Akhirnya Aku Kena Buat Swab Test
Akhirnya Aku Kena Buat Swab Test || Hai, Alhamdulillah masih bernyawa. Ya... akhirnya aku diswab! Lubang hidungku dijolok dengan peralatan untuk swab test. Bukan sebab aku ada simptom, tapi sebab aku kerja kilang. Kilang aku mengambil tindakan berjaga jaga so kena tahu kesihatan semua lah.
Masa bos bagitahu suruh swab test, aku tetiba rasa sakit tekak, dan gelabah ye sebab selalu nampak video orang yang kena kena swab tu sakit yakmat, ada sampai terluka. Lebih takut kalau result swab tu yang tidak seperti diinginkan! Tak sanggup weh! Hm.
Aku sebolehnya cuba elak selaknya sampai mintak dengan bos nak buat guna Covid test kit je. Guna air liur kan sonang.. Tapi bos cakap tak boleh..Kena buat RTK Swab test jugak. Kalau tak buat, tak dibenarkan masuk kerja. Wahduh! Takkan nak berhenti kerja pulak semata mata tak nak buat swab test, kan? So redha jela i
Setelah dipaksa, maka aku terpaksa! Harini kena jugak buat. And the result...... Aku sah, NEGATIVE COVID 19. Alhamdulillah! Ini cuma jolok kat hidung aje.. Pagi yang seram harini. Hahahaa..
Banyak kali cakap dengan member,
'aku takutlah, aku taknak lah, aku tak bolehlah.. '
Bila dah settle swab, ehhh.. rasa okay je! Rasa macam boleh melaluinya lagi lah! Walaupun orang tu seluk dan gotang goyangkan alat tu dalam hidung. Kena tarik nafas dan tutup mata. Dalam otak cakap, kejap je ni, tak sakit macam sakit beranak, jangan selfish sangat, demi negara dan diri sendiri! Agituh...
Then tadi nampak ramai jugak keluar air mata lepas kena swab.. Aku standby tisu sesiap dah. Huhu..
Overall, okay dah. Rasa bersyukur sebab result negative. Aku tak tahu la camana nak terima kalau result sebaliknya tu..Mahu aku suruh doktor ulang balik kat situ... Ishh, moga dielakkan lah..Kita pun tak tahu masa akan datang camana pulak, kan
Nah, ini gambar sarapan yang kawan aku bekalkan sebelum menunggu ketibaan doktor dan nurse
Sedapnyaaa walaupun inti telur! Thank You Marlissa...Cute betul kau
Pssst: Korang pernah kena swab covid 19 tak
Tak sakit sangat, kan?
Notahati: Moga sihatlah kita semua, jauh dari Covid 19. Ready untuk cucuk vaksin pulak. Fuh
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2021/08/akhirnya-aku-kena-buat-swab-test.html