Jangan Sembang Kari Kalau Sungguh Tolak Bersatu Jatuhkan Muhyiddin Segera




 Sentimen penolakan terhadap Bersatu nampaknya cukup kuat dan menggerunkan dalam mesyuarat perwakilan UMNO bahagian-bahagian pada tahun ini.
Mesyuarat perwakilan UMNO tahun ini berlangsung selama tiga hari antara 1 hingga 3 Januari.
Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga negeri telah menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang.
Negeri tersebut ialah Perak, Pahang dan Kelantan.
Dipercayai banyak lagi bahagian yang bermesyuarat hari ini akan membuat ketetapan yang sama dan tidak mustahil akhirnya semua UMNO negeri secara majoriti turut menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu.
Diperkatakan banyak pihak bahawa lebih 145 daripada 191 UMNO bahagian-bahagian akan meluluskan usul menolak sebarang kerjasama dengan Bersatu itu.
Yang lebih dahsyat, sementara ada pemimpin UMNO Johor yang barangkali terhutang budi kerana dilantik menteri dan ingin agar Muhyiddin Yassin diberi laluan bertanding di Pagoh tanpa dicabar oleh UMNO, keputusan itu pun turut sama dipangkah oleh UMNO Bahagian Pagoh sendiri.
Ketua UMNO Pagoh, Ismail Mohamed berkata, ahli bahagian itu sebulat suara meluluskan resolusi dalam mesyuarat tahunan mereka dengan membantah sebarang keputusan untuk memberi laluan percuma kepada Muhyiddin.
“Saya berharap mereka (Majlis Kerja Tertinggi UMNO) akan dengar suara kami (ahli akar UMNO) dan beri kebenaran untuk UMNO Pagoh bertanding kerusi Parlimen tersebut dan dua kerusi DUN di dalamnya (Bukit Kepong, Bukit Pasir).
“Kita hormat UMNO negeri, tetapi kita harap mereka boleh menghormati pendirian kami juga,” kata Ismail lagi.
Melihat kepada momentum penolakan yang memuncak ini, adalah sukar untuk melihat hubungan UMNO dan Bersatu mampu bertahan lebih lama.
UMNO ketika ini bukan saja enggan bekerjasama dan berkongsi kerusi dengan Bersatu, malah juga tidak mahu lagi menerima kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Di seluruh pelusuk negara, suara menolak Muhyiddin jelas kedengaran tanpa diselindung lagi.
Persoalannya, apa jadi selepas 3hb Januari nanti?
Jika majoriti UMNO bahagian-bahagian meluluskan usul menolak Bersatu, apakah selepas 3hb Januari ini UMNO masih lagi tidak malu untuk terus tercongok berada dalam kerajaan yang dipimpin Muhyiddin?
Dalam hal ini, adalah penting UMNO bersikap “gentleman”, anak jantan dan cakap serupa bikin dalam kata-kata dan tindakannya.
Janganlah gegak-gempita menolak Bersatu tetapi masih sayang untuk melepaskan jawatan menteri dan dalam GLC yang disandang sekarang dengan gaji lumayan setiap bulan.
Sementara akar umbi di bawah sedang bersemangat menolak Bersatu dan mereka juga bersedia bertempur dalam pilihanraya bila-bila masa, pimpinan UMNO tidak seharusnya berlengah lagi membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Bersatu, kerajaan PN dan Muhyiddin sesuai dengan ketetapan usul yang dipersetujui UMNO bahagian itu.
Adalah tidak guna sama sekali, bacul dan pondan jika setelah majoriti UMNO bahagian membuat ketetapan menolak Bersatu, tetapi ia tidak disertai dengan tindakan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.
Oleh kerana difahamkan MT UMNO akan bermesyuarat pada 6hb Januari, tarikh itu juga sepatutnya menjadi titik penamat bagi kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Kalau tidak, UMNO bukan saja mengecewakan ahli-ahli akar umbinya, malah orang luar pula akan melihat UMNO hanyalah “parti sembang kari”. 


(Shahbudindotcom 03/01/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/jangan-sembang-kari-kalau-sungguh-tolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Nafi Jadi Dalang Umno Tolak Bersatu Pn

Najib Nafi Jadi Dalang Umno Tolak Bersatu Pn

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 295 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau merupakan individu yang menjadi dalang dalam penolakan UMNO untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Perikatan Nasional Sebaliknya beliau berkata keputusan...
Why Is Umno Angry With Muhyiddin Bersatu

Why Is Umno Angry With Muhyiddin Bersatu

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 227 hits
You cannot curse and condemn Umno for 56 years and suddenly declare you are now going to bed with Umno No excuse in the world can wash all the nasty things you have said about Umno over 56 years DAP will be rejected by the voters as would U...
Umno Pulau Pinang Tolak Kerjasama Politik Dengan Bersatu Pada Pru15 Datuk Musa Sheikh Fadzir

Umno Pulau Pinang Tolak Kerjasama Politik Dengan Bersatu Pada Pru15 Datuk Musa Sheikh Fadzir

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 572 hits
UMNO Pulau Pinang menolak sebarang kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata keputusan itu diputuskan majoriti semua bahagia...
Perwakilan Umno Pagoh Sebulat Suara Tolak Kerjasama Dengan Bersatu

Perwakilan Umno Pagoh Sebulat Suara Tolak Kerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 429 hits
malaysiadateline com Perwakilan Umno Bahagian Pagoh yang bermsyuarat semalam telah sebulat suara menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan Bersatu pimpinan Ahli Parlimen kawasan itu Tan Sri Muhyiddin Yassin Mereka juga menyokong sebu...
189 Dari 191 Umno Bahagian Tolak Bersatu Laporan

189 Dari 191 Umno Bahagian Tolak Bersatu Laporan

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 356 hits
Sebanyak 189 daripada 191 bahagian Umno menolak kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum ke 15 lapor Utusan Malaysia Perkara itu menurutnya diputuskan dalam mesyuarat bahagian bahagian itu semalam Hanya satu bahagian di Kelantan dan...
Tumpuan Awani 7 45 Umno Tolak Bersatu Empat Individu Direman Seludup Bahan Mentah

Tumpuan Awani 7 45 Umno Tolak Bersatu Empat Individu Direman Seludup Bahan Mentah

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 287 hits
UMNO semakin lantang Lebih 100 UMNO bahagaian yang bersidang di peirngkat bahagian bersuara enggan mengadakan kerjasama dengan parti Bersatu pada PRU ke 15 nanti Empat individu termasuk dua pengarah syarikat ditahan reman empat hari berhubu...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid