Ajaran Asmaul Husna Dikesan Masih Aktif Di Kelantan Giat Rekrut Ahli Di Media Sosial



KOTA BHARU: Ajaran Asmaul Husna masih diamalkan sebahagian pengikut di seluruh negara termasuk di Kelantan.
Menurut salah seorang bekas pengikut ajaran berkenaan, ajaran Asmaul Husna dikembangkan dan diikuti melalui platform media sosial pada masa ini selepas mendapatkan tekanan dan difatwakan haram oleh beberapa majlis dan jabatan agama Islam negeri.
Musa (bukan nama sebenar), 59, yang ditemui Astro AWANI dua hari lalu, mendakwa pengasas ajaran berkenaan kini beralih merekrut pelajar lepasan pusat pengajian tinggi, bahkan ada di antaranya memegang ijazah PhD.
“Sebelum ini pengasas ajaran berkenaan menyasarkan golongan kakitangan kerajaan yang sudah bersara terutama membabitkan wanita serta mereka yang kurang asas agama dan pemahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Ramai pengikut ajaran ini terdiri daripada mereka yang berpencen, ada antaranya berjawatan tinggi sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sebuah restoran makanan segera di Kota Bharu.
Beliau bersama isteri dan anak perempuannya antara yang turut mengikuti ajaran berkenaan tahun lalu.
Di Kelantan, markas penyebaran ajaran ini adalah di Pulau Mukhlis, Danau Tok Uban, Pasir Mas yang bermula pada awal tahun lepas.
“Pengasas ajaran ini mendapat sumbangan dan dana yang banyak daripada pengikutnya selepas seruan melalui jihad infaq yang ditekankan melalui penghayatan nama Allah.
“Pengasas berkenaan selalu menekankan mengenai infaq dan sumbangan kerana katanya, duit tak bawa ke syurga, harus digunakan di dunia,” jelasnya.
Ramai pengikut yang terpengaruh sehingga menderma dan mewakafkan harta benda mereka.
Dengan duit sumbangan itu, pengasas telah membeli tanah di pulau Mukhlis ini dengan harga lebih RM250,000 dan membelanjakan lebih RM150,000 untuk membaik pulih kawasan, bangunan yang ditinggalkan untuk dijadikan markas dan kawasan perhimpunan di Kelantan.
Musa berkata pada awal penyebaran ajaran berkenaan di Kelantan, ia diikuti 15 ahli atau pengikut setianya dan berkembang sehingga mencecah 200 pengikut terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya yang sebahagian besarnya ialah wanita.
Beliau menjelaskan, markas di pulau Mukhlis itu adalah markas kedua terbesar selepas Keratong, di Pahang.
Sepanjang markas di sini beroperasi pada Mac tahun lepas, pengasas ajaran Asmaul Husna mengadakan sesi kuliah beberapa kali dengan kali terakhir pada September tahun lepas.
Ajaran Asmaul Husna, dakwa Musa, terpesong selepas pengasasnya mendakwa kata-katanya merupakan “wahyu” atau langsung dari Allah.
Selain itu, beliau mendakwa belajar secara langsung dari Allah, membelakangkan Rasulullah dan mencipta zikir sendiri seakan akan mantera dalam bahasa Melayu.
Musa berkata, selepas menyedari ajaran yang dibawa pengasas itu terpesong daripada ajaran Rasulullah dan agama Islam, beliau terus meninggalkan kumpulan berkenaan.
Pada masa ini, beliau memaklumkan pengasas ajaran itu berjaya merekrut 16 pengikut setianya yang terdiri daripada kalangan bekas pelajar dan pemegang ijazah dari pusat pengajian tinggi.
“16 pengikut ini merupakan pengikut setianya, yang menjalankan penyebaran melalui media sosial, Instagram, Telegram dan sebagainya dengan menyasarkan golongan pelajar dan juga mereka yang cetek agama,” ujarnya.
Tinjauan Astro AWANI mendapati markas kumpulan itu di Pulau Mukhlis tidak terurus dengan bangunan yang rosak dan tidak terjaga.
Namun masih terdapat beberapa orang yang dipercayai pengikut dan penjaga kawasan berkenaan.
Menurut Musa lagi, terdapat tujuh individu masih berada di situ membabitkan tiga lelaki dan empat wanita. Awani
Pas nafi ajaran Asmaul Husna Wan Maseri ada kaitang dengannya

The post Ajaran Asmaul Husna dikesan masih aktif di Kelantan, giat rekrut ahli di media sosial appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/03/ajaran-asmaul-husna-dikesan-masih-aktif-di-kelantan-giat-rekrut-ahli-di-media-sosial/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Salah Media Sosial

Apa Salah Media Sosial

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 314 hits
Begitulah dengan mudah Hadi menjatuhkan hukuman kepada mereka yang mencari rezeki melalui media sosial sebagai golongan liberal yang tidak beriman Anehnya Presiden UMNO parti yang menjadi rakan sekongkol PAS dalam Muafakat Nasional Dato Ser...
Hiburan Biarlah Pakaian Anak Selekeh Asalkan Bahagia Ozlyn Nasihat Jangan Pura Pura Mewah Hanya Di Media Sosial

Hiburan Biarlah Pakaian Anak Selekeh Asalkan Bahagia Ozlyn Nasihat Jangan Pura Pura Mewah Hanya Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 439 hits
Pelakon dan juga isteri kepada pelawak terkenal Johan Ozlynn menzahirkan perasaan syukur ke atas rezeki yang dikurniakan Allah S W T kepada diri dan seluruh ahli keluarganya Sumber Instagram Ozlynn Dia dilihat tampil meluahkan rasa syukur d...
Henry Tarik Diri Dari Media Sosial Kerana Marahkan Perkauman Buli Online

Henry Tarik Diri Dari Media Sosial Kerana Marahkan Perkauman Buli Online

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 327 hits
REUTERS Bekas pemain bola sepak antarabangsa Perancis Thierry Henry berharap keputusannya untuk menarik diri dari media sosial dapat mendorong orang lain dalam memerangi perkauman dan buli secara online Bekas penyerang Arsenal dan Barcelona...
Datuk Berusia 73 Tahun Masih Aktif Dan Berbadan Sado

Datuk Berusia 73 Tahun Masih Aktif Dan Berbadan Sado

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 423 hits
Bukan sekadar kekal sado pada usia senja bahkan Ayub Said 73 turut memiliki kekuatan tenaga luar biasa kerana masih mampu mengangkat bebanan besi seberat 100 kilogram Ia hasil latihan lat pulldown bench press dan mengangkat dumbbell seberat...
K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 437 hits
Kerajaan kemungkinan besar akan mempertimbangkan semula dasar pendaftaran vaksin jika kadar pendaftaran vaksin Covid 19 tidak memuaskan menjelang Julai kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Kita harus menilai semula tah...
Polis Siasat Kes Selebriti Media Sosial Rentas Negeri Untuk Berbulan Madu

Polis Siasat Kes Selebriti Media Sosial Rentas Negeri Untuk Berbulan Madu

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 314 hits
KUALA LUMPUR Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang selebriti media sosial dan suaminya yang dipercayai memberi maklumat palsu bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri untuk berbulan madu Pasangan ini sebelum itu sudah dipanggi...
Hiburan Ini Bukan Akaun Rasmi Saya Pu Riz Nafi Ada Buka Akaun Media Sosial Twitter

Hiburan Ini Bukan Akaun Rasmi Saya Pu Riz Nafi Ada Buka Akaun Media Sosial Twitter

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 415 hits
Agak kecoh di laman Twitter apabila ramai peminat teruja melihatkan pengantin baru PU Riz telah membuka sebuah akaun media sosial baru dan mendedikasikan ucapan khas buat isterinya Neelofa sempena perkahwinan mereka View this post on Instag...
Kominfo Imbau Masyarakat Waspada Konten Radikalisme Di Media Sosial

Kominfo Imbau Masyarakat Waspada Konten Radikalisme Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 252 hits
Kominfo memiliki dua fungsi terkait penanganan terorisme yaitu pencegahan melalui berbagai media dan penindakan dengan cara menindak konten yang dianggap menyebarkan paham radikalisme
Panas Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bocor

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

What A Beautiful Day Tiba Tiba Terbaca Isu Tengah Panas Sekarang Ni Padanmuka Nabila Huda

Drama Abang Imam Minah Skuter

Pemain Warisan Semakin Mudah Dipantau Yusoff Mahadi

A Month Later Still Here

Wanita Dedah Kos Yuran Ijazah Perubatan Boleh Cecah Rm350k Buat Netizen Terkedu Realiti Yang Ibu Bapa Kena Hadap

Lirik Lagu Setanggi Syurga Inteam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kanser Tiroid Mikro Kecil Tapi Masih Kanser

Tahniah Good Boy Capai Rating Tertinggi Sementara Our Movie Cipta Rekod Baru Sabtu

Hiburan Bakal Tak Ada Syarifah Tapi Ada Dayang Uai Jawab Pertanyaan Syed Saddiq Tentang Perkahwinan Syed Amp Syarifah

Mayat Berbicara Pakar Patologi Forensik Bantu Mayat Berbicara

From Panel To Screen Why Webtoons Are Hollywood S Next Blockbuster Pipeline

Berapa Harga Dirimu Coba Hitung Di Sini