Aisar Khaled Turut Sertai Ribuan Rakyat Indonesia Iringi Jenazah Affan Kurniawan


JAKARTA – Pempengaruh media sosial terkenal, Aisar Khaled menyorot perhatian ramai apabila turut mengiringi jenazah pemandu ojek, Affan Kurniawan, 21, yang maut digilis trak taktikal polis Indonesia di Bendungan Hilir, Jakarta, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebook dan Instagram, Aisar dilihat hadir di kediaman keluarga Allahyarham di Menteng, Jakarta Pusat sebelum menyertai ribuan penduduk mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
Rakaman video memperlihatkan Aisar sempat mengusung keranda Affan selain menyantuni ibu mangsa yang memeluknya sambil menangis.
“Kita manusia punya hati. Al-Fatihah,” tulis Aisar pada hantaran di media sosialnya.
Tindakan tersebut mendapat pujian warganet Indonesia yang rata-ratanya menyifatkan Aisar lebih berperikemanusiaan berbanding pihak beruniform.
Latar Belakang Allahyarham
Affan Kurniawan dilahirkan di Tanjung Karang pada 18 Julai 2004 dan merupakan anak kepada Zulkifli serta Erlina. Pemuda itu berasal daripada keluarga sederhana yang tinggal di rumah sewa kecil bersama tujuh ahli keluarga.
Disebabkan kesempitan hidup, Affan bekerja sejak kecil dan sebelum tragedi, dia mencari rezeki sebagai pemandu ojek dalam talian. Difahamkan, ketika kejadian, Affan sedang menghantar makanan pelanggan dan tidak terlibat dalam demonstrasi.
Reaksi Pihak Berkuasa
Susulan insiden berkenaan, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Ketua Polis Negara tampil memohon maaf kepada keluarga mangsa. Pihak berkuasa turut mengesahkan tujuh anggota polis yang menaiki trak ‘Barracuda’ terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Pemandu Kenderaan Perisai Mengaku Langgar Affan
Siasatan dalaman memasuki fasa baharu apabila pemandu trak perisai polis terbabit hari ini mengaku telah melanggar Affan semasa kekecohan demonstrasi berhubung elaun anggota Parlimen di Jakarta.
Dalam keterangan kepada Bahagian Hal Ehwal Dalaman Polis Negara (Propam), pemandu itu mendakwa keadaan kacau-bilau menyebabkannya tidak dapat melihat mangsa.
“Jalan raya dipenuhi batu, ada asap di dalam kenderaan. Saya hanya fokus ke hadapan,” katanya.
“Keadaan sudah penuh dengan tekanan daripada orang ramai,” tambahnya sambil mengaku tetap memandu walaupun cuba dihalang penunjuk perasaan.
Gelombang Bantahan Seluruh Negara
Kematian Affan mencetuskan gelombang protes di Jakarta, Surabaya, Malang, Bengkulu dan beberapa bandar lain, dengan pelajar serta pemandu ride-hailing menuntut akauntabiliti polis dan rombakan terhadap taktik kawalan orang ramai.
Beberapa siri bantahan dilaporkan bertukar menjadi rusuhan ekoran kemarahan terhadap pasukan keselamatan.
Tindakan Disiplin Terhadap Anggota Brimob
Ketua Propam, Inspektor Jeneral Abdul Karim memaklumkan tujuh anggota dan pegawai Kor Briged Bergerak (Brimob) didapati bersalah melanggar kod etika polis dan dikenakan tahanan selama 20 hari.
“Tujuh individu telah ditetapkan sebagai pesalah dan terbukti melanggar kod etika profesional,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis di Jakarta.
Beliau menegaskan tindakan disiplin itu dilaksanakan di bawah arahan langsung Presiden Prabowo Subianto dan Ketua Polis Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo.
Sementara itu, Ketua Polis Jakarta, Asep Edi Suheri turut mendedahkan identiti tujuh anggota Brimob berkenaan iaitu Cosmas K. Gae, M. Rohyani, Rohmat, Danang, Mardin, Yohanes David, dan Jana Edi.
“Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk mengendalikan kes ini secara profesional dan telus,” tegasnya.
Tragedi yang menimpa Affan Kurniawan bukan sahaja membuka mata rakyat Indonesia terhadap isu keadilan dan hak asasi, malah mengundang solidariti luar biasa daripada masyarakat. Kehadiran ribuan orang mengiringi jenazahnya, termasuk Aisar Khaled dari Malaysia, menjadi simbol bahawa suara rakyat kecil tidak boleh dipandang remeh.
Kini, keluarga Affan serta jutaan rakyat menantikan keadilan ditegakkan, agar pengorbanan seorang anak muda berusia 21 tahun tidak menjadi sia-sia. – The Malaysian Update
The post Aisar Khaled Turut Sertai Ribuan Rakyat Indonesia Iringi Jenazah Affan Kurniawan appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/08/30/aisar-khaled-turut-sertai-ribuan-rakyat-indonesia-iringi-jenazah-affan-kurniawan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Punca Rakyat Indonesia Memberontak

Punca Punca Rakyat Indonesia Memberontak

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 1444 hits
Ini Punca2nya Rakyat memberontak Antaranya Akaun bank yg tak aktif selama 3 bulan dibekukan Kebun yang tidak dikerjakan akan disita Cukai jualan PPN naik sehingga 12 Peniaga kecil dilarang jual gas 3kg PBB naik ke ratusan peratus Ada ahli p...
Tular Lagi Rakyat Malaysia Bantu Indonesia Hingga Netizen Sebak Terharu

Tular Lagi Rakyat Malaysia Bantu Indonesia Hingga Netizen Sebak Terharu

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 4902 hits
KUALA LUMPUR Tular di TikTok perkongsian daripada akaun dapoerbuhendra yang memaparkan kebaikan warga Malaysia menghulurkan bantuan kepada rakyat Indonesia Video yang dikongsikan itu mengisahkan sokongan dan solidariti merentasi sempadan ne...
Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus

Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 4934 hits
Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus Bermula daripada gelombang oleh para pekerja dan kesatuan buruh suasana di Indonesia kini semakin panas Ketegangan itu memuncak apabila berlaku insiden tragis me...
Tular Kediaman Ahli Dpr Indonesia Diserang Rakyat

Tular Kediaman Ahli Dpr Indonesia Diserang Rakyat

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 2815 hits
Tular Kediaman Ahli DPR Indonesia Diserang Rakyat Belum reda dengan ketegangan demonstrasi besar besaran di Indonesia tular pula sebuah video di media sosial memaparkan kediaman anggota DPR RI Ahmad Sahroni diserang penduduk pada Sabtu lapo...
Rakyat Indonesia Protes Kenaikan Elaun Ahli Parlimen

Rakyat Indonesia Protes Kenaikan Elaun Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 1759 hits
INDONESIA JAKARTA Aksi protes kembali berlaku di hadapan bangunan Parlimen pada Isnin 25 Ogos Sekumpulan penunjuk perasaan terdiri daripada mahasiswa dan orang awam turun ke jalan membantah kenaikan elaun ahli Parlimen Mereka menganggap jum...
Demo Indonesia Pejabat Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Makassar Dibakar 3 Maut

Demo Indonesia Pejabat Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Makassar Dibakar 3 Maut

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 3357 hits
Demo Indonesia Pejabat Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Makassar Dibakar 3 Maut Demonstrasi di Indonesia semakin memuncak apabila tiga orang dilaporkan maut dan lima lagi cedera dipercayai akibat terperangkap dalam sebuah bilik ketika penunju...
Lavish Elites Struggling Rakyat Rafizi Urges M Sia To Learn From Indonesia

Lavish Elites Struggling Rakyat Rafizi Urges M Sia To Learn From Indonesia

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 1542 hits
Politicians in Malaysia must learn from Indonesia s recent turmoil Rafizi Ramli warned stressing that public anger can boil over when economic growth fails to translate into fair wages amid a backdrop of elites flaunting their wealth The PK...
Solidariti Rentas Sempadan Rakyat Malaysia Bantu Indonesia Ketika Demonstrasi Jakarta

Solidariti Rentas Sempadan Rakyat Malaysia Bantu Indonesia Ketika Demonstrasi Jakarta

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3986 hits
JAKARTA Demonstrasi besar besaran di Jakarta bukan sahaja menarik perhatian dalam negara malah turut menerima sokongan moral daripada rakyat Malaysia yang tampil membantu dengan cara tersendiri Menerusi perkongsian di TikTok dan Threads seo...
Gara Gara Mulut Celupar Rumah Ahmad Sahroni Jadi Sasaran Amukan Rakyat Patung Iron Man Rm120 000 Turut Dijarah

Gara Gara Mulut Celupar Rumah Ahmad Sahroni Jadi Sasaran Amukan Rakyat Patung Iron Man Rm120 000 Turut Dijarah

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 2543 hits
JAKARTA Gelombang demonstrasi rakyat Indonesia yang menentang prestasi dan dasar Dewan Perwakilan Rakyat memasuki fasa lebih agresif apabila kediaman ahli politik Parti NasDem Ahmad Sahroni diserbu orang ramai di Tanjung Priok Jakarta Utara...
The Prophet By Kahlil Gibran

Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

Macc Chief Points To Nepal In Warning Against Graft

Imagine Rightist Akmal S Reaction If This Israeli Flag Display In Kelantan Is Re Enacted In Dap State

Penhaligon S Introduces The Cut A Bold New Chapter In Bespoke Perfumery

Realme Game Of Thrones Limited Edition Rekaan Epik Prestasi Hebat

Hubungan Kaedah Green Dengan Supersimetri Kuantum Mudahnyabacajurnal

Pmo Dan Ba Kdmp Kubu Raya Lakukan Audiensi Ke Setda Kabupaten Kubu Raya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Daging Paprik Masak Di Rumah

Menuai Buah Limau Bali Sunkist Dan Buah Limau Kasturi

Selamat Asrin Semakin Hebat

Tips Tarik Trafik Ke Blog Tanpa Pening Kepala

Cikbunga Pertama Kali Masuk Raudah

Menu Express 20 Minit Untuk Mak Yang Penat Balik Kerja