Air Mata Mantan Peguam Negara Gugur Di Mahkamah



 
Tan Sri Mohamed Apandi Ali gagal mengawal perasaan dan menangis ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes saman beliau terhadap Penasihat DAP Lim Kit Siang yang didakwa memfitnahnya dalam satu artikel berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.
Babak penuh emosi itu berlaku ketika Mohamed Apandi menjawab soalan peguamnya, M.Visvanathan pada hari ketiga perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar berhubung tempoh beliau menyandang jawatan Peguam Negara (AG) dari 2015 hingga 2018.
Soalan itu berkisar tentang artikel berita asing berhubung skandal tersebut yang dibangkitkan peguam Lim semalam dan Mohamed Apandi berkata ia adalah laporan berita The New York Times dan ditulis sejurus selepas sidang akhbarnya pada 26 Jan 2016.
Sebagai AG, Mohamed Apandi memikul dua tangggungjawab iaitu sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan dan pendakwa raya, jadi beliau tidak mempunyai masa untuk membaca akhbar tempatan atau luar negara.
“Sebagai pendakwa raya, terdapat beribu-ribu kertas siasatan di seluruh negara yang perlu saya teliti sebelum diagihkan kepada pegawai di negeri terbabit kecuali kes berprofil tinggi, saya begitu sibuk. Saya juga tidak dapat mengambil cuti kerana ini bukan satu tugas yang mudah. Ia sememangnya satu tanggungjawab yang amat berat dan telah menyebabkan kesihatan saya terjejas.
“Saya kini menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) disebabkan tekanan,” katanya.
Mohamed Apandi berkata beliau dilantik sebagai AG pada usia 65 tahun dan tidak memiliki jumlah tahun perkhidmatan yang mencukupi untuk menerima pencen penuh.
Anwar boleh berbual dengan siapa sahaja

“Itulah pengorbanan yang saya lakukan apabila saya diberi tugas sebagai AG dan jawatan AG bukan jawatan yang berpencen. Ia adalah jawatan kontrak.
“Terima kasih kerana membenarkan saya meluahkan semua ini. Saya pendam perkara ini, orang ramai mengutuk saya. Saya minta maaf, saya tak dapat teruskan,” kata beliau dengan air mata bercucuran di pipi sambil ditenangkan peguamnya.
Mohamed Apandi juga memaklumkan mahkamah bahawa beliau tidak pernah meminta atau melobi untuk menjadi AG.
“Ketika itu saya berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan tidak sabar untuk bersara apabila secara tiba-tiba saya dilantik sebagai AG,” katanya.
Mahkamah kemudian berehat selama sejam sebelum Mohamed Apandi meneruskan keterangannya.
Pada 5 Julai 2019, Mohamed Apandi menyaman Lim dan dalam penyataan tuntutan mendakwa pada 6 Mei 2019, Lim telah menulis dan membawa kepada penerbitan artikel bertajuk ‘Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity’ dalam Malaysiakini.
Beliau mendakwa perkataan berunsur fitnah dalam artikel itu membawa maksud bahawa beliau telah terlibat dalam jenayah dan bersubahat dalam skandal kewangan 1MDB, seorang individu yang tidak bermoral dan berintegriti, tikda beretika serta telah menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi AG.
Mohamed Apandi, yang menyandang jawatan AG dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018, mendakwa bahawa perkataan fitnah itu adalah tidak benar dan ditulis dengan niat mencemarkan imej serta kredibilitinya sebagai bekas AG Malaysia bagi meraih publisiti murahan.
Beliau menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta ganti rugi am sebanyak RM10 juta, perintah injunksi bagi menghalang Lim dan/atau ejennya daripada terus menerbitkan perkataan yang didakwa berunsur fitnah dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Perbicaraan bersambung esok.
The post Air Mata Mantan Peguam Negara Gugur di Mahkamah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/07/air-mata-mantan-peguam-negara-gugur-di-mahkamah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
P Pinang Sedia Ke Mahkamah Halang Kedah Kawal Bekalan Air

P Pinang Sedia Ke Mahkamah Halang Kedah Kawal Bekalan Air

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 219 hits
BAGAIMANA JIKA PENANG1 MENGGUNAKAN KELEBIHAN PELABUHANNYA 2 MENGGUNAKAN KELEBIHAN LAPANGAN TERBANGNYA3 PENGANGKUTAN KERETAPINYA DAN PELABUHANNYA March 25 2021 Pulau Pinang mengambil air mentah dari Sungai Muda di Lahar Tiang Kepala Batas GE...
Bagaimana Kerajaan Tangani Masalah Air Negara

Bagaimana Kerajaan Tangani Masalah Air Negara

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 806 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Gangguan bekalan air sering menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat susulan pelbagai isu yang timbul khususnya berkaitan pencemaran sejak beberapa tahun lepas Mana tidaknya pencemaran air yang bol...
Video Gadis Sebak Tak Dapat Tahan Air Mata Bapa Hadiahkan Gelang Dalam Kotak Mask

Video Gadis Sebak Tak Dapat Tahan Air Mata Bapa Hadiahkan Gelang Dalam Kotak Mask

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 235 hits
Kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah kekal selamanya Walaupun semakin meningkat dewasa kasih ibu bapa tiada tandingannya kepada anak anak Tiada semua dari kita datang dari keluarga yang senang Namun begitu ibu bapa sebolehnya berusaha men...
Sebelum Ni Fobia Nak Tengok Upt Air Mata Gembira Isteri Selepas 9 Tahun Tunggu

Sebelum Ni Fobia Nak Tengok Upt Air Mata Gembira Isteri Selepas 9 Tahun Tunggu

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 328 hits
Penantian selama 9 tahun untuk menimang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangga berakhir dengan air mata kegembiraan buat seorang isteri selepas melihat sendiri alat ujian kehamilan yang menunjukkan dua garis Ucapan syukur dan air ma...
Berjurai Air Mata Teringat Masakan Arwah Isteri Semuanya Sedap Yang Ada Pasangan Nikmatilah Ramadan Ini

Berjurai Air Mata Teringat Masakan Arwah Isteri Semuanya Sedap Yang Ada Pasangan Nikmatilah Ramadan Ini

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 361 hits
Bukan mudah untuk lalui hidup tanpa pasangan yang di cintai namun demi anak anak mereka terpaksa kuatkan hati menempuhi segalanya Begitulah kisah yang dikongsi oleh En Khairul atau mesra dipanggil Super Daddy Segalanya berubah setelah pemer...
Short Pas Umno Bersatu Hasil Linangan Air Mata

Short Pas Umno Bersatu Hasil Linangan Air Mata

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 177 hits
WACANA SINAR 246 8 APRIL 2021 Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri 246 bertajuk PN atau MN Mana satu pendirian Pas bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI https bit ly 3fSLWqx Muzik ww...
Dia Memang Sudah Berada Di Luar Negara Kpn Gesa Muhammad Sajjad Kamaruzzaman Balik Dan Hadapi Tuduhan Di Mahkamah

Dia Memang Sudah Berada Di Luar Negara Kpn Gesa Muhammad Sajjad Kamaruzzaman Balik Dan Hadapi Tuduhan Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 434 hits
528 total views 528 views today Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menggesa lelaki bernama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berhenti menyembunyikan diri dan berdepan dengan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam Beliau berkata tinda...
Air Kotor Dan Menyedihkan Lelaki Ini Kecewa Lihat Keadaan Zoo Negara Tidak Diselenggara

Air Kotor Dan Menyedihkan Lelaki Ini Kecewa Lihat Keadaan Zoo Negara Tidak Diselenggara

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 274 hits
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini VOCKET Sebelum ini Zoo Negara dikhabarkan hanya mampu bertahan hingga April kerana bekalan kewangan yang tidak mencukupi Berikutan itu orang ramai mula menyalurkan ...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan