Air Zam Zam Kini Tidak Dibenarkan Dibawa Balik Oleh Jemaah
Air Zam Zam Kini Tidak Dibenarkan Dibawa Balik Oleh Jemaah Ke Tanah Air Malaysia
Jika sebelum ini, umat Islam yang berpeluang ke tanah haram Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah atau haji pastinya akan membawa pulang ole-ole berupa air zam-zam sebagai tanda mata buat saudara-mara di tanah air.
Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan Arab Saudi tidak lagi membenarkan jemaah haji atau umrah untuk membawa balik air zam-zam dalam jumlah yang banyak namun hanya sekadar lima liter bagi setiap jemaah secara percuma.
Terbaru, sebuah akaun TikTok yang menggunakan nama Masjid Besi memaklumkan bahawa jemaah kini tidak lagi dibenarkan untuk membawa pulang air zam-zam terutama jika mereka terbang menerusi lapangan terbang baharu di Jeddah.
Kepada para mutawif, nak beritahu..untuk lapangan terbang baharu, air zam-zam tidak dibenarkan bawa balik. Maksudnya, jemaah tak diberikan walaupun 5 liter pun untuk dibawa balik. Jadi beritahu jemaah minum puas-puas di sini sebab memang ia adalah barang larangan.
Tadi nak bawa masuk tapi tak dibenarkan. Di lapangan terbang juga tidakada penjualan air zam zam. Maksudnya, mungkin ini peraturan baharu kerajaan Arab Saudi yang mana mereka tak benarkan air zam zam dibawa balik atau dibawa keluar dari sana. Jadi, nak beritahu kawan-kawan supaya jangan beli air zam-zam.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menzahirkan perasaan kecewa berikutan peraturan terbaru yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.
Ada juga yang mengandaikan bahawa tindakan tersebut itu diambil kerana wujudnya sebilangan jemaah yang membawa pulang air zam-zam untuk dijual kepada masyarakat tempatan.
Baca Artikel Menarik :
Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU
Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat
The post Air Zam Zam Kini Tidak Dibenarkan Dibawa Balik Oleh Jemaah (Video) appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/10/25/air-zam-zam-kini-tidak-dibenarkan-dibawa-balik-oleh-jemaah-video/