Pantang Nampak Air Banyak Kelebihan Bila Anak Selalu Main Air Biarkan
Asal sahaja nampak kolam depan mata, anak-anak mana yang hanya mampu melihat sahaja. Pasti terlompat-lompat mahu terjun. Begitulah lumrah kanak-kanak yang begitu suka bermain dengan air.
Mengapa anak begitu suka dengan air? Ini yang dikongsikan Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim. Namun dalam membiarkan anak mandi, kita pantaulah sebaik mungkin. Jangan leka bila anak dalam kolam.
Kenapa anak suka sangat main air?
Tertanya-tanya kenapa la budak-budak ni tak boleh nampak air. Suka benar. Kalau dapat berendam tu, sampai pucat lesi kulit pun tak nak keluar lagi.
Sebenarnya kalau nak tahu, anak-anak yang suka main air ni dia rindu perasaan tenang & selesa semasa di dalam perut ibunya 9 bulan 10 hari.
Sebab tu la, rata-rata anak kecil akan suka main air. Bukan suka-suka nak main tapi mengamit memori tenang & selesa tu.
Tambahan pula, main air ni bagus untuk perkembangan mereka.
1. Main air menguatkan koordinasi tangan & mata.
2. Main air juga memperkenalkan konsep sains pada anak.
3. Main air meningkatkan fokus dan konsentrasi.
4. Main air membina motor skil and sensori exploration
5. Main air juga membina sosial & komunikasi skil
Apa lagi, bawa la anak-anak pergi main air.
Kebaikan berenang
Menghilangkan rasa takut pada air
Ramai kanak-kanak tidak mahu berenang kerana takut air, jadi sebaiknya anda perkenalkan aktiviti sebegini sejak usia dini anak-anak supaya mereka lebih berani untuk mencuba aktiviti di dalam air.
Keseronokkan baru
Bermain tidak semestinya di bilik atau taman sahaja. Kolam renang juga boleh menjadi tempat untuk anda bermain dengan gembira.
Merangsang gerakan motor kasar
Dengan bermain air, otot-otot anak anda berkembang dan pertumbuhan badannya meningkat. Dengan kata lain kompenan badan kanak-kanak akan terlatih dengan aktiviti renang kerana semua anggota badan bergerak mulai dari kaki, tangan hingga kepala walaupun Teknik gerakan mungkin belum cukup sempurna.
Pupuk rasa berani dan yakin diri
Berenang mendorong anak menjadi lebih berani, yakin diri dan memiliki rasa percaya diri yang tinggi. Ketika berenang, mereka dapat menggerakkan anggota badan mereka dengan sendiri. Aktiviti sebegini pastinya memerlukan keberanian buat si kecil anda. Berikan kata-kata semangat agar mereka dapat lakukan dengan baik tanpa rasa takut.
Menarik: Nak Jadi Macam Kakak, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Biasakan Anak Dengan Taekwondo
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Pantang Nampak Air, Banyak Kelebihan Bila Anak Selalu Main Air, Biarkan! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/pantang-nampak-air-banyak-kelebihan-bila-anak-selalu-main-air-biarkan/