Ainul Semakin Aktif Perkembangan Kesihatan Konsisten Berat Dah Capai 5 Kilogram
Agak lama tidak mendengar perkhabaran mengenai adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin. Bayi comel yang kini beransur pulih selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulut pada hari raya Aidilfitri lalu dilihat semakin sihat dan membesar dengan baik.
Lama Ainul tak bersiaran
Bapa Ainul, Ahmad Safiuddin ada memuat naik wajah terbaru anak sulungnya itu yang comel berbaju kuning dan nampak sihat seperti bayi-bayi seusia dengannya.
Perkembangan baik walaupun perlahan
Menerusi kapsyen yang dinyatakan oleh bapa Ainul, dia memberitahu perkembangan kesihatan Ainul konsisten walaupun agak perlahan.
Selain itu, Safiuddin juga sempat memohon agar orang ramai sama-sama mendoakan kesihatan anaknya terus bertambah baik bagi membolehkan dia bernafas dan makan seperti biasa tanpa bantuan daripada tiub sokongan.
View this post on Instagram
Alhamdulillah. Ainul Mardhiah sentiasa dalam keadaan sihat. Sentiasa dalam jagaan Allah SWT. . Mama dan Walid tak ada pun Ainul boleh berdikari sendiri. Tak susahkan sesiapa pun. Anak yang sangat cerdik. Semakin hari semakin banyak improvement dari Ainul. Terima kasih juga kepada @gymcademy yang bantu Ainul dan tak jemu mengajar Ainul perkara perkara baharu
. . Maaf sebab lama sangat tak update kisah Ainul Mardhiah
A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on Dec 28, 2019 at 2:47am PST
Ainul mula buat terapi otot badan
Menerusi perkongsian di instagram ibu Ainul, Nurul Erwani, Ainul kini sedang melakukan terapi untuk menguatkan otot badannya agar perkembangannya lebih baik.
“Alhamdulillah. Ainul Mardhiah sentiasa dalam keadaan sihat. Sentiasa dalam jagaan Allah SWT.
“Mama dan Walid tak ada pun Ainul boleh berdikari sendiri. Tak susahkan sesiapa pun. Anak yang sangat cerdik. Semakin hari semakin banyak improvement dari Ainul.
“Terima kasih juga kepada @gymcademy yang bantu Ainul dan tak jemu mengajar Ainul perkara perkara baharu”, kongsinya.
Berat Ainul dah capai 5 kilogram
Memandangkan masalah kesihatan yang dialami sebelum ini berat Ainul juga agak perlahan naik. Namun selepas pembedahan nampak perubahan yang ketara pada selera makannya walaupun agak terhad dan tidak seperti bayi lain.
Menurut Safiuddin, Ainul dah capai 5 kilogram sekarang dan mereka sekeluarga bersyukur.
“Alhamdulillah makin membesar anak mama dan walid ni. Semoga terus sihat dan sentiasa memberi senyuman buat semua orang,” jelasnya.
View this post on Instagram
Seronok Ainul dapat main sama-sama
A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on Nov 30, 2019 at 6:54pm PST
Sehubungan itu, orang ramai memanjatkan doa agar Ainul terus sihat seperti kanak-kanak seusia dengannya.
“Seronok tengok Ainul sekarang. Dah makin sihat, cergas dengan izin Allah.”
“Semoga sihat sepenuhnya Ainul sayang dan sentiasa dalam jagaan Allah.”
Sumber : Ahmad Safiuddin & Nurul Erwani
The post Ainul Semakin Aktif. Perkembangan Kesihatan Konsisten & Berat Dah Capai 5 Kilogram appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ainul-semakin-aktif-perkembangan-kesihatan-konsisten-berat-dah-capai-5-kilogram/