Akhirnya Dapat Juga Beli Bantal Das Abdul Global
Akhirnya dapat juga beli bantal Das Abdul Global | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebenarnya leher aku sakit dalam beberapa hari ini. Rasanya semua berpunca daripada salah tidur. Dan puncanya tentulah daripada bantal! Dah keras sangat. Dan aku tercari cari juga bantal yang terbaik dan berjumpalah dengan bantal Das Abdul Global ni. Katanya bantal dengan kualiti hotel 7 bintang? Nak tahu bantal Das Abdul Global ni ok ke tak ok, jom teruskan bacaan.
Dah lama sebenarnya nampak bantal ni orang jual dekat sisir jalan. Selalu juga terlintas dalam hati nak cuba beli tapi tak berkesempatan. Tapi dah alang alang sakit leher ni, haruslah aku beli satu. Sebelum itu, bantal das abdul global ni ada banyak jenis sebenarnya (sebab ada tengok dekat laman web mereka).
Ini antara jenis jenisnya:
Bila baca memang rasa seronok je kan? Tapi jenis aku, selagi tak rasa sendiri bantal tu, memang tak puas. Al kisahnya, mencari cari jugalah abang abang yang menjual dekat sisir jalan tu. Betul lah orang kata kan, waktu kita tak nak, memang nampak je dekat mana mana. Waktu kita nak beli, satu pun tak jumpa! Haish!!
Semalam aku bawa keluarga jalan jalan bandar melaka. Mula rancang nak ke uptown melaka. Tapi waktu dekat ujung pasir, punyalah banyak kenderaan, sudahnya kami patah balik. Sebab tak tahu nak kemana, aku bawalah keluarga ke MITC melaka.
Aku ada terbaca dekat facebook yang ada bukak bazaar dekat kawasan kota fesyen melaka. Disebabkan tempat ini baru lagi, haruslah kita datang tengok kan. Bazaar ni macam dekat uptown melaka juga. Ada jual pakaian, makanan dan macam macam lagilah. Dan, ha! Ada jual bantal! Hahahaha.
Punyalah rasa seronok sebab akhirnya jumpa juga orang jual bantal Das Abdul ni. Tapi tak semua jenis jenis bantal yang ada la. Aku sebenarnya tertarik dengan bantal White Duck Down Feather tu. Nak juga rasa macamana bantal tu kan. Tapi tak apa la, kita cuba yang mana ada dulu.
Tak silap aku ada 2 jenis sahaja yang dijual. Bantal PHD (Polyester Helix DAG) dan bantal H-classic. Beza 2 bantal ni, PHD boleh dicuci tapi tak boleh masuk mesin basuh. Bantal H-classic boleh masuk dalam mesin basuh. Kira senanglah nak cuci. Dan dia tinggi/tebal sedikit daripada bantal PHD tu.
Dan lama jugalah aku belek/peluk bantal tu. Dan ada juga tanya, bantal apa yang orang selalu cari/beli. Kata abang tu, bantal PHD yang paling banyak dan dia sendiri pun guna bantal tu. Disebabkan ini pertama kali aku nak cuba bantal Das Abdul ni, maka haruslah aku cuba beli bantal PHD ni dulu. Aku beli 2 biji bantal PHD Das Abdul ni dengan harga cuma RM70 sahaja.
Dan selepas tidur menggunakan bantal daripada Das Abdul ni, ini komen aku:
Bantal ni serius sedap! Serius selesa! Betul tak tipu. Rasa nyaman, tenang je tidur. Dia nak kata keras tak juga, nak kata lembut sampai tengelam pun tak juga. Tapi tengah tengah. Kiranya kepala kita selesa la. Dan saiznya juga bukan kecil, jadi memang sangat selesa. Dan betul lah apa abang tu kata, tidur guna bantal Das Abdul ni memang bawak sampai ke pagi. Maksudnya sangat selesa la. Tak ada lah kita kejap kejap terjaga sebab nak betulkan bantal kita tu.
Alhamdulilah. Lepas dah guna bantal PHD ni aku cukup puas hati. Dan aku dah set, aku nak cuba bantal kapok pulak (sebab katanya diperbuat daripada kekabu pokok kapok yang terdapat di bali indonesia) dan semestinya bantal White Duck Down Feather tu. Nak juga tahu, selesa sangat ke sampai mahal sangat. Hahahaha. Selagi kita tak cuba selagi itulah kita tak tahu kan.
Ha, untuk bantal bantal premium macam ini, semuanya kena order daripada laman web mereka ya. Bantal biasa biasa macam PHD tu pun boleh je kalau nak order daripada laman web. Apa pun, terima kasih kepada Das abdul global! Bantal kamu memang awesome!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2019/10/akhirnya-dapat-juga-beli-bantal-das-abdul-global.html