Akaun Internet Palsu Tidak Jamin Kerahsiaan Pemiliknya




A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger.
Bilik kawalan dan pemantauan Internet CIA
 PERINGATAN: Apa yang anda baca sekarang dan yang akan tulis dalam ruangan komen akan dibaca oleh umum dan besar kemungkinan dipantau oleh agensi perisikan.
Anda mungkin menggunakan butir-butir palsu dan nama samaran untuk mewujudkan akaun anda, tetapi di mana pun anda berada di dunia ini, pergerakan anda tetap diketahui.
Kalau anda seorang yang diklasifikasikan sebagai “terrorist” (pengganas) berbahaya, Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) boleh melancarkan drone (pesawat terbang tanpa pemandu) untuk membunuh anda.
Agensi perisikan kita pun mempunyai kepakaran untuk mengesan akaun palsu. Sebab itulah sudah ramai pengguna akaun palsu dan akaun “anonymous” yang dikenal pasti, disiasat, dihadapkan ke mahkamah dan dihukum kerana melakukan pelbagai kesalahan, khususnya menghasut.
Anda mungkin berasa selamat dan gembira kerana beranggapan anda telah berjaya menyembunyikan identiti anda apatah lagi mendapat bayaran untuk masuk ke laman saya ini dan mana-mana juga laman, sama ada untuk berbahas secara sopan atau sekadar melakukan “spam”, mencarut dan memaki-hamun.
Anggapan bahawa kaedah komunikasi Internet adalah bebas, percuma dan selamat adalah salah sama sekali khususnya mengenai kerahsiaan.
Mungkin ramai sudah tahu tetapi saya rasa banyak lagi yang belum tahu bahawa Internet yang sedang kita gunakan untuk mengakses laman ini adalah produk ketenteraan.
Ia adalah hasil penyelidikan ketenteraan Amerika melalui projek Arpa yang bertujuan mewujudkan saluran komunikasi barisan hadapan pasukan tentera Amerika. Setelah pihak tentera berjaya mewujudkan platform komunikasi yang selamat untuk kegunaan mereka, aplikasi sampingan Internet dibebas dan diperluaskan bagi tujuan awam mulai tahun 1969.
Masakan satu alat (tool) yang dicipta untuk tujuan ketenteraan dan kemudiannya dibenarkan untuk kegunaan awam bebas daripada pemantauan dan perisikan keselamatan?
Tentunya tidak.
Semua Dipantau
Komunikasi Internet digunakan untuk menyalurkan pelbagai platform media sosial seperti blog ini, Facebook, YouTube, WhatsApp, Messenger, WeChat, Instagram, QQ, Tumblr, Qzone, Tik Tok dan Twitter.
Jadi, walaupun pemilik akaun media sosial berasa bangga dan gembira menyebarkan “spam” untuk tujuan berseronok-seronok atau mendapatkan bayaran (dedak) dengan menggunakan akaun palsu (fake accounts) namun siapa mereka dan dari mana mereka beroperasi tetap diketahui.
Facebook dianggarkan mempunyai 2.23 bilion MAUs (monthly active users/pengguna aktif bulanan) dan ramai daripada mereka adalah pemegang akaun palsu yang diwujudkan khas untuk “spamming”, penandaan (tagging) iklan dan yang paling luas adalah menipu untuk mendapatkan wang.
Pemilik dan pengguna akaun palsu selalunya menggunakan nama, gambar profil dan pengenalan diri yang luar biasa atau pelik.
Daripada cara mereka menyamarkan diri kita sudah boleh mengagak status pendidikan, sosial, keintelektualan, budi pekerti, afiliasi politik dan matlamat mereka.
Umumnya pengguna akaun palsu ini tidak ada keyakinan diri atau bermotif jahat, mencari makan sebagai pendedak dan soldadu siber parti politik.
Sayugia diulang sebut bahawa istilah “dedak” ini tercetus di kalangan penggiat media sosial Umno, khususnya blogger pada tahun 2014 berikutan herdikan Presiden Umno dan Perdana Menteri ketika itu, Mohd Najib Abdul Razak terhadap blogger Umno. Mohd Najib melabelkan mereka bangang kerana mengkritik parti sendiri. Tonton Di Sini.
Dalam konteks yang lebih khusus, penggunaan media sosial di Malaysia mendedahkan banyak ciri yang boleh dijadikan petunjuk tentang tahap kesihatan mental masyarakat kita.
Kita akan mendapati ramai pengguna media sosial, khususnya yang menggunakan akaun palsu, tidak berakhlak, cetek pengetahuan, terbelenggu pemikiran dan tidak toleransi.
Dalam bahasa yang mudah, media sosial mendedahkan kehambaran pemikiran, nilai moral dan iman kelompok masyarakat yang umumnya amat taasub dengan jenama Melayu-Islam, maruah Melayu dan slogan agama, bangsa dan negara.
Wallahuaklam. Terima kasih.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2020/07/akaun-internet-palsu-tidak-jamin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pak Kadiaq Antara Akaun Palsu Sakit Mental Perisik Antarabangsa

Pak Kadiaq Antara Akaun Palsu Sakit Mental Perisik Antarabangsa

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 314 hits
Apa yang anda baca sekarang dan yang akan tulis dalam ruangan komen akan dibaca oleh umum dan besar kemungkinan dipantau oleh agensi perisikan Baru saya faham kenapa Pak Kadir padam posting posting FB dia hari ini Dia dah berundur ke blog d...
Teknik Peminta Sedekah Buat Luka Palsu

Teknik Peminta Sedekah Buat Luka Palsu

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 254 hits
Dalam filem atau drama kita akan lihat banyak kesan kesan makeup yang unik dan menarik contohnya macam kesan luka lebam kena pukul pucat dan sebagainya Kadang kadang luka tersebut nampak macam sangat real dan berjaya memperdayakan mata kita...
Perusahaan China Pakai Jaminan Emas Palsu Untuk Pinjam Uang

Perusahaan China Pakai Jaminan Emas Palsu Untuk Pinjam Uang

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 346 hits
Sebuah perusahaan pengolahan emas yang bermarkas di Wuhan China Kingold Jewelry Inc dilaporkan menipu sejumlah perusahaan untuk mendapatkan pinjaman dengan jaminan emas batangan palsu Seperti dilansir Kamis perusahaan itu dilaporkan terliba...
Lapangan Terbang Taiwan Tawar Perkhidmatan Penerbangan Palsu Untuk Mereka Yang Rindu Bercuti

Lapangan Terbang Taiwan Tawar Perkhidmatan Penerbangan Palsu Untuk Mereka Yang Rindu Bercuti

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 221 hits
Sejak penularan COVID 19 industri pelancongan adalah salah satu sektor yang teruk terjejas Ekoran pergerakan yang terhad kita tidak lagi dibenarkan ke luar negara sewenang wenangnya Oleh itu ramai yang mengadu mereka mula rindu untuk pergi ...
Penindasan Uighur Amerika Rampas Rambut Palsu Dari Xinjiang

Penindasan Uighur Amerika Rampas Rambut Palsu Dari Xinjiang

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 209 hits
Pegawai kastam Amerika Syarikat semalam mengumumkan mereka merampas produk dibuat daripada rambut manusia yang dipercayai dibuat oleh orang Islam di kem buruh di wilayah Xinjiang China Produk itu daripada hantaran 13 tan bernilai AS 800 000...
Polis Buka 266 Kertas Siasatan Berita Palsu Covid 19

Polis Buka 266 Kertas Siasatan Berita Palsu Covid 19

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 203 hits
266 kertas siasatan dibuka berkaitan berita palsu wabak Covid 19 dengan 172 daripadanya masih dalam siasatan kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob Ismail Sabri dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu juga 30 sudah didakwa di m...
Twitter Web Menghentikan Sokongan Untuk Internet Explorer 11

Twitter Web Menghentikan Sokongan Untuk Internet Explorer 11

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 255 hits
Twitter hari ini telah mengumumkan sejumlah kemaskini pada perkhidmatan mereka dan pada masa yang sama mengumumkan mereka telah menamatkan sokongan Internet Explorer 11 untuk Twitter com Dengan perubahan ini ia Twitter kini menyokong pelaya...
Digi Prepaid Next Menawarkan Pelan Prabayar Dengan Internet Pantas Dari Rm15 Sebulan

Digi Prepaid Next Menawarkan Pelan Prabayar Dengan Internet Pantas Dari Rm15 Sebulan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 860 hits
Digi hari ini mengumumkan pelan pra bayar terbaru mereka yang dinamakan Digi Prepaid NEXT dimana pengguna boleh mendapatkan data berkelajuan tinggi pada harga serendah RM15 sebulan Pelan Digi Prepaid NEXT ini hadir dengan beberapa pilihan d...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Layan Madu Sesekali

Menu Lunch By Adik Bongsu

Due Diligence Penting Banget Buat Generasi Milenial Dan Gen Z Yang Mau Jadi Smart Investor

Comel Mengadu Berpeluk Lama Peminat Teruja Lihat Keintiman Song Jihyo Lee Dongwook

Sesungguhnya Merokok Itu Haram

Tuuuuuuuu Diaaaaaa Aihhhhhh Derma Mulut Jahat Hati Hitam Pekat Iiiisssshhhh Iiiisssshhhhh Jihad Noh