Akhbar Bahasa Cina Dakwa Muhyiddin Tolak Zahid Tpm Pilih Hishammuddin Ismail Sabri


by - Cinca on - 1/11/2021 08:25:00 Am

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan memilih sama ada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Bagi mencapai kata sepakat, Ismail Sabri dan Hishammuddin dibenarkan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum menyerahkan kepada Muhyiddin membuat keputusan muktamad.

Sumber daripada UMNO ketika memberitahu Sin Chew Daily berkata, calon Timbalan Perdana Menteri berkenaan perlu mempunyai kewibawaan untuk menyelesaikan persengketaan yang wujud dalam UMNO agar dapat menjamin kestabilan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut sumber itu, Muhyiddin tetap berpendirian untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO, tetapi Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri dikatakan ingin mengisi jawatan tersebut.

“Namun disebabkan Ahmad Zahid masih terbabit dengan kes mahkamah, Perdana Menteri berhasrat agar UMNO dapat memilih calon lain yang lebih sesuai dan berkelayakan,” kata sumber itu lagi.

Dalam UMNO, Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Pertahanan) memegang jawatan penting iaitu sebagai Naib Presiden dan itu memberikan kelebihan kepada beliau.

“Selain itu, Ismail Sabri berada dalam kem Ahmad Zahid dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri biarpun ‘melangkaui’ kedudukan Ahmad Zahid, kemungkinan sentimen rasa tidak puas hati dalam kalangan parti dapat dikurangkan,” jelas sumber itu lagi.

Bagaimanapun, kata sumber itu, sekiranya mempunyai pilihan, Muhyiddin dipercayai lebih cenderung memilih Hishammuddin sebagai timbalannya.

“Sejak kebelakangan ini, Hishammuddin telah menunjukkan beberapa tindakannya yang mampu memberikan kelebihan kepada beliau.

“Kenyataan beliau yang ingin meletakkan jawatan sebagai menteri sebelum Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO berlangsung dan menghadap Sultan Johor baru-baru ini meningkatkan lagi peluang untuk beliau mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Satu lagi kelebihan kepada Hishammuddin ialah hubungannya yang akrab dengan kerabat diraja Arab Saudi dan Negara China,” katanya.

Difahamkan, Ismail Sabri dan Hishammuddin masih mengadakan perbincangan dan masih gagal mencapai kata persetujuan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, sumber berkenaan turut menafikan berita yang ditular dalam media sosial kononnya kesihatan Muhyiddin semakin merosot dan akan menerima rawatan di Singapura.

“Berita kononnya Muhyiddin akan melantik Hishammuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri semasa Muhyiddin di Singapura adalah tidak benar sama sekali.

“Kesihatan Muhyiddin masih baik dan beliau masih mampu menumpukan tugasnya terhadap bencana banjir, masalah penularan Covid-19 dan menerima dengan tenang tekanan politik yang dihadapinya,” katanya kepada Sin Chew Daily

 – Sinar

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/muhyiddin-tolak-zahid-pilih-hishammuddin-ismail.html#ixzz6jCJJ85eR

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/akhbar-bahasa-cina-dakwa-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tpm Muhyiddin Serah Ismail Sabri Dan Hishammuddin Berbincang

Tpm Muhyiddin Serah Ismail Sabri Dan Hishammuddin Berbincang

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 299 hits
Calon Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO belum muktamad tetapi Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyerah kepada dua calon iaitu Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein u...
Ph Tolak Darurat Dakwa Muhyiddin Cuba Selamatkan Diri

Ph Tolak Darurat Dakwa Muhyiddin Cuba Selamatkan Diri

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 343 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan menolak alasan yang diberikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu melaksanakan darurat berkuat kuasa hingga 1 Ogos bagi membendung penularan Covid 19 Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ...
Setiausaha Akhbar Annuar Musa Dakwa Zahid Khianati Umno

Setiausaha Akhbar Annuar Musa Dakwa Zahid Khianati Umno

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 626 hits
Selepas bosnya Tan Sri Annuar Musa menyerang Presiden Umno kini Setiausaha Akhbarnya Tun Faisal Ismail Aziz pula menyerang Datuk Seri Ahmad Zahid TUN FAISAL Setiausaha Akhbar Annuar Musa menyifatkan Zahid khianat bila mahu bekerjasama denga...
Jangan Sembang Kari Kalau Sungguh Tolak Bersatu Jatuhkan Muhyiddin Segera

Jangan Sembang Kari Kalau Sungguh Tolak Bersatu Jatuhkan Muhyiddin Segera

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 380 hits
Sentimen penolakan terhadap Bersatu nampaknya cukup kuat dan menggerunkan dalam mesyuarat perwakilan UMNO bahagian bahagian pada tahun ini Mesyuarat perwakilan UMNO tahun ini berlangsung selama tiga hari antara 1 hingga 3 Januari Setakat in...
Pdrm Bertindak Tegas Tiada Lagi Budi Bicara Ismail Sabri

Pdrm Bertindak Tegas Tiada Lagi Budi Bicara Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 788 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia akan mula bertindak lebih tegas dan tiada lagi kompromi terhadap mana mana pihak yang tidak mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata se...
Hishammuddin Tak Sesuai Dilantik Tpm

Hishammuddin Tak Sesuai Dilantik Tpm

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 618 hits
Entah kenapa di sebalik ketegangan hubungan UMNO dengan Bersatu yang kian memuncak ketika ini tiba tiba muncul perkhabaran mengatakan Hishammuddin Hussein bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Perlantikan itu dikatakan sebagai pil...
Terdesak Kekalkan Kuasa Dr Mahathir Dakwa Muhyiddin Yassin Diktator

Terdesak Kekalkan Kuasa Dr Mahathir Dakwa Muhyiddin Yassin Diktator

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 276 hits
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang diktator Menurut Dr Mahathir penguatkuasaan darurat itu dibuat bagi membolehkan Perdana Menteri terus berkuasa Kata Dr Mahathir meskipun sud...
Premis Dobi Layan Diri Boleh Operasi Taman Awam Ditutup Ismail Sabri

Premis Dobi Layan Diri Boleh Operasi Taman Awam Ditutup Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 310 hits
Aktiviti riadah dan berbasikal di taman awam tidak dibenarkan sepanjang PKP 2 0 Gambar hiasan KUALA LUMPUR Kerajaan membenarkan premis dobi layan diri beroperasi mulai hari ini dengan mengenakan syarat ketat kata Menteri Kanan Datuk Seri Is...
Pkp Di Seluruh Kelantan Mulai Esok Hingga 26 Januari Ismail Sabri

Pkp Di Seluruh Kelantan Mulai Esok Hingga 26 Januari Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 451 hits
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media yang diadakan sebentar tadi telah menyatakan bahawa negeri Kelantan akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Menurutnya keputusan tersebut dibuat selepas Kementeria...
Ribut Tropika Senyar Di Malaysia Fakta Terkini Impak Amaran Metmalaysia

Beberapa Kawasan Di Kuantan Shah Alam Mula Dinaiki Air

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Berbaloi Tak Beli Motor Guna Spaylater Motorcycle

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Seorang Guru Maut Selepas Kenderaan Yang Dipandu Rempuh Belakang Treler Di Kampung Pandan Kuantan Bypass Tengahari Tadi

Drama Good Boys Go To Heaven


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ahli Politik Punca Perpecahan Kaum Di Malaysia

Apa Itu Spot Uv Bagaimana Ia Jadikan Packaging Nampak Lebih Eksklusif

Hadiah Birthday

Kenapa Ada Yang Terus Membeli Sharifah Sakinah Seru Netizen Untuk Boikot Shein Terjebak Dalam Kontroversi Mengecewakan

Syukur Di Hujung Jalan Menghargai Perjalanan Hidup

Legenda Ironman Negara Razani Hussain Meninggal Dunia