Premis Dobi Layan Diri Boleh Operasi Taman Awam Ditutup Ismail Sabri


Manzaidi Mohd Amin Aktiviti riadah dan berbasikal di taman awam tidak dibenarkan sepanjang PKP 2.0.- Gambar hiasan. KUALA LUMPUR – Kerajaan membenarkan premis dobi layan diri beroperasi mulai hari ini dengan mengenakan syarat ketat, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, antara syarat itu ialah pengusaha dobi berkenaan perlu menyediakan seorang pekerja yang bertindak menjaga dan memantau pelanggan agar mematuhi SOP ditetapkan.
Katanya, premis itu juga perlu disediakan alat pengesan suhu dan pelanggan wajib menjaga penjarakan sosial.
“Kerajaan prihatin dengan rungutan orang ramai untuk menghantar pakaian di dobi kerana tidak dibenarkan beroperasi.
“Bagaimanapun, kita telah memberi kelonggaran itu dengan setiap premis perlu sediakan alat pengesan suhu dan menjaga penjarakan sosial,” katanya pada sidang media mengenai Covid-19, di sini hari ini.
Mengenai taman awam, Ismail Sabri berkata, semua aktiviti riadah dan berbasikal tidak dibenarkan sepanjang PKP ini, melainkan taman di kawasan perumahan dan kejiranan.
“Kita menerima aduan berlaku kesesakan di taman awam ketika PKP dilaksanakan, jadi, kerajaan menegaskan semua taman awam mini ditutup, kecuali taman awam dalam kawasan perumahan,” katanya.
Beliau turut menasihatkan orang perseorangan dan badan bukan kerajaan yang hendak menghulurkan bantuan di negeri yang dilanda banjir agar membuat permohonan menerusi Pusat Pengurusan Bencana Negeri atau daerah.
Mengenai lokaliti yang masih dikenakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan PKP Bersyarat (PKPB) melibatkan satu di Pulau Pinang dan empat di Johor, Ismail Sabri berkata, ada ditamatkan dan ada yang dilanjutkan.
Antara lokaliti ditamatkan PKPD dan PKPB ialah Mukim 12 Barat Daya dan Mukim 13, Daerah Timur Laut di Pulau Pinang; Penjara Kluang dan Kuarters Penjara Kluang; dan Arena Segitina, Taman Desa Sejahtera, Mukim Kota Tinggi di Johor.
Kata beliau, walaupun tiga lokaliti itu ditamatkan PKPD dan PKPB, tetapi masih tertakluk bawah pelaksanaan PKP 2.0 yang bermula semalam.
Ismail Sabri YaakobBegitu juga, katanya, dua lokaliti yang dilanjutkan tempoh PKPD sehingga 29 Januari ini melibatkan Asrama Pekerja Kejora Juara, Bukit Pasir, Muar, Johor; dan Asrama Pekerja Westlife 1 dan Westlife 2 di Senai, Johor.
Kata beliau, walaupun dua lokaliti ini dilanjutkan tempoh PKPD, sedangkan berada dalam negeri yang dilaksanakan PKP, namun, SOP kedua pelaksanaan itu berbeza.
“Ada yang bertanya, kenapa perlu disambung PKPD, sedangkan Johor telah dilaksanakan PKP 2.0. Sebenarnya, SOPnya ada perbezaan. Bawah PKPD, tidak boleh ada pergerakan, manakala bawah PKP masih ada pergerakan.
“Maksud saya, bawah PKP, pergerakan masih dibenarkan dua orang dari satu rumah untuk keluar membeli barangan keperluan tetapi bawah PKPD, mereka tidak boleh keluar rumah, bekalan akan dihantar oleh petugas kita,” katanya. – MalaysiaGazette
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/premis-dobi-layan-diri-boleh-operasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp 2 0 Orang Bujang Merungut Dobi Layan Diri Akhirnya Dibenar Beroperasi Ismail Sabri

Pkp 2 0 Orang Bujang Merungut Dobi Layan Diri Akhirnya Dibenar Beroperasi Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 225 hits
Hasimi MuhamadWaktu operasi kedai dobi layan diri bermula dari 6 pagi sehingga 8 malam Gambar hiasan KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju untuk membenarkan kedai dobi layan diri beroperasi di negeri negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergera...
Dobi Layan Diri Dibenar Kawasan Pkp

Dobi Layan Diri Dibenar Kawasan Pkp

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 361 hits
Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan kedai dobi layan diri dalam kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan untuk beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata pengusaha premis...
Video Kedai Dobi Layan Diri Suami Pelakon Yatt Hamzah Berlaku Kecurian Doakan Agar Si Pencuri Mendapat Pengajarannya

Video Kedai Dobi Layan Diri Suami Pelakon Yatt Hamzah Berlaku Kecurian Doakan Agar Si Pencuri Mendapat Pengajarannya

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 266 hits
Menerusi laman Instagram pelakon Yatt Hamzah telah memuat naik beberapa gambar serta video rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan insiden kecurian dimana berlaku di kedai dobi layan diri milik suaminya Muhammad Zulfadli yang terletak...
Nak Ikut Arahan Siapa Ismail Sabri Atau Annuar Musa

Nak Ikut Arahan Siapa Ismail Sabri Atau Annuar Musa

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 253 hits
Malaysiakini Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh membidas ketidakseragaman menteri menteri kabinet dalam membuat keputusan mengenai kebenaran untuk beriadah tertentu di taman awam susulanpenguatkuasaan perintah kawalan pergerakan kali kedua ...
Pdrm Bertindak Tegas Tiada Lagi Budi Bicara Ismail Sabri

Pdrm Bertindak Tegas Tiada Lagi Budi Bicara Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia akan mula bertindak lebih tegas dan tiada lagi kompromi terhadap mana mana pihak yang tidak mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata se...
Pkp Di Seluruh Kelantan Mulai Esok Hingga 26 Januari Ismail Sabri

Pkp Di Seluruh Kelantan Mulai Esok Hingga 26 Januari Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 354 hits
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media yang diadakan sebentar tadi telah menyatakan bahawa negeri Kelantan akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Menurutnya keputusan tersebut dibuat selepas Kementeria...
More Detailed Sops Tomorrow Says Ismail Sabri

More Detailed Sops Tomorrow Says Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 218 hits
Ismail Sabri Yaakob announced the end of EMCO in localities in three areas PETALING JAYA Senior Minister for Security Ismail Sabri Yaakob will announce tomorrow more detailed SOPs surrounding the new movement control order The prime ministe...
Pkp Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak Bermula 22 Januari Ismail Sabri

Pkp Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak Bermula 22 Januari Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 320 hits
Seluruh negara bermula 22 Januari ini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan kecuali negeri Sarawak selepas Kedah Perak Negeri Sembilan Pahang Terengganu dan Perlis turut dikenakan perintah berkenaan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri...
Ismail Sabri Long Distance Couples Not Exempt From Interstate Travel Ban

Ismail Sabri Long Distance Couples Not Exempt From Interstate Travel Ban

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR Couples who live apart over long distances are not exempted from the interstate travel ban says Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob The Defence Minister said such couples should be patient as the MCO will be conducte...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh