4 Peserta Malaysia Bakal Berentap Di Golden Memories Asia
Setelah berjaya menggelar program pencarian bakat D'Academy Asia, buat julung kalinya pihak Indosiar membuat satu program pencarian bakat bertingkat asia yang diberi nama "Golden Memories Asia".
Golden Memories Asia merupakan satu program pencarian bakat menyanyi lagu-lagu nostalgia di era tahun 1970 hingga 2000an. Program ini bakal berlangsung pada awal bulan September dengan seramai 24 Peserta yang berasal dari 6 buah negara asia iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Filipina dan Timor Leste.
Sumber dari Instagram @pakngahproduction
Pada 6 Julai 2019 yang lalu, Pak Ngah Production telah membuat satu sesi ujibakat untuk memilih peserta yang bakal mewakili Malaysia untuk ke GOMES ASIA. Antara penyanyi yang hadir untuk mencuba nasib sebagai peserta, Farhan AF, Farawahida, Linda EVA, Elda Susanti, Akma AF, Nubhan AF, Zahid AF dan Ezlynn.
Berikut adalah 4 peserta yang berjaya mewakili Malaysia untuk bertarung di Golden Memories Asia
1. Asiahtunakma Bt Abdullah
Asiahtunakma Bt Abdullah atau lebih dikenali sebagai Akma sebelum ini pernah mengikuti program nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga suatu masa dahulu. Setelah beliau kembali memeriahkan semula industri muzik Malaysia, beliau ingin mencuba memperluaskan namanya ke negera jiran dengan menyertai Golden Memories Asia.
2. Mohd Azim Bin Kamaruzzaman
Mohd Azim Bin Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Azim mula menyanyi sejak berusia 11 tahun dengan hanya menyertai pertandingan kecil-kecilan sahaja. Beliau pernah berputus asa mengejar impian nya untuk menjadi penyanyi pada tahun 2012 selepas beliau gagal dalam pemilihan sebagai Protege Ramlah Ram untuk Mentor 6. Bukan itu sahaja, beliau juga pernah pergi ke audition Akademi Fantasia sebanyak 8 kali dan terpilih ke final stage dan beliau gagal untuk pemilihan akhir. Sejak itu beliau kurang menyertai pertandingan nyanyian dan hanya menyanyi di karaoke untuk menghiburkan hati dan kawan-kawan. Menurut beliau, percubaan di GOMES ASIA ini hanya sekadar mencuba nasib sahaja, Alhamdulillah terpilih sebagai peserta ibarat mimpi yang sukar digapai tetapi menjadi kenyataan.
3. Farawahida Bt Razali
Farawahida Bt Razali atau lebih dikenali sebagai Farawahida mula menceburi dalam bidang nyanyian pada tahun 2004. Penyanyi yang popular dengan lagu "Tanpamu" ini pernah mengikuti satu program nyanyian yang menampilkan penyayi-penyanyi lama iaitu Gegar Vaganza 5 tetapi tersingkir pada Konsert Suku Akhir. Penyanyi kelahiran Taiping, Perak itu, tak kenal erti putus asa kini beliau mencuba nasib di audition GOMES ASIA, Alhamdulillah beliau terpilih menjadi salah seorang peserta.
4. Shah Iran Bin Shahdan
Shah Iran Bin Shahdan atau lebih mudah disapa Eranzz. Beliau telah mencuba nasib untuk mewakili Malaysia dalam Golden Memories Asia dan bersedia untuk meraih gelaran Juara di program nyanyian tersebut.
Jangan lupa saksikan Golden Memories Asia hanya di Indosiar bermula awal bulan September 2019 di www.vidio.com .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://najmi-faiq.blogspot.com/2019/08/PesertaMalaysiaGoldenMemriesAsia.html