Ahmad Nawab Malaysia Truly Asia Jadi Mangsa Politik


Nadia Azam  
   
WAWANCARA | Menjadi satu kebanggaan dan kepuasan buat komposer terkemuka, Ahmad Nawab, apabila dirinya dipilih untuk menyumbangkan karya sempena kempen mengalakkan pelancongan datang ke negara ini pada 1992

Hasil kreativiti beliau, maka lahirlah lagu yang diulang-ulang sepanjang masa kempen berkenaan, iaitu Malaysia Truly Asia.

Tidak cukup dengan itu lagu berkenaan dirakam dalam 17 bahasa berbeza bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi percutian terunggul.

Kata Ahmad, detik itu boleh dianggap antara pencapaian tertinggi beliau dalam kerjaya sebagai anak seni.

Namun, kebanggaan itu, menurutnya, tidak bertahan lama apabila kini lagu itu tidak lagi berkumandang di radio atau televisyen.

“Yang hanya bersisa didengari sekarang cuma bahagian ekornya: Malaysia Truly Asia.... saja," katanya.

Kenyataan itu dibuat kepada Malaysiakini ketika negara berada di ambang satu lagi kitaran kempen tahun melawat Malaysia.

Hati jadi tawar
"Saya kecewa, tak patut buat begitu. Itu lagu anak Melayu pertama dirakam di luar negara.

“Semasa merakamkan lagu tersebut, orang luar berkata mereka tak pernah pergi Malaysia, tapi sebaik dengar saja lagu ni, mereka diibarat sudah sampai ke sini,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Gombak baru-baru ini.

Untuk rekod, lagu Malaysia Truly Asia - yang dinyanyikan Khatijah Ibrahim - dirakam antaranya dalam bahasa Korea, Jepun, Rusia, Itali, Arab, Turki, Perancis, Jerman, China dan Sepanyol.

Menambah kecewa, Ahmad - atau nama penuhnya Ahmad Khan Nawab Khan - mendakwa lagu Malaysia Truly Asia disisihkan akibat dipolitikkan pihak tertentu.
Seniman negara yang kini berusia 87 tahun itu berkata, faktor sedemikian juga membuatkan hatinya kian tawar untuk menggubah lagu.

“Sekarang saya kurang menggubah lagu. Faktor ini timbul mengikut keadaan perkembangan muzik tempatan. Antaranya disebabkan senario dunia seni tanah air bercampur politik.

“Yang saya nampak, sesuatu lagu akan masuk tong sampah apabila kerajaan bertukar pentadbiran. Sebenarnya ada lagu tak ada kena-mengena dengan politik sebab ia dihasilkan untuk rakyat.

“Sayang terbuang begitu saja, lainlah kalau lagu tu tak dapat sambutan,” katanya.

Bagaimanapun, anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata, beliau tidak berminat untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang ‘merosakkan’ karya ciptaannya itu.

Mengenangkan seniman sehebat Allahyarham P Ramlee pun boleh dilupakan sesetengah orang, ada sebab untuk Ahmad merisaukan nasibnya pada masa kini dan akan datang.

“Sedangkan, P Ramlee pun orang tak ingat, tak peduli, macam mana saya nak cerita pasal diri saya?” katanya.

Wawancara 1: Bertahun Ahmad Nawab pendam kecewa



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/ahmad-nawab-malaysia-truly-asia-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Peserta Malaysia Bakal Berentap Di Golden Memories Asia

4 Peserta Malaysia Bakal Berentap Di Golden Memories Asia

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 893 hits
Setelah berjaya menggelar program pencarian bakat D Academy Asia buat julung kalinya pihak Indosiar membuat satu program pencarian bakat bertingkat asia yang diberi nama Golden Memories Asia Golden Memories Asia merupakan satu program penca...
Malaysia Perlu Pemimpin Lebih Utama Daripada Ahli Politik

Malaysia Perlu Pemimpin Lebih Utama Daripada Ahli Politik

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 443 hits
NIK BAKRI NIK MAT DALAM keadaan politik yang tidak menentu di Malaysia hari ini antaranya para pemimpin kerajaan tidak menghormati di antara satu dengan yang lain sebagai contoh isu terkini berkait dengan pelantikan individu transgender seb...
Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2019 Malaysia Raih Tempat Ketiga

Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2019 Malaysia Raih Tempat Ketiga

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 603 hits
Skuad hoki negara meraih tempat ketiga dalam kejohanan hoki Piala Asia dalam dewan selepas menumpaskan pasukan Uzbekistan di Chonburi Thailand Pasukan negara sebelum itu terlepas tiket ke Piala Dunia 2021 selepas tewas kepada Kazakhstan di ...
Tragedi Pesawat Mh17 Genap 5 Tahun Malaysia Akan Terus Cari Keadilan Untuk Mangsa

Tragedi Pesawat Mh17 Genap 5 Tahun Malaysia Akan Terus Cari Keadilan Untuk Mangsa

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 284 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kedudukan Teks Truly Asia Dalam Logo Dikritik

Kedudukan Teks Truly Asia Dalam Logo Dikritik

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 262 hits
Logo kempen Melawat Malaysia 2020 yang dilancarkan semalam mendapat kritikan warga maya berikutan perkataan Truly Asia yang dianggap berada pada kedudukan tidak sesuai Seorang pemilik akaun Twitter Elida Bustaman yang memuat naik status dal...
Indeks Kebebasan Media 2019 Malaysia Berada Di Tangga Pertama Di Asia Tenggara

Indeks Kebebasan Media 2019 Malaysia Berada Di Tangga Pertama Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 397 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Malaysia Airlines Purely Local Delights

Malaysia Airlines Purely Local Delights

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 393 hits
Malaysia Airlines Purely Local Delights Enjoy One way Domestic Fares from MYR 69 when you buy 2 tickets and even lower fares from RM59 when you buy 4 tickets form Malaysia Airlines Offer valid from now till 19th JulMalaysia Airlines Maybank...
Green Parks Spacious Homes Weekend Thrills Laman Sendayan 2 Has It All

Banyak Kena Paham

Pisp Program Ijazah Sarjana Perguruan Di Ipg

Laman Sendayan 2 Kediaman Eksklusif Dengan Perbandaran Lengkap Bertaraf Dunia

Anak Takut Sunat Ibu Ayah Kena Tahu Cara Pujuk

Larang Minum Arak Di Pulau Pulau Di Thailand

Umno S Ethno Religious Agenda Caused Mca Mic Decline Urimai

Tempat Menarik Di Pulau Pinang Tropical Spice Garden Di Teluk Bahang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Orodesign Platform Jual Beli Emas Fizikal Yang Terus Menerima Kepercayaan Rakyat Malaysia

Rebut Peluang Hebat Di Laman Sendayan 2 Sebelum Terlambat

Diam Bukan Kalah Tapi Tenang

Mingguan Startup Drama Atau Perubahan Besar Anda Tentukan

Nama Shila Amzah Dipamer Di World Expo Osaka Peminat Tuntut Gelaran Datuk

Kelantan Polis Tahan Jiran Bantu Siasatan Warga Emas Hilang Barang Kemas Rm300 000