Berjurai Air Mata Teringat Masakan Arwah Isteri Semuanya Sedap Yang Ada Pasangan Nikmatilah Ramadan Ini
Bukan mudah untuk lalui hidup tanpa pasangan yang di cintai, namun demi anak-anak mereka terpaksa kuatkan hati menempuhi segalanya. Begitulah kisah yang dikongsi oleh En Khairul atau mesra dipanggil Super Daddy.
Segalanya berubah setelah pemergian isteri tercinta akibat jangkitan kuman 3 tahun yang lalu. Tentu sekali hari-hari yang dilalui terasa sunyi, lebih sunyi terutama bulan ramadan di mana bulan inilah ahli keluarga banyak meluangkan masa bersama untuk beribadah. Nasihat beliau pada yang masih punya pasangan, hargailah sementara masih ada masa.
Angkat takbir terawih tadi air mata berjurai. Entahlah.
Ini tahun ke-3 dah bersendirian dengan anak-anak. Tahun pertama waktu arwah pergi, memang struggle lah nak terawih ni. Baby waktu tu baru 7 bulan. Kejap-kejap merengek. Abang-abang dia pun baru 2 dan 4 tahun.
Tahun ke-2 macam lega sikit, tapi masih banyak gangguan lagi. Cuma tahun ke 3 ni dah ada makmum 3 orang kat belakang.
Tapi sempat 2 rakaat jer pun, 2 orang dah bertebaran serata alam. Tinggal sorang jer sampai rakaat ke 5 lepas tu dia pun hanyut bertebaran bersama abang dan adik dia.
Tinggallah aku seorang diri buat sampai habis.
Tiga tahun sambut ramadan dan syawal tanpa orang yang kau sayang ni memang syahdu habis. Sentiasa terbayang sosok dia yang sibuk uruskan sahur dan berbuka.
Sahur sentiasa makan best.
Sejak dia takde aku sahur kurma jer. Turun dapur, walau ada nasik atau apa sahaja makanan lain memang aku tak lalu nak makan. Sunyi wehh duduk sorang kat dapur tu. So aku cepat-cepat jer minum dan makan sikit dan terus naik ke bilik.
Kau yang masih ada pasangan tu, nikmatilah Ramadan ini dengan sebaiknya. Seronok dapat solat bersama, berbuka dan bersahur bersama. Dan salinglah bantu membantu yer. Nanti bila seorang dah tak ada, taklah kau rasa terkilan sangat.
Begitulah.
Aku nak paksa anak-anak bangun sahur pagi nanti. Tak taulah berjaya ke tidak. Aku cubalah.
Anyway, Ramadan Kareem dan Selamat Berpuasa buat semua rakan-rakan di FB, semoga segala amalan kita diterima olehNya.
#superdaddy
Kredit:Khairul Abdullah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Berjurai Air Mata Teringat Masakan Arwah Isteri, Semuanya Sedap” Yang Ada Pasangan, Nikmatilah Ramadan Ini appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/berjurai-air-mata-teringat-masakan-arwah-isteri-semuanya-sedap-yang-ada-pasangan-nikmatilah-ramadhan-ini/