Xavier Terima Kasihlah Untuk Hadiah Istimewa Deepavali Mic


Kasthuri Jeevendran 

KUALA LUMPUR – Nasihat oleh Menteri Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar yang tidak mahu masyarakat India di negara ini terus bergantung harap dengan bantuan kerajaan semata-mata sebaliknya berusaha sendiri dianggap antara hadiah paling istimewa buat pengundi dalam kalangan komuniti itu.

Malah lebih ‘manis’ apabila nasihat itu dilontarkan  menjelangnya pesta cahaya atau lebih di kenali sebagai Deepavali yang akan disambut dalam beberapa hari lagi.

Itulah kekecewaan yang diluahkan Setiausaha Penerangan MIC Kebangsaan, A Subash Chandrabose yang berpendapat walaupun kenyataan itu berupa nasihat namun ia tidak boleh diterima langsung.

Kata Subash, beliau terkejut kerana ketika masih bergelar pembangkang dan kempen Pilihan Raya Umum ke-14, nada itu sangat berlainan apatah lagi dengan janji-janji menggunung Xavier.

Namun ujarnya, sejurus selepas menang intonasi serta tindak tanduk sudah lain walaupun sebelum ini pelbagai dijanji ditabur walaupun mustahil untuk dikotakan

“Sekarang mereka meminta kami untuk berusaha sendiri dan jangan terlalu bergantung harap. Dulu masa kempen sebelum menang, kamu perdajalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kononnya kami telah menganayai masyarakat India.

“Tapi apa yang kamu sedang lakukan ini? Sedar atau tidak?

“Kalau umum hendak tahu, kenyataan seperti ini tidak akan sesekali keluar daripada mana-mana pimpinan MIC ketika masih menjadi kerajaan. Mereka tidak berani bercakap seperti ini sebaliknya akan cuba sedaya yang boleh.

“Lupa pula, ini adalah Malaysia baru. Maka kita semua terpaksa menerimanya sahaja.

“Saya setuju dengan YB Xavier, benarlah masyarakat India ini adalah minoriti tapi bukankah ada Menteri yang dilantik untuk menjaga golongan ini? Tidakkah? Oh kini kami kena berusaha kerana kerajaan ada kerja-kerja lain lebih penting daripada menjaga kepentingan pengundi?

“Terima kasih juga kepada YB kerana meminta kami jangan terlalu berharap untuk bekerja dengan kerajaan, memang peluang untuk kerja kerajaan ini tipislah, bukan begitu? Baiklah, kami faham sangat,” katanya.

Xavier seperti dilaporkan Malaysiakini berkata, lebih kurang 70 peratus masyarakat India di Malaysia masih berada di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM3,000.

Bagaimanapun kata Xavier, ini tidak seharusnya menjadi alasan kepada komuniti tersebut terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan sebaliknya perlu menceburi perniagaan dan juga peluang yang terdapat di sektor swasta.

Menurutnya, masyarakat India di Malaysia tidak boleh bergantung kepada peluang pekerjaan daripada kerajaan.

“Jangan fikir pasal kerajaan. Ada banyak peluang di sektor swasta.

“Kerajaan mengambil keputusan untuk melarang pekerja asing di sektor gunting rambut dan dobi. Belia kita mesti mengambil manfaat daripadanya,” kata Xavier.

Bagaimanapun pada masa sama jelas Xavier, kerajaan PH masih perlu berkerja keras untuk memastikan masa depan kaum India terjamin.
Xavier JayakumarJelas Subash, sememangnya pengundi India yang banyak mengundi PH selepas termakan janji-janji kerajaan bukan sahaja terpedaya sebaliknya perlu lebih celik selepas ini.

“Pada pemerintahan dulu, kerajaan BN telah mewujudkan ‘Malaysian Indian Blue Print’ untuk membela nasib Masyarakat India. Sememangnya pelbagai inisiatif serta usaha sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa ketika bagi memastikan kehidupan lebih terjamin.

“Tetapi mungkin kerana pengundi termakan dengan helah kumpulan ini yang kini sudah pegang kuasa. Ketika itu, ramai pengundi dalam kalangan kita tidak bersyukur sebaliknya banyak mencemuh dan mecari salah kita.

“Ketika awal-awal 4 Menteri dalam kalangan India diumumkan, rata-rata melompat sakan begitu bangga dengan kerajaan baharu ini yang begitu beria-ia mahu memberikan pengiktirafan kepada pimpinan masyarakat India. Sekarang? Bunyi pun tiada. Itulah realiti sebenar.

“Apa yang menyedihkan saya ketika ini apabila memikirkan tentang masyarakat India termasuk diri saya sendiri, kita terpaksa merayu sakan di negara sendiri bagaikan warga asing. Sedih, sangat menyedihkan. Kalau saya cakap, pasti ada yang terasa dan marah tapi inilah kebenaran pahit itu.

“Sedarlah, demi undi semata-mata, semuanya indah belaka. Bila sudah pegang tampuk, anda lihat sendiri ‘warna’ mereka. Ini baru tidak sampai dua tahun memerintah, bayangkan jika sudah bertahun?

Apakah sebenarnya nasib kita sudah terbela? Fikirkanlah,” ujarnya. –MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/xavier-terima-kasihlah-untuk-hadiah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadiah Deepavali Terbaik Buat Sivasangari Dalam Kejohanan Dunia

Hadiah Deepavali Terbaik Buat Sivasangari Dalam Kejohanan Dunia

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 347 hits
Kuala Lumpur 27 Okt Ia adalah hadiah Deepavali terbaik bagi jaguh skuasy wanita negara S Sivasangari apabila dia berjaya mara ke pusingan ketiga Kejohanan Wanita Dunia 2019 di Mesir pada Sabtu Pemain berusia 20 tahun ini yang mengejutkan pe...
Tadika Al Kauthar Terima Anak Istimewa Belajar Bersama Kanak Kanak Normal

Tadika Al Kauthar Terima Anak Istimewa Belajar Bersama Kanak Kanak Normal

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 551 hits
Tadika Al Kauthar Eduqids yang sudah beroperasi sejak tahun 2013 dan terkenal sebagai tadika berkonsep Islamik Menawarkan pendidikan pra sekolah untuk kanak kanak berusia 4 hingga 6 tahun termasuk program hafazan al Quran program Montessori...
Genap 2 Tahun Di Bawa Melawat Makam Nabi Hadiah Istimewa Buat Anaqi

Genap 2 Tahun Di Bawa Melawat Makam Nabi Hadiah Istimewa Buat Anaqi

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 276 hits
Mommy rasa macam baru dalam labour room Pejam celik dah menginjak dua tahun Aqeef Anaqi dan bakal jadi abang tak lama lagi View this post on Instagram A post shared by on Oct 18 2019 at 9 19am PDT Menurut Amyra Rosli melihat Aqeef Anaqi mem...
Anniversary Pernikahan Ke 5 Raffi Ahmad Dan Nagita Dapat Hadiah Istimewa

Anniversary Pernikahan Ke 5 Raffi Ahmad Dan Nagita Dapat Hadiah Istimewa

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 218 hits
Usia pernikahan Raffi Ahmad dan Nagita Slavina tak terasa sudah menginjak 5 tahun Raffi dan Nagita mendapat hadiah istimewa di anniversary pernikahan ke 5 mereka
Hadiah Dari Taiwan

Hadiah Dari Taiwan

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 357 hits
Assalamualaikum Annyeong Chingu Berjumpa lagi kita setelah sekian lama HAHHA Bulan lepas or dua bulan lepas aku ada join satu contest di salah satu travel blog Dan dengan izin Allah aku menang Alhamdulillah Dan finally hadiah tersebut sampa...
Komik Diberi Pada Presiden Xi Jinping Bukan Hadiah Rasmi Pm

Komik Diberi Pada Presiden Xi Jinping Bukan Hadiah Rasmi Pm

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 625 hits
Komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama yang disampaikan kepada presiden China Xi Jinping bukan hadiah rasmi dan diberikan tanpa mengikut prosedur kata Pejabat Perdana Menteri hari ini Di dalam komik tersebut tertera gambar Y...
Wow Atta Halilintar Beri Hadiah Rumah Mewah Untuk Satpam

Wow Atta Halilintar Beri Hadiah Rumah Mewah Untuk Satpam

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 288 hits
Baru baru ini Atta Halilintar kembali mencuri perhatian Atta memberikan hadiah sebuah rumah untuk orang yang membutuhkan
Resipi Maitake Goreng Bersama Pucuk Kacang Dan Telur Cendawan Istimewa Dari Jepun

Resipi Maitake Goreng Bersama Pucuk Kacang Dan Telur Cendawan Istimewa Dari Jepun

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 450 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Ok kali ini nak masuk dapur lagi lah untuk memasak dapur dah lama tak berasap ni Hari tu masa Maha pergi jalan kat Pasaraya AEON Nampak satu cendaw...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities