Hishammuddin Tak Sesuai Dilantik Tpm




 Entah kenapa, di sebalik ketegangan hubungan UMNO dengan Bersatu yang kian memuncak ketika ini, tiba-tiba muncul perkhabaran mengatakan Hishammuddin Hussein bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Perlantikan itu dikatakan sebagai pilihan terakhir Muhyiddin Yassin untuk menyelamatkan kerajaan PN yang dipimpinnya daripada dijatuhkan oleh UMNO.
Dikatakan lagi, selepas memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Hishammuddin kemudiannya akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri kerana Muhyiddin dikhabarkan ingin berundur dan berehat berikutan masalah kesihatannya.
Diperkhabarkan juga, dengan proses tersebut, kerajaan PN akan terus kekal di mana dikatakan Pejuang, Warisan, GPS dan majoriti Ahli Parlimen UMNO akan bergabung bersama PN yang kini dianggotai Bersatu, Pas, Star dan SAPP.
Dengan itu, PN disebut akan terus kekal sebagai kerajaan sehinggalah PRU akan datang dan Muhyiddin dapat menjaga air mukanya daripada dijatuhkan.
Cuma yang tidak disebut dalam perkhabaran itu ialah selepas saja Hishammuddin memegang jawatan Perdana Menteri, beliau akan melantik pula Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Bukankah sebenarnya Hishammuddin dan Azmin adalah bersahabat baik dan lebih mungkin kedua-duanya bergandingan berbanding melantik Ahmad Faizal Azumu, Timbalan Presiden Bersatu atau Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung Bersatu, sebagai timbalannya jika benar beliau berpeluang menjadi Perdana Menteri?
Tetapi, kenapa tidak disebut tentang gandingan Hishammuddin dan Azmin itu?
Jawapannya mudah, kalau disebut Azmin bakal dilantik ke jawatan nombor dua itu, bermakna akan rosaklah segala-galanya kerana bekas Timbalan Presiden PKR itu kini merupakan antara sosok poliitik paling dibenci dalam negara ini.
Maka itu, untuk tujuan mempromosikan Hishammuddin, terpaksalah nama Azmin tidak dikaitkan sama.
Soalnya, benarkah Hishammuddin akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Muhyiddin?
Kecuali jika Muhyiddin benar-benar tidak waras, melantik Hishammuddin sebagai timbalannya adalah mustahil sebenarnya.
Ini kerana melantik pemimpin UMNO ke jawatan itu sudah pun terlambat pada waktu ini sebab UMNO sudah pun meluluskan usul putus hubungan dengan Bersatu dan hanya menunggu untuk disahkan saja lagi dalam Perhimpunan Agung pada 31 Januari depan.
Lagi pula, sudah beberapa kali isu tersebut diperkatakan sebelum ini, malah turut diangkat maklum kepada Muhyiddin, malangnya tiada persetujuan dicapai.
Isunya ialah kalau perlantikan itu dalam konteks kerjasama antara Bersatu dengan UMNO untuk mengukuhkan kerajaan PN, pemimpin yang dilantik mesti mewakili hireaki parti.
Kalau mengikut duluan di mana Bung Mokhtar yang ada kes mahkamah boleh dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, tidak ada sebab sebetulnya Zahid Hamidi yang juga sedang dalam perbicaraan tidak boleh dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Apa bezanya Zahid Hamidi dengan Bung Mokhtar?
Begitu pun, jika Muhyiddin tetap tidak mahu melantik Zahid Hamidi, UMNO masih ada Timbalan Presiden, Mohamad Hasan dan Naib Presiden, Ismail Sabri, Mahadzir Khalid dan Khaled Nordin untuk dilantik ke jawatan itu.
Walaupun Mohamad Hasan dan Khaled bukan Ahli Parlimen, kedua-duanya boleh dilantik sebagai Senator untuk membolehkan diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Namun, Ismail Sabri yang kini memegang jawatan Menteri Kanan Pertahanan dan Mahadzir Khalid, Pengerusi TNB di mana kedua-duanya adalah Ahli Parlimen, tiada masalah sama sekali jika mahu dilantik mengisi jawatan nombor dua dalam kerajaan itu, bahkan Ismail Sabri jauh lebih layak berdasarkan kekananannya mewakili UMNO dalam kerajaan ketika ini.
Jadi, kenapa mesti nama Hishammuddin yang disebut?
Apakah Menteri Luar itu benar-benar layak atau kelayakannya semata-mata kerana beliau anak bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn?
Dalam hireaki UMNO, Hishammuddin tiada apa-apa jawatan kecuali baru-baru ini dilantik sebagai Bendahari BN.
Maka, memberi jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Hishammuddin tidak sesuai langsung serta tidak menggambarkan untuk mewujudkan hubungan baik antara UMNO dengan Bersatu.
Untuk mewujudkan hubungan baik dan mengekalkan kerajaan PN, pemimpin UMNO yang sepatutnya dilantik Timbalan Perdana Menteri adalah Presiden UMNO sendiri.
Selain itu, disebabkan Muhyiddin dan Hishammuddin datang daripada negeri yang sama iaitu Johor, ketidaksesuaian itu tambah ketara lagi seolah-olah tiada pemimpin negeri lain yang lebih layak.
Malah kalau benar pun Muhyiddin mahu melantik Hishammuddin, beliau akan lebih cepat lagi dijatuhkan oleh UMNO dan akhirnya dengan Hishammuddin sekali akan dijatuhkan sama.
Bagi kepimpinan UMNO hari ini, yang mereka mahu ialah jawatan Perdana Menteri dan siapa saja jadi penghalang, mereka itulah musuh sebenarnya.
 (Shahbudindotcom 11/01/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/hishammuddin-tak-sesuai-dilantik-tpm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Kualiti Tpm Yg Dilantik Atas Terdesak Dan Tersepit

Apa Kualiti Tpm Yg Dilantik Atas Terdesak Dan Tersepit

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 262 hits
Apakah Muhyiddin menyelesaikan masalah hubungan umno BERSATU dengan melantik TPM dari umno Apakah TPM ITU mewakili umno dicadangkan umno dan mesti atas persetujuan Najib APA syarat Najib bersetuju Apakah TPM bersih dari unsur korup atau dil...
Tpm Muhyiddin Serah Ismail Sabri Dan Hishammuddin Berbincang

Tpm Muhyiddin Serah Ismail Sabri Dan Hishammuddin Berbincang

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 285 hits
Calon Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO belum muktamad tetapi Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyerah kepada dua calon iaitu Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein u...
Hishammuddin Akan Dilantik Timbalan Perdana Menteri

Hishammuddin Akan Dilantik Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 383 hits
MENTERI Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dijangka akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin Memetik laporan The Malaysian Insight sumber memberitahu Hishammuddin boleh dilantik ke jawatan itu se...
Akhbar Bahasa Cina Dakwa Muhyiddin Tolak Zahid Tpm Pilih Hishammuddin Ismail Sabri

Akhbar Bahasa Cina Dakwa Muhyiddin Tolak Zahid Tpm Pilih Hishammuddin Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 379 hits
by on 1 11 2021 08 25 00 AmSHAH ALAM Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan memilih sama ada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Timbalan Perdana Mente...
Belum Dilantik Jadi Wali Kota Gibran Anak Jokowi Sudah Terkena Masalah Berat

Belum Dilantik Jadi Wali Kota Gibran Anak Jokowi Sudah Terkena Masalah Berat

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 365 hits
Dosen Hukum Tata Negara UNS Agus Riewanto menyebut Gibran Rakabuming Raka dan Teguh Prakosa bakal menghadapi tantangan berat dalam menjalankan roda pemerintahan Kota Solo Seperti diketahui keduanya akan dilantik menjadi Wali Kota dan Wakil ...
Kurniawan Dwi Yulianto Kembali Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Sabah Fc

Kurniawan Dwi Yulianto Kembali Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Sabah Fc

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 296 hits
Perubahan dalam pengurusan Sabah FC menyaksikan Kurniawan Dwi Yulianto yang juga bekas penyerang Indonesia difahamkan kembali dilantik sebagai ketua jurulatih skuad SabahRhinos untuk musim 2021 Banyak betul drama bola sepak Sabah FC ni Lebi...
Dilantik Lepas Hantar Resume Kepada Menteri Netizen Persoal Anak Zahid Hamidi

Dilantik Lepas Hantar Resume Kepada Menteri Netizen Persoal Anak Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 403 hits
Pada zaman ini mencari pekerjaan bukanlah satu perkara yang mudah Tambahan lagi dengan keadaan ekonomi tidak stabil berpunca dari pandemik Covid 19 menyebabkan banyak syarikat menetapkan had kuota dan mengurangkan jumlah pengambilan pekerja...
Tahniah Rozita Che Wan Dilantik Sebagai Duta Jenama Mylea

Tahniah Rozita Che Wan Dilantik Sebagai Duta Jenama Mylea

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 432 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraTAHNIAH ROZITA CHE WAN DILANTIK SEBAGAI DUTA JENAMA MYLEATahniah diucapkan kepada Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama glamournya Che Ta kerana menjadi duta bagi salah sebuah jenama yang makin me...
Abdul Aziz Dilantik Ketua Pengarah Jakim Baharu

Abdul Aziz Dilantik Ketua Pengarah Jakim Baharu

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 281 hits
unable to retrieve full text content 160 PUTRAJAYA 8211 Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Abdul Aziz Jusoh dilantik sebagai Ketua Pengarah yang baharu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Ag
Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pm Anwar Dijemput Presiden Mesir Kunjungan Trump Ke Malaysia Amat Penting

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn

Doa 19 Oktober 2025

Ubah Ciptaan Allah Iqbal Zulkefli Serius Mahu Buat Pembedahan Hidung Cari Pakar Terbaik Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Clean Walkways In Sabah Sparks Debate On Civic Culture

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Lima Hari Tak Jumpa Reaksi Anak Lepas Nampak Ayah Di Tepi Jalan Buat Ramai Sebak