Air Kolam Banyak Kuman Seronok Mandi Lepas Tu Cirit Birit Kasihan Anak
Bila kita pergi bercuti, memang seronolah anak-anak kan? terutamanya bila di hotel ada kolam renang. Memang tak senang duduk dibuatnya anak-anak kesayangan tu. Sekejap-sekejap dia tanya bila boleh mandi pool kan?
Artikel Menarik: [Tengok Ardell Menangis, Anak Cium & Lap Air Mata Nak Pujuk. So Sweet Urwa!]
Nak seronok tu boleh tapi kena utamakan keselamatan di kolam renang juga. Takut terjadi kemalangan yang tak diingini pula. Selain risau anak lemas, ada juga beberapa perkara lain yang perlu mama papa titikberatkan.
Ikuti penjelasan dari Dr. Ahmad Luqman Bukhari mengenai hal ini;
Risau betul bila jumpa anak-anak kecil jatuh sakit lepas mandi kolam! Musim orang semua tengah bercuti ni lagilah banyak kes macam tu.
Kadang tu ada mak ayah yang datang beritahu anak dah beberapa hari demam panas tak kebah kebah. Lembik lesu tubuh kecil budak tu.
ANAK MUNTAH, CIRIT-BIRIT & TAK LALU MAKAN LEPAS MANDI KOLAM
Ada yang terbatuk-batuk, cirit birit, sakit perut memanjang sampaikan hilang selera nak makan lepas mandi kolam. Ni semua sebenarnya boleh jadi akibat Recreational Water Illness (RWI).
Sebab tu kena berjaga jaga sikit bila pergi ke kolam mandi ni. Lagi pulak bila dah ramai sangat masuk mandi kat situ. Tak mustahil najis dan air kencing bercampur sekali kat situ. Memang beranak pinak lah kuman kat dalam tu.
BANYAK KUMAN DALAM AIR KOLAM
Ada banyak jenis kuman dalam air kolam tu.
Ada E. Coli (yang jadi punca cirit-birit), Legionella (punca jangkitan pada salur pernafasan) dan macam macam jenis lagi. Chemicals dalam pools pun boleh efek mata dan kulit.
MATA MERAH-MERAH & RASA PEDIH
Benda ni kalau termasuk ke mata, akhirnya mata jadi pedih dan merah menyala.
Kalau terminum air kolam tu hingga masuk ke saluran penghadaman, tak pasal pasal si kecil terkena cirit-birit.
Bila air kolam bersentuh dengan tubuh anak kita lebih lebih lagi mana yang ada luka luka pada badan, terus kuman tu masuk melalui pembuluh darah.
Artikel Menarik: [Anak Tak Sihat, Tak Perlu Bawa Keluar Rumah, Ajar Cakna Kesihatan Diri]
Jadi nak elakkan penyakit ni semua, tolong sama sama amalkan 3 panduan penting ni:
1️. Sebelum nak masuk mandi atau lepas keluar je dari kolam mandi tu, make sure bilas badan si kecil dengan air bersih.
2. Jangan bagi anak mandi kolam kalau dia tengah cirit-birit. Mana yang masih pakai pampers, tukarkan selalu pampers dan bersihkan elok elok. Yang dah pandai ke tandas, ajaklah dia ke tandas bila nak buang air.
3️. Pesan pada anak, jangan telan air kolam tu. Ingatkan berulang-ulang kali pun tak apa.
Tolong share paduan penting ni dengan kawan-kawan yang lain tau. Jika tiba tiba anak jatuh sakit jugak lepas mandi kolam (naudzubillah), lekas bawa si kecil tu ke fasiliti kesihatan untuk rawatan.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Air Kolam Banyak Kuman, Seronok Mandi Lepas Tu Cirit-Birit. Kasihan Anak! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/air-kolam-banyak-kuman-seronok-mandi-lepas-tu-cirit-birit-kasihan-anak/