Aip Sinki Tercabut Cuba Pelekat Kuat Flex Tape Waterproof
hai assalammualaikum
Batang Paip Sinki Pulak Tercabut, Cuba Guna Pelekat Kuat Flex Tape Waterproof - Lepas satu, satu masalah datang ye. Kalau datang waktu hari biasa takpe la pulak, ni dia datang sekali waktu Perintah Kawalan Pergerakan. Lepas paip bocor bawah tanah, batang paip sinki pulak tiba-tiba patah pulsk. Patah sendiri ya, tak tau kenapa dia nak patah. Pergi dapur tengok, hilang dah batang paip sinki. Sudahnya nak tutup guna batang lilin untuk sementara waktu. Lepas tu nampak pelekat kuat untuk lekat barang dkat dinding, beli tiga dapat percuma pelekat flex tape waterproof. Apa lagi terus beli.
Ni la dia Pelekat Kuat Flex Tape Waterproof. Korang mesti pernah nampak iklan tape ni lalu dekat facebook. Pelekat kuat yang boleh menutup bocor, tak kira tong bocor ke, paip bocor ke, apa-apa yang menyebabkan berlubang dan bocor. Terus tak fikir apa, bila tau dapat percuma pelekat ni, terus beli. Lagipun memng nad nak beli pelekat untuk dekorasi dinding tanpa perlu drill. Dia jual pun ok la, 3 tape percuma tape waterproff ni RM69..okla..
Ada pilihan masa ni, nak bayar masa dapat barang atau bayar online. Waktu PKP ni tak tau la , takut pulak kene tipu, hahaha..Jadi nad mintak hantar barang dulu baru bayar. Ada la cash dekat dompet. Jadi dia hantar guna Ninja Van, pastu bayar dekat orang Ninja Van tu. Cepat juga, order harini, esoknya dah dapat.
Flex Tape Waterproof pita kalis air yang kuat dan getah yang segera menutup air, udara dan kelembapan untuk mewujudkan penghalang kalis air yang fleksibel. Memang kuat gam dia. Dapat je terus buat eksperimen dekat paip sinki tu.
Paip sinki ni bukan patah yang boleh ditukar paip lain. Dia patah batang, dan ada sebahagian batang dia tertingal dalam lubang tu. Tu yang susah nak ganti paip lain. Terpaksa sumbat batang lilin dulu. Siap buat aliran untuk air tu keluar
Mr mafia buat, sumbat dengan batang lilin, kemudian tutup dengan Flex Tape Waterproof ni. Okla dia tak keluar air, cuma masalahnya, air keluar ikut bawah, tak pasti kenapa. Tapi nad rasa tape ni memang berfungsi dengan baik. Mungkin lubang dekat sinki ni ada la yang tak kena mana-mana.
Cara guna senang je. Sama macam double tape. Gunting ikut besar mana tempat bocor korang nak tutup. Buang pelekat dan terus tampal.
Gam dia memang kuat gila. Tapi nad tutup dengan dinding basah, kena biarkan kering dulu, baru dia lekat elok. Kalau tak lari juga.
Guna pelekat ni memang elok, dia tahan air daripada keluar, tapi air dekat sinki ni nak keluar pulak ikut bawah, tak tau macam mana kan. Sementara la kan waktu PKP ni. Yela nak panggil orang tak dapat, sudahnya guna la cara macam ni dulu. Tutup dengan batang lilin dan tampal Flex Tape Waterproof ni.
Tapi memnag elok Flex Tape Waterproof ni, serius nad cakap. Dahla tebal, fleksibel, getah yang sesuai dengan bentuk atau objek apa pun, bersama dengan pelekat tambahan yang tebal, super melekat yang membentuk ikatan super kuat. Pita Flex boleh digunakan panas atau sejuk, basah atau kering, walaupun di bawah air. Boleh menutupi retakan, jurang dan lubang yang besar
Flex Tape adalah tahan UV, mesra alam - VOC-Percuma dan mempunyai julat suhu yang luas supaya dapat digunakan dalam keadaan cuaca apa sekalipun. Boleh baiki apa sahaja.
Ciri-ciri Flex Tape Waterproof
- segera atasi kebocoran
- pelekat super kuat
- tebal
- sesuai diguankan untuk apa sahaja walaupun di bawah air
Sesuai untuk
- Home Repairs dan DIY Projek
- Marine dan Water sports
- Outdoor dan Camping Gear
- Automotive dan Mechanical
- Industrial dan Farm Equipment
Cepat-cepatla habis PKP ni. Oh korang kalau mencari pelekat ni, boleh ke Kelab Kaki Deko Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2020/04/aip-sinki-tercabut-cuba-pelekat-kuat.html