Datuk Berusia 73 Tahun Masih Aktif Dan Berbadan Sado
Bukan sekadar kekal sado pada usia senja, bahkan Ayub Said, 73, turut memiliki kekuatan tenaga luar biasa kerana masih mampu mengangkat bebanan besi seberat 100 kilogram (kg).
Ia hasil latihan lat pulldown, bench press dan mengangkat dumbbell seberat 50kg.
Ayub berkata, dia masih dapat mengekalkan stamina seperti usia awal 30-an hasil ‘bersahabat’ dengan gimnasium selama 40 tahun sehingga kini.
“Kebiasaannya, saya meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk melakukan senaman di gimnasium, empat kali seminggu.
“Ia bagi mengekalkan stamina dan kecergasan badan selain mahu mengekalkan badan sado,” katanya.
Menurutnya, dia yang bertugas sebagai jurulatih kecergasan secara sambilan di Batu Caves, Selangor memudahkannya melakukan rutin pelbagai senaman.
Katanya yang juga pesara tentera, ramai orang menemuinya tidak menyangka pada usia itu dia masih aktif di gimnasium dan mengangkat bebanan.
“Namun, atas faktor usia, saya banyak mengurangkan aktiviti itu (mengangkat bebanan). Berbanding sebelum ini, ia aktiviti paling saya gemari.
“Satu kepuasan apabila dapat mengangkat besi. Lebih berat maka ia lebih mencabar,” katanya.
Ayub yang melatih lebih 200 peserta kecergasan berkata, dia juga amat menitikberatkan pemakanan sihat dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat, gula, garam dan makanan berminyak.
“Prinsip saya, jika mahu sihat wajib menjaga makan dan bersenam untuk kecergasan.
“Saya bersyukur kerana melalui amalan ini, saya tidak pernah jatuh sakit, pergi ke klinik atau dimasukkan ke hospital sejak bersara lebih 30 tahun lalu,” katanya.
Menurut bapa dua anak ini, dia berjinak-jinak ke gimnasium sejak usia 20 tahun kerana didorong minat dan mahu menambah kekuatan diri.
“Saya dapat bimbingan awal daripada jurulatih bina badan kebangsaan, Aziz Ahmad hingga berjaya dan mencipta nama dalam sukan bina badan.
“Apabila menyertai pasukan tentera, badan sado ini memberi kelebihan menyertai banyak pertandingan bina badan.
“Pertama kali memasuki pertandingan pada usia 30 tahun. Malah, saya dinobatkan juara tiga tahun berturut-turut bagi kategori bantamweight (bawah 60kg) pada 1980-an,” katanya kini dikurniakan seorang cucu.
Kata Ayub, ketika itu, regim pemakanan sihatnya sangat ketat apabila dia memakan 15 hingga 20 biji telur sehari sebagai sumber protein untuk pembentukan otot.
“Kini, saya hanya makan tiga hingga lima biji telur, tiga kali seminggu.
“Menjadi jurulatih kecergasan sambilan memberikan kepuasan kerana dapat mengajar mereka yang mahu kekal cergas dan sihat.
“Tugas ini saya lakukan di beberapa gimnasium di Baru Caves, Selayang dan Wangsa Maju,” katanya.-HM
‘Nenek perkasa’ ini jadi trend baharu, orang muda bertubuh lemah sangat tercabar!
The post Datuk Berusia 73 Tahun Masih Aktif Dan Berbadan Sado appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/04/04/datuk-berusia-73-tahun-masih-aktif-dan-berbadan-sado/