuka


M Fakhrull Halim
Selaras dengan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) bermula semalam, perkhidmatan gunting rambut - yang begitu dinanti-nantikan ramai rakyat Malaysia - akhirnya kembali beroperasi.
Tinjauan Malaysiakini di sejumlah kedai gunting rambut di sekitar ibu kota mendapati rata-rata pengusaha tidak berkira dalam melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, bahkan gembira dapat kembali beroperasi setelah hampir tiga bulan menutup kedai.

Nama, nombor telefon dan suhu badan pelanggan dicatat. Maklumat itu direkodkan di buku log atau menerusi kod QR yang boleh diimbas menerusi aplikasi MySejahtera.
Pelanggan turut dipakaikan apron pakai buang. Bagi tukang gunting pula, mereka perlu memakai sarung tangan dan pelitup muka dan ada juga yang mengenakan perisai muka.
“Tak ada hal. Kalau nak buka, kena akurlah dengan SOP,” kata seorang tukang gunting yang tak enggan dinamakan di Sungai Besi, sebaik selesai menggunting rambut seorang pelanggannya.
Bagi pengusaha salun Ray Tan, 32, juga di Sungai Besi, meskipun pemakaian sarung tangan dan perisai muka sedikit menyukarkan kerja, dia tetap akur dan gembira kerana dapat kembali bekerja.
Namun, satu hal yang menjadi kebimbangannya adalah sewa premis yang langsung tiada pengurangan sejak PKP pada 18 Mac lalu sedangkan katanya, perniagaan mereka tidak memberikan keuntungan yang terlalu besar.
“Saya mesti rasa gembira sebab dapat buat perniagaaan. Tapi kena risau juga tentang sewa. Saya risau itu sajalah,” katanya sambil berkongsi bahawa dua rakannya yang turut mengusahakan salun telah menamatkan operasi kerana tak mampu menampung kos sewa.
Ada juga pengusaha salun yang berpandangan keperluan menggantikan apron untuk setiap pelanggan sebagai satu pembaziran, seperti yang dinyatakan Kek Siau Hui, 34, ketika ditemui di kedainya di Bandar Sri Permaisuri.
Kek Siau HuRata-rata pengusaha yang ditemui semalam berkata mereka menerima sambutan baik, iatu kira-kira 10 pelanggan dalam tempoh beberapa jam sahaja selepas membuka kedai.
Harga perkhidmatan juga dinaikkan sedikit - rata-ratanya antara RM2 ke RM5- bagi menampung kos alat perlindungan tambahan bagi mematuhi SOP.
Bagi seorang jurudandan rambut di Bandar Sri Permaisuri, Nur Ziana, 24, dia berharap kerajaan dapat mempertimbang untuk memanjangkan tempoh bagi pendandan berurusan dengan setiap pelanggan.
Katanya, tempoh sejam yang diperuntukkan kini hanya cukup untuk khidmat mencuci, memotong dan merawat rambut, tetapi tidak cukup untuk meluruskan (rebonding) dan mewarnakan rambut yang turut mendapat permintaan.
Meskipun faham akan keperluan SOP berkenaan, dia tetap berharap agar kerajaan dapat memanjangkan sedikit masa berkenaan, apabila situasi Covid-19 kian pulih nanti.
Nur ZianaBerdasarkan tinjauan, kebanyakan salun mengutamakan konsep temu janji serta mengenakan perisai muka berbanding kedai gunting rambut biasa.
Berdasarkan SOP yang dikeluarkan untuk kedai gunting rambut, jurudandan rambut dan salun kecantikan, pengusaha “amat digalakkan” untuk menerima pelanggan berdasarkan temu janji.
Mereka juga diwajibkan memakai penutup hidung dan mulut sepanjang masa, serta memakai satu set sarung tangan pakai buang untuk setiap pelanggan, manakala penggunaan perisai muka dan gaun pakai buang oleh pekerja adalah “digalakkan”.
Pemakaian apron pakai buang oleh setiap pelanggan juga dimestikan, manakala tempoh masa untuk mendandan atau menggunting rambut seorang pelanggan tidak boleh melebihi satu jam.
'Pada mulanya 30 minit saja'
Berkenaan tempoh masa sejam itu, Presiden Pertubuhan Pendandan Rambut Malaysia (MHA) Michael Poh berkata ia adalah budi bicara yang sangat baik oleh kerajaan.
Dia berkata, kerajaan pada mulanya hanya membenarkan tempoh 30 minit sahaja dan hanya untuk memotong rambut, tetapi bersetuju menambah masa berkenaan setelah rayuan beberapa persatuan pendandan rambut.
Mengakui tempoh sejam itu tidak cukup untuk dandanan dengan pelbagai teknik, Poh bagaimanapun berkata ia memadai untuk dandanan rambut seadanya, termasuk mewarnakan rambut untuk menutup uban.
MHA adalah persatuan yang terlibat menghantar proposal bagi SOP operasi kedai gunting dan dandanan rambut untuk pertimbangan kerajaan pada bulan lalu.
Ditanya berkenaan perkara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) Alexander Nanta Linggi mengambil maklum akan perkara yang dibangkitkan pengusaha itu dan berkata kerajaan akan mengumpul segala maklum balas berhubung SOP itu untuk penambahbaikan.
Namun, Alexander yang bercakap dalam sidang media selepas membuat tinjauan kedai gunting rambut di sebuah pusat membeli belah semalam, meminta pengusaha untuk terus mematuhi SOP sedia ada buat masa ini.
Selain pengusaha, pelanggan turut tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dengan pembukaan semula khidmat menggunting rambut, dan berkata mereka yakin dengan SOP baru yang dilaksanakan.
Ryan Ooi“Rasa lega dapat gunting rambut. Saya rasa SOP yang ditetapkan memuaskan, rasa selamat,” kata ahli farmaseutikal, Hanafi, 33, yang sedang beratur di sebuah kedai gunting di Bandar Sri Permaisuri semalam.
“Masa PKP saya potong rambut sendiri. Susah hati kalau tak gunting rambut (dengan pendandan rambut), rambut pun tak ada stail, keyakinan diri pun tak ada. Sekarang rasa bagus,” kata jurulatih kecergasan, Ryan Ooi, 47, ketika baru selesai mendandan rambut di salun di sebuah pusat membeli belah di Cheras semalam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/akhirnya-kedai-gunting-rambut-kembali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedai Gunting Rambut Pasar Terbuka Pasar Pagi Pasar Malam Dan Bazaria Dibuka Semula Dengan Sop Ketat

Kedai Gunting Rambut Pasar Terbuka Pasar Pagi Pasar Malam Dan Bazaria Dibuka Semula Dengan Sop Ketat

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 698 hits
Kerajaan akan membenarkan pasar terbuka pasar pagi pasar malam serta bazaria beroperasi mulai 15 Jun 2020 dengan SOP yang ketat Menurut Menteri Kanan YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob waktu operasi pasar pasar ini juga turut telah ditetapkan ...
Kes Covid 19 Di Kedai Gunting Rambut Selepas Dua Hari Dibuka

Kes Covid 19 Di Kedai Gunting Rambut Selepas Dua Hari Dibuka

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 615 hits
BAHARU dua hari kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi tetapi terdapat laporan yang mendakwa berlaku penularan Covid 19 di sebuah premis tersebut di ibu negara Badan pengurusan KL Traders Square dalam satu kenyataan semalam memberitahu ...
Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Semula Mengikut Sop Bermula 10 Jun

Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Semula Mengikut Sop Bermula 10 Jun

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 508 hits
Sejak mula Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan dapat dilihat sejumlah besar kedai serta premis terpaksa ditutup dalam usaha untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID 19 Hampir tiga bulan dijalankan nampaknya PKP dan PKPB sudah mul...
Pkpb Sop Perkhidmatan Kedai Gunting Rambut Dan Pasar Malam Akan Dibentangkan Sabtu Ini

Pkpb Sop Perkhidmatan Kedai Gunting Rambut Dan Pasar Malam Akan Dibentangkan Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 397 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa SOP jualan pasar malam dan perkhidmatan kedai gunting rambut akan dibentangkan oleh Majlis Keselamatan Negara Sabtu ini Menurutnya pelbagai perkara yang akan dibentangkan pada ...
Sop Kedai Gunting Rambut Dan Pasar Malam Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sop Kedai Gunting Rambut Dan Pasar Malam Apa Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 2122 hits
Sejak kes convid19 mula mereda di Malaysia kerajaan telah mula membenarkan beberapa lagi sektor ekonomi untuk beroperasi Terbaru adalah sektor kecantikan dan penjaja pasar malam dan pagi dengan SOP yang ketat perlu di ikuti oleh peniaga dan...
Kedai Gunting Rambut Mulai Operasi

Kedai Gunting Rambut Mulai Operasi

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 553 hits
Pelanggan dibenarkan mendapatkan khidmat gunting rambut di kedai kedai gunting rambut mulai semalam KUALA TERENGGANU 11 Jun Tinjauan di beberapa kedai gunting rambut di sekitar Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu semalam mendapati...
Selangor Belum Terima Sop Operasi Kedai Gunting Rambut Pasar Malam

Selangor Belum Terima Sop Operasi Kedai Gunting Rambut Pasar Malam

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 505 hits
SHAH ALAM 9 JUN Kerajaan Negeri belum menerima sebarang maklum balas daripada kerajaan Persekutuan berhubung tatacara operasi piawai bagi pembukaan semula beberapa aktiviti perniagaan di Selangor susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergera...
Gunting Rambut Di Kedai Rumah Masih Dilarang Ismail Sabri

Gunting Rambut Di Kedai Rumah Masih Dilarang Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 442 hits
Kerajaan masih belum membenarkan kedai gunting rambut untuk beroperasi meskipun kes jangkitan COVID 19 melibatkan rakyat tempatan semakin berkurang Dalam masa sama Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Majlis Keselamatan Nega...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba