Akhirnya Beliau Dihantar Pulang


 


Beberapa hari lalu, kita semua tersentak bila melihat video Safiudeen Pakkeer Mohamed disiram air dan dihalau ketika dia sedang tidur di luar sebuah bank. 









Ramai yang menyalahkan dia, kononnya mesti ada sebab sampai jadi begitu.


Sekarang kita dah tahu kebenarannya. Semalam, ada perkembangan penting yang patut kita tahu bersama.


Safiudeen akhirnya akan pulang ke India hari ini.


Selepas laporan demi laporan dibuat, dan selepas tekanan orang ramai yang mahukan keadilan, pasport beliau yang ditahan sejak hari pertama dia tiba di Malaysia akhirnya dipulangkan oleh bekas majikan.


Penyerahan itu dibuat di hadapan pegawai Suruhanjaya Tinggi India dalam satu pertemuan rasmi yang turut dihadiri sukarelawan kemanusiaan, Tony Lian, pegawai Presma, Prisma, dan wakil bekas majikan.


Dalam pertemuan itu, beberapa perkara diselesaikan:
• Pasport Safiudeen dipulangkan.
• Tunggakan gaji diselesaikan.
• Tiket penerbangan pulang ke Tamil Nadu dibayar oleh bekas majikan.
• Denda “tinggal lebih masa” juga ditanggung oleh pihak majikan.


Sejak video dia tular, hidup Safiudeen jadi satu minggu yang sangat panjang. Rumah tak ada. Duit tak ada. Identiti pun tak ada.


Dia hanya bergantung pada belas ihsan orang ramai sehingga Tony Lian membawanya keluar dari jalanan dan ditempatkan sementara di pusat perlindungan.


Pagi semalam, pegawai Jabatan Tenaga Kerja juga datang membuat pemeriksaan mengejut ke tempat dia berlindung. Siasatan sedang berjalan. Itu satu permulaan yang baik.


Safiudeen hanya ada satu permintaan sejak awal. Dia cuma nak balik jumpa isteri dan dua anaknya di Tamil Nadu. Itu saja. Bukan nak kaya, bukan nak cari gaduh, bukan nak tuntut lebih. Dia hanya nak pulang dengan maruah.


Tony Lian sebut satu perkara yang sangat dalam maknanya:


“Kemaafan dan belas kasihan lebih kuat daripada dendam. Hadiah terbesar yang kita boleh beri sesama manusia adalah kebaikan.”


Namun, kebaikan tidak boleh dijadikan pengganti kepada keadilan. Kes seperti ini bukan kali pertama berlaku.


Kita sudah banyak kali dengar kisah pekerja asing yang dipaksa bekerja, pasport ditahan, gaji tidak dibayar, dan akhirnya disalahkan bila kesudahannya mereka hidup merempat.


Safiudeen hanyalah satu wajah dalam ribuan yang senyap.


Semoga selepas ini, tindakan undang-undang tidak hanya berhenti pada sesi permohonan maaf, tetapi ada ketegasan yang memastikan tiada lagi pekerja datang ke negara kita dengan harapan, lalu pulang dengan trauma.


Hari ini kita lega Safiudeen akan pulang. Moga dimasa akan datang, tiada lagi kisah seperti Safiudeen terjadi pada orang lain.


Afiq Noordin








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/akhirnya-beliau-dihantar-pulang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Dilarang Bawa Pulang Jasad Anak Kalau Tiada Van Jenazah

Bapa Dilarang Bawa Pulang Jasad Anak Kalau Tiada Van Jenazah

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 112 hits
KOSMO PETALING JAYA Seorang bapa yang baru kehilangan bayi berusia lima hari akibat komplikasi jantung meluahkan rasa kesal kerana berdepan kesukaran untuk menuntut jenazah anaknya di Unit Forensik di sebuah hospital selepas dimaklumkan bah...
Suv Jatuh Gaung Mangsa Dalam Perjalanan Pulang Urus Persiapan Kahwin

Suv Jatuh Gaung Mangsa Dalam Perjalanan Pulang Urus Persiapan Kahwin

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 119 hits
SUV Jatuh Gaung Mangsa Dalam Perjalanan Pulang Urus Persiapan Kahwin KUALA BERANG 6 Dis Ibu kepada pengusaha kantin Suzaimah Che Azis 34 yang maut dalam nahas di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris Sungai Gawi Aring di sini semalam memaklumkan...
Juara Dewi Remaja 2025 Milik Nylea Membawa Pulang Mahkota Dan Wang Tunai

Juara Dewi Remaja 2025 Milik Nylea Membawa Pulang Mahkota Dan Wang Tunai

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 181 hits
Jumaat lepas pencarian Dewi Remaja melakar satu lagi sejarah apabila Nylea dinobatkan sebagai juara bagi tahun 2025 sekaligus mengukuhkan namanya sebagai wajah baharu yang bakal mencorak landskap hiburan tempatan pada masa akan datang Menur...
7 Oleh Oleh Khas Boyolali Yang Wajib Dibawa Pulang

7 Oleh Oleh Khas Boyolali Yang Wajib Dibawa Pulang

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 158 hits
Jangan lupa beli oleh oleh khas Boyolali ini 1 Mentho Kacang Tanah 2 Gandhos Gimbal 3 Roti Jan Lekker 4 Produk Olahan Susu 5 Keripik Sirip Lele 6 Keripik Adas 7 Abon Sapi Super
Senja Yang Memanggil Pulang

Senja Yang Memanggil Pulang

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 83 hits
Senja Yang Memanggil Pulang Sebuah cerpen puitis dalam gaya JMBELOG lembut reflektif dan merintih dalam diam Bacalah perlahan beri ruang pada udara untuk menyimpan setiap ayatnya Angin petang berhembus perlahan mengusap daun rambutan di bel...
Berjaya Akhirnya Buat Sendiri Masak Tempoyak Daun Kayu

Berjaya Akhirnya Buat Sendiri Masak Tempoyak Daun Kayu

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 163 hits
Assalamualaikum wrt Alhamdulillah syukur pada allah swt terubat ssdikit kerinduan pada ibunda tercinta arwah Mak Pah hari ni SA berjaya buat sendiri speciality hanya berbekalkan ingatan cara cara arwah Mak masak semasa hayatnya dari mulakan...
Larikan Barang Kemas Untuk Belanja Dan Bayar Hotel Akhirnya Diberkas Polis Di Sebuah Hotel Bajet

Larikan Barang Kemas Untuk Belanja Dan Bayar Hotel Akhirnya Diberkas Polis Di Sebuah Hotel Bajet

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 115 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYAMELAKA Seorang buruh berusia 34 tahun diberkas polis di sebuah hotel bajet di Melaka Raya semalam selepas disyaki melarikan barang kemas dari sebuah kedai emas di Taman Rambai Jaya di sini Khamis lalu Ketua Polis Dae...
Hilang Dua Bulan Remaja Akhirnya Ditemukan

Hilang Dua Bulan Remaja Akhirnya Ditemukan

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 73 hits
Hilang Dua Bulan Remaja Akhirnya Ditemukan Nur Qasehku Suhaimi Abdul Rahman 15 yang dilaporkan hilang sejak 1 Oktober lalu akhirnya ditemukan selamat Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh ibunya menerusi satu hantaran di media sosial Ter...
Mayat Remaja Lelaki Lemas Ketika Cuba Ambil Bola Akhirnya Ditemukan

Mayat Remaja Lelaki Lemas Ketika Cuba Ambil Bola Akhirnya Ditemukan

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 94 hits
Mayat Remaja Lelaki Lemas Ketika Cuba Ambil Bola Akhirnya Ditemukan KUALA LUMPUR 6 Dis Seorang remaja lelaki yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang di Taman Prima Sauja...
Kecepatan Terkecoh Ikan Tercepat Di Lautan

Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia

Kehilangan Besar Buat Sabah Amp Negara Pm Anwar Ziarah Keluarga Allahyarham Bung Moktar

Mof Perkenal Sistem Tender Dua Peringkat Langkah Ketat Untuk Transparensi Dan Kualiti

Tidur Adalah Terapi Segarkan Badan Anda Layan Tidur Itu Hak Kita Sebagai Manusia

Mat Saleh Speechless Terima Surat Dari Kedai Makan Malaysia

Ada Pemimpin Pkr Lawan Kem Izzah Disiasat Sprm Rafizi

Anwar Makes Quick U Turn After Sabah Rout Announcing E Invoicing Relief Rm4bil Tax Refunds


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Polar Holiday Table One World Hotel S Arctic Inspired Christmas Feast 2025

Mesjid Yang Kemas Dan Bersih Di Bangi

Pergi Kenduri Sepupu Kahwin

Maafkan Semua Orang Sebelum Tidur

Doa 8 Disember 2025

Toyota S New Performance Beast Toyota Gr Gt And Its 650 Horsepower V8 Hybrid