Suv Jatuh Gaung Mangsa Dalam Perjalanan Pulang Urus Persiapan Kahwin


SUV Jatuh Gaung: Mangsa Dalam Perjalanan Pulang Urus Persiapan Kahwin
KUALA BERANG, 6 Dis (Bernama) — Ibu kepada pengusaha kantin Suzaimah Che Azis, 34, yang maut dalam nahas di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah) di sini semalam memaklumkan anaknya dalam perjalanan pulang ke Lebir, Gua Musang bersama pasangannya setelah membuat persiapan majlis perkahwinan di Terengganu.
Fauziah Mahmood, 58, berkata malah menurut pihak polis, terdapat baju pengantin dalam kenderaan dinaiki anaknya bersama Hassan Shazali, 52, ketika insiden kenderaan utiliti sukan (SUV) berkenaan terjatuh ke dalam gaung.
Menurut Fauziah, Suzaimah bagaimanapun tidak memaklumkan kepadanya akan ke Terengganu ketika kali terakhir beliau berhubung dengan anaknya itu kira-kira 11.30 pagi semalam.
“Biasanya Ja (Suzaimah) akan maklumkan saya dahulu kalau nak ke mana-mana. Namun pada hari kejadian, arwah cuma telefon untuk bincang soal barang-barang di kantin.
“Pada awalnya saya mendapat berita kematian daripada jiran, tetapi rasa macam tidak percaya sehinggalah polis menelefon dan memaklumkan kira-kira 7.30 malam semalam,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini hari ini.
Fauziah berkata mangsa yang mempunyai tiga anak berusia antara tujuh hingga 15 tahun daripada perkahwinan terdahulu merancang untuk membuat majlis secara kecil-kecilan pada 25 Dis ini dengan menjemput ahli keluarga terdekat.
“Antara persiapan yang telah dibuat ialah lima dulang hantaran. Kalau ikutkan 20 Dis ini keluarga sebelah lelaki akan ke rumah untuk berbincang lanjut, tetapi tak sangka jadi begini,” katanya dan memaklumkan jenazah Allahyarham Suzaimah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lebir, Gua Musang petang ini.
Sementara itu, isteri kepada Allahyarham Hassan, Che Norhashimah Hassan, 50, berkata beliau terkejut apabila dihubungi polis yang memaklumkan mengenai kejadian berkenaan kira-kira 8 malam tadi.
Che Norhashimah berkata suaminya merupakan Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir dan mereka kini dalam proses perceraian dan sudah hampir tiga bulan tinggal berasingan.
“Arwah adalah seorang guru dan ayah yang baik. Walaupun sedih, saya reda dengan pemergiannya dan berdoa semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.
Norhashimah yang juga seorang guru berkata jenazah suaminya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Kampung Kedai Menanti di Pasir Puteh, Kelantan.
Sumber: BERNAMA
The post SUV Jatuh Gaung: Mangsa Dalam Perjalanan Pulang Urus Persiapan Kahwin appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/06/suv-jatuh-gaung-mangsa-dalam-perjalanan-pulang-urus-persiapan-kahwin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Faktor Kecuaian Dipercayai Punca Suv Jatuh Gaung

Faktor Kecuaian Dipercayai Punca Suv Jatuh Gaung

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 175 hits
Faktor Kecuaian Dipercayai Punca SUV Jatuh Gaung KUALA BERANG 7 Dis Polis percaya faktor kecuaian punca berlakunya kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris Sungai Gawi Aring melibatkan pasanga...
Hiburan Saya Masih Dalam Idah Tak Tahu Yang Dia Bakal Nikah Balu Mangsa Jatuh Gaung Di Terengganu

Hiburan Saya Masih Dalam Idah Tak Tahu Yang Dia Bakal Nikah Balu Mangsa Jatuh Gaung Di Terengganu

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 189 hits
Balu kepada Allahyarham Hassan Shazali 52 masih terkejut dan tidak menyangka panggilan telefon yang diterima pada malam Jumaat membawa berita duka mengenai kemalangan yang meragut nyawa suaminya di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris Sungai Ga...
Terengganu Guru Pekerja Kantin Maut Mpv Jatuh Gaung

Terengganu Guru Pekerja Kantin Maut Mpv Jatuh Gaung

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 170 hits
Mohd Ishak Abdillah NgahHULU TERENGGANU Sebuah kenderaan Pelbagai Guna yang dipandu seorang guru bersama seorang pekerja kantin terjatuh ke dalam gaung sedalam 200 kaki mengakibatkan kedua duanya maut Kejadian berlaku di Kilometer 52 Jalan ...
7 Oleh Oleh Khas Boyolali Yang Wajib Dibawa Pulang

7 Oleh Oleh Khas Boyolali Yang Wajib Dibawa Pulang

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 211 hits
Jangan lupa beli oleh oleh khas Boyolali ini 1 Mentho Kacang Tanah 2 Gandhos Gimbal 3 Roti Jan Lekker 4 Produk Olahan Susu 5 Keripik Sirip Lele 6 Keripik Adas 7 Abon Sapi Super
Juara Dewi Remaja 2025 Milik Nylea Membawa Pulang Mahkota Dan Wang Tunai

Juara Dewi Remaja 2025 Milik Nylea Membawa Pulang Mahkota Dan Wang Tunai

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 211 hits
Jumaat lepas pencarian Dewi Remaja melakar satu lagi sejarah apabila Nylea dinobatkan sebagai juara bagi tahun 2025 sekaligus mengukuhkan namanya sebagai wajah baharu yang bakal mencorak landskap hiburan tempatan pada masa akan datang Menur...
Bapa Dilarang Bawa Pulang Jasad Anak Kalau Tiada Van Jenazah

Bapa Dilarang Bawa Pulang Jasad Anak Kalau Tiada Van Jenazah

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 167 hits
KOSMO PETALING JAYA Seorang bapa yang baru kehilangan bayi berusia lima hari akibat komplikasi jantung meluahkan rasa kesal kerana berdepan kesukaran untuk menuntut jenazah anaknya di Unit Forensik di sebuah hospital selepas dimaklumkan bah...
Senja Yang Memanggil Pulang

Senja Yang Memanggil Pulang

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 115 hits
Senja Yang Memanggil Pulang Sebuah cerpen puitis dalam gaya JMBELOG lembut reflektif dan merintih dalam diam Bacalah perlahan beri ruang pada udara untuk menyimpan setiap ayatnya Angin petang berhembus perlahan mengusap daun rambutan di bel...
Pagi Urus Mama Petang Settle Laptop

Pagi Urus Mama Petang Settle Laptop

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 193 hits
Pagi Urus Mama Petang Settle LaptopPagi bawa mama ke KPJ Abdul Samad ikut rujukan Putri Belek punya belek kita pakai baju baru wolfie yang baharu Class hitam dia Around 8 pagi dah sampai Daftar tunggu lama sikit sempat sarap dan coffee talk...
Tips Urus Gaji Pertama Elak Menyesal Seumur Hidup

Tips Urus Gaji Pertama Elak Menyesal Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 157 hits
Menerima gaji pertama merupakan detik yang amat dinanti nantikan oleh setiap graduan baru yang mula melangkah ke alam kerjaya namun ramai yang tidak tahu tips urus gaji pertama sehingga akhirnya mereka terperangkap dengan hutang seumur hidu...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Uqasha Senrose Tegas Rumah Baharu Dibeli Dengan Duit Sendiri Tidak Terpengaruh Kritikan Netizen


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Walaupun Tak Dapat Grand Prize Rezeki Tetap Ada

Kerabat Diraja Dan Kerajaan Arab Saudi Semakin Keliru Dengan Sistem Kehakiman Negara Kita

Iskandar Ismail Golimaar Chord

Factory Specials The 10 Best Production And Concept Bikes Of 2025

Tips Urus Kewangan Bersama Pasangan Cara Elak Konflik