Air Tangan Istimewa Menambat Rasa Ym Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri Diraja Farinawati


Kesempatan berkunjung ke kediaman YAM Tengku Temenggong Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Amir Abidin Jamalullail ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din amat dihargai. Setelah beberapa kali temujanji tertunda dek kerana hal yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya pertemuan dengan kedua vip ini berlangsung dengan sempurna. Kala memasuki ke kediaman beliau, sudah terbau bau aroma masakan yang ingin dikongsi bersama majalah RASA.

.

Di atas meja sudah tersedia hidangan yang menyelerakan dengan penataan meja yang mewah dan bergaya. Rasa bertuah kerana hidangan pada hari itu sangat istimewa iaitu Siamese Kuey Teow Soup, Tuna Briyani dan Sotong Sumbat (putih) dan dari air tangan Che Puan sendiri.
Menurut Che Puan, Sotong Sumbat dihidangkan pada masa minum petang.” Pada mulanya saya tidak pandai makan,sebab rasanya manis. Selepas Almarhum tiada, suami mahu saya belajar bagaimana untuk membuatnya. Selepas beberapa kali cuba membuat resipi ini, akhirnya berjaya memasak dengan sempurna,” jelas beliau.
Resipi Beriani Tuna pula adalah versi masakan cara beliau. Bosan dengan resipi beriani daging, kambing dan ayam maka beliau mengolah sendiri beriani tuna mengikut caranya. “Anak-anak saya sukakan ikan. Smoked Tuna ini datang dari Maldives. Kebetulan saya mempunyai kawan dari Maldives .
Setiap kali dia pergi ke sana, saya akan mengirimnya. Resipi ini menjadi kegemaran anak-anak kerana Smoked Tuna tiada tulang. Anak-anak menyukai ikan seperti bawal emas, mereka lebih memilih ikan yang tiada tulang,”akui beliau.
Memasak menjadi rutin harian beliau. Hari minggu jadi kemestian saya memasak untuk keluarga.”Hari minggu agak kelam kabut sikit kerana setiap anak mahu menu yang berbeza-beza. Ada yang nak western seperti spagheti, ada yang suka sos bolognese, ada yang suka sos putih.
Jadi saya buatkan kedua sos tersebut.Lasagna adalah kegemaran anak-anak. Suami pula apa yang saya masak semua digemarinya.
Tengku lebih menyukai masakan melayu. Kegemaran beliau ialah Kari Kepala Ikan yang dimasak tipikal Indian style.Saya masak apa yang suami suka. Kalau balik ke Sarawak, memang menghayati sepenuhnya makanan di sana. Begitu juga suami amat menyukai lauk Sarawak. Aroma bau rempah ratus yang kuat baunya,” cerita beliau.

Ilmu memasak lebih didalami beliau selepas berkahwin. Akui beliau banyak belajar sendiri menu yang disukai oleh suami
dan anak-anak. “Saya dan anak pula tak suka makan di luar kerana merasakan bila makan seperti di hotel pun makanannya sama saja.
Jadi kami banyak menghabiska masa di rumah,apa yang anak nak makan saya masakkan,” jelasnya.
Bercerita tentang lauk kenduri di Sarawak, menu wajib ada ialah Daging Masak Hitam. Rasanya agak manis, kerana di dalam ada buah prun. Letak prun lebih pekat berbanding kismis yang ada rasanya kadang ada masam dan manis. Nasi yang dihidang ialah nasi minyak. Ditambah dengan Laksa Sarawak sebagai menu sampingan. Ketika Raya, di mana -mana di Sarawak, pasti ada dihidangkan Laksa Sarawak.



Antara pemanis mulut yang disukai beliau ialah puding karamel. Beliau juga mahir dalam membuat kek lapis Sarawak.”Ibu yang mengajar saya cara membuat kek lapis yang sedap mengikut resipinya. Jadi kami mengikut resipinya dari dulu hingga kini. Biasa yang kami makan ialah Kek lapis Desafair dengan bahan asas ialah horlick dan biskut marie. Ada dua warna hijau dan coklat. selain itu kek lapis Cadbury,”ujarnya.
Mempunyai dua buat restoran, Dayang Sarawak Corner iaitu satu di Putrajaya dan di Ampang dengan hidangan masakan Sarawak. Maka tidak perlu lagi ke Sarawak untuk menikmati Mi Kolok autentik rasa. “Dulu masa mula buka kedai, pukul 6 pagi saya sudah ke pasar ditemani suami.
Mencari barang basah untuk memasak hingga ke pasar borong, rasa lebih puas,” ujar beliau.
Beliau juga berkongsi tip – setiap apa yang dimasak menggunakan santan , sebaiknya letakkan cili padi dan batang supaya santan tidak pecah.

Siamese Kuey Teow Soup
Bahan-bahan:
2kg daging | rebus sampai lembut
4cm halia | dititik
5 biji bawang merah | dicincang halus
Daun bawang | ambil bahagian batang/akar
Fish ball/fish cake
1 sudu makan ikan secukupnyaa
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kicap manis
Garam
Kiub ayam
Bawang putih-dicincang
1 sudu makan tepung jagung
Kuey teow halus
Cara memasak:
1. Rebus daging bersama halia dan bawang merah.Bila dading empuk, keluarkan dan tos.
2. Masukkan batang atau akar daun bawang dalam air rebusan tadi (boleh masuk berapa banyak ikut cita rasa). Renehkan semula air rebusan hingga batang atau akar daun sup hancur.
3. Letak satu sudu sos tiram, sos ikan, kicap manis dan kiub ayam.
4. Kemudian letakkan sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah dan garam secukup rasa.
Untuk hiasan:
Daging rebus | dihiris halus
Bawang putih | cincang halus dan goreng menggunakan api kecil
Sayur sawi
Taugeh
Perut lembu | rebus dan hiris kecil
Sambal kicap | cili padi + bawang putih
Gula
Cili padi | hiris
Daun sup/daun bawang| hiris


Tuna Briyani
Bahan-bahan:
4 cawan Beras Basmathi | masak 3/4 masak
1 helai daun bay kering
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 cawan jus lemon
3-4 keping smoked tuna
4 sudu makan yogurt
2 labu bawang besar | warna merah
3 biji tomato | saiz sederhana
3 pokok daun pudina | ambil daun sahaja
1 pokok daun ketumbar | hiris kasar
Pewarna merah/kuning | boleh juga guna safron
Rempah masala
Garam secukup rasa
3 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan mentega
3 biji kentang | dibelah empat
Cara Memasak:
1. Rebus beras tiga perempat masak dan perasakan dengan sedikit garam. Kemudian tos.
2. Tumbuk halus bawang putih dan halia,bawang besar dan tomato dicincang.
3. Panaskan minyak sapi, letak sedikit mentega agar bau wangi, tumiskan bawang, bawang putih dan halia.
Kemudian letak tomato. Tumis sehingga naik bau dan kelihatan hancur.
4. Masukkan rempah masala. ( khas untuk ikan). Untuk sedap tambah rempah beriani.
5. Masukkan air dan juga jus lemon.
6. Masukkan yogurt.Kemudian masukkan kentang.
7. Akhir sekali letak smoked tuna. Sebagai pilihan boleh letak isi ikan tongkol hitam.
8. Kuah tuna tadi letakkan dalam periuk lain pula, untuk satukannya.
9. Dalam periuk lain, letqkkan kuah tuna untuk lapisan bawah sekali. Kemudian tabur daun mint dan daun ketumbar di atasnya.
10. Lapiskan di atasnya nasi yang 3/4 masak tadi, kemudian letak pewarna atau safron dan taburkan kismis.
11. Ulang proses melapis dengan cara langkah yang sama sekurang kurang dua lapisan. Setiap lapisan letak 2 ketul smoked tuna.
12. Masak lagi sehingga 20 minit.
13. Nasi yang sudah dimasak sedia dihidang bersama Smoked Tuna Briani.

Sotong Sumbat
Bahan-Bahan:
2 cawan berat pulut | direndam 4 jam
1 kg sotong
1/2kg santan
4cm halia | dihiris memanjang
4 biji bawang merah | dihiris
1 sudu besar halba
2 sudu makan gula
Cara Memasak:
1. Masukkan santan dalam periuk.
2. Masukkan pula halba, halia dan bawang merah.
3. Beras pulut yang telah direndam digaul dengan sedikit garam.
4. Sumbat pulut dalam sotong. Kemudian rebus.
5. Masukkan sotong yang telah disumbat pulut ke dalam santan.
6. Letak gula untuk melemakkan kuah. Masak dengan api sederhana supaya sotong tidak pecah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/11/air-tangan-istimewa-menambat-rasa-ym.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Kebas Pada Jari Sebelah Tangan Kiri

Rasa Kebas Pada Jari Sebelah Tangan Kiri

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 435 hits
RASA KEBAS PADA JARI SEBELAH TANGAN KIRI Assalamu alaikum doktor Saya berusia 28 tahun Saya mengalami masalah sakit tangan kiri sudah beberapa bulan Saya sudah berjumpa dengan doktor di klinik swasta dan diberikan ubat sapu Sakit ada hilang...
Nikmati Air Nira Asli Terus Dari Ladang Nipah Ismail Che Kaq

Nikmati Air Nira Asli Terus Dari Ladang Nipah Ismail Che Kaq

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 1605 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Maha sebenarnya pertama kali dapat minum Air Nira tak kiralah yang dari kelapa mahupun dari pokok Nipah Kalau kelapa tu mungkin tinggi dan agar suk...
Nasi Goreng Terakhir Air Tangan Ibu Tak Sampai 15 Minit Tidur Gadis Terima Berita Bas Dinaiki Ibu Tersayang Jatuh Gaung

Nasi Goreng Terakhir Air Tangan Ibu Tak Sampai 15 Minit Tidur Gadis Terima Berita Bas Dinaiki Ibu Tersayang Jatuh Gaung

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 401 hits
Perpisahan dengan ibu tersayang merupakan pengalaman paling menyakitkan buat si anak Bertahun lepas pemergiannya pun kehilangan masih terasa Kan best kalau mak ada Penulis yakin pasti ada antara anda di luar sana yang pernah menuturkan ayat...
Ikan Bilis Dan Kacang Tanah Goreng Air Tangan Suami

Ikan Bilis Dan Kacang Tanah Goreng Air Tangan Suami

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 761 hits
Hi semua Nampak ni satu balang ikan bilis dan kacang tanah goreng Ni suami punya kerja ni Semalam dia pergi beli sarapan Anak anak nak makan nasi lemak Bersiap la dia nak keluar beli sarapan Lepas 15 minit dia sampai rumah bukan main banyak...
Menu Menu Tradisi Masyarakat India Menambat Selera Pada Perayaan Deepavali

Menu Menu Tradisi Masyarakat India Menambat Selera Pada Perayaan Deepavali

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 374 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Koleksi Istimewa Barang Kemas Poh Kong Raikan Pesta Diwali 2019

Koleksi Istimewa Barang Kemas Poh Kong Raikan Pesta Diwali 2019

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 294 hits
Sempena meraikan sambutan hari perayaan Deepavali yang bakal tiba pada penghujung bulan Oktober ini Poh Kong tampilkan rekaan barang kemas yang istimewa bagi menyambut pesta cahaya pada tahun ini dengan beberapa koleksi terbaru Tiada apa ya...
Xavier Terima Kasihlah Untuk Hadiah Istimewa Deepavali Mic

Xavier Terima Kasihlah Untuk Hadiah Istimewa Deepavali Mic

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Nasihat oleh Menteri Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar yang tidak mahu masyarakat India di negara ini terus bergantung harap dengan bantuan kerajaan semata mata sebaliknya berusaha sendiri dianggap antara ha...
Ost Sara Sajeeda Bicara Rasa

Ost Sara Sajeeda Bicara Rasa

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 410 hits
Bicara Rasa Ada apa dengan cintaYang hanya manis pada bicara Tika bahagia indah semuaSepertinya syurga milik kitaAda apa pada cintaYang hanya manis pada mulanya Tika sempurna tidak bercelaSepertinya esok milik kitaSampai bilaHarus kita teru...
Guru Luah Rasa Hati Terpaksa Bergegas Dari Cheras Ke Shah Alam Hari Hari Sampai Kemalangan Demi Tugas Dan Anak Anak

Guru Luah Rasa Hati Terpaksa Bergegas Dari Cheras Ke Shah Alam Hari Hari Sampai Kemalangan Demi Tugas Dan Anak Anak

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 360 hits
Guru ada di mana mana namun untuk menjadi seorang pendidik haruslah cekal mental dan fizikal Bukan mudah untuk mendidik anak bangsa untuk mencapai kejayaan Sebagai masyarakat yang harmoni kita haruslah memahami tugas seorang guru dan percay...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation