Malaysia Perlu Pemimpin Lebih Utama Daripada Ahli Politik


NIK BAKRI NIK MAT

 
  DALAM keadaan politik yang tidak menentu di Malaysia hari ini, antaranya para pemimpin kerajaan tidak menghormati di antara satu dengan yang lain sebagai contoh isu terkini berkait dengan pelantikan individu transgender sebagai wakil CCM tanpa pengetahuan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan.Isu ekonomi negara yang celaru sehingga dalam tempoh 400 hari sudah RM20 bilion aset negara dijual dan bermacam-macam isu rakyat yang tidak terbela. Maka kita selaku rakyat Malaysia yang mencintai Negara Malaysia sebenarnya mesti mengakui bahawa “kita amat memerlukan seorang pemimpin negara bukan seorang ahli politik semata-mata apatah lagi mengharapkan ahli politik yang telah terpalit dengan pelbagai masalah peribadi dan terlibat dengan segala bentuk fitnah serta penipuan terhadap rakyat”
 Malaysia hari ini diwarnai dengan politik fitnah, politik penipuan, politik kebencian, politik jijik dan keji serta politik hasutan yang mana semuanya itu akhirnya akan membebankan rakyat kerana semua itu hanyalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan ahli politik tertentu tanpa fokus kepada kebajikan rakyat yang terbeban dengan ekonomi yang semakin parah
 Maka fahamilah wahai rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam dan begitu juga rakyat non-Muslim yang masih mengharapkan keadilan yang sebenar bahawa sudah sampai masanya kita mencari seorang pemimpin bukan seorang ahli politik semata-mata
 Oleh itu, telah sampai masanya rakyat menyedari bahawa PAS memiliki saf kepimpinan yang mampu untuk memenuhi kehendak rakyat dan Negara Malaysia masa kini sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan pemimpin yang benar-benar membangunkan negara dengan konsep Raja Berperlembagaan dan Islam sebagai Agama Persekutuan. Janganlah lagi kita menggadaikan kedaulatan, keselamatan, kemakmuran negara kepada golongan ahli politik yang semata-mata mencari keselesaan kaum sendiri tanpa memikirkan rakyat sebagai contoh apa yang berlaku di Pasir Gudang dan apa yang berlaku kepada arwah Adib
 Sebagai contoh satu fakta yang tidak mampu untuk dinafikan oleh semua pihak iaitu tokoh utama di kalangan pemimpin PAS dari sudut kepimpinan ialah Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebagai Menteri Besar Kelantan dalam masa yang sama memimpin masyarakat dengan suatu contoh kesederhanaan, amanah dan sangat berintegriti, ini kerana sepanjang pentadbiran beliau tidak ada satupun kes rasuah berlaku termasuk juga kepada semua exco dan pegawai kerajaan
 Sekarang PAS memiliki Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seorang tokoh yang sangat berilmu dan berwibawa bertaraf ulama dan ahli akademik yang diiktiraf di peringkat dunia. Sebagai seorang pemimpin parti yang amat disegani oleh pendukung dan pengikut bukan kerana kedudukannya tetapi kerana kesederhanaan hidup yang ditunjukkan oleh beliau. Beliau juga merupakan ahli politik yang memiliki pengalaman luas di peringkan Dun dan Parlimen
 Memiliki ciri kepimpinan dari sudut istiqamah dengan perjuangan dan dasar-dasar perjuangan dan tidak pernah berubah tetap konsisten dengan parti tidak sebagaimana sesetengah ahli politik yang sehingga hari ini keluar masuk parti, melompat parti, menubuhkan parti baru demi kuasa dan kedudukan dan seribu satu keadaan yang menunjukkan bahawa mereka tidak konsisten, tidak teguh dengan dasar perjuangan sehingga kita tertanya-tanya apakah sebenarnya dasar yang sedang mereka perjuangkan
 Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dari sudut sejarah telah bergerak aktif dalam bidang politik semenjak tahun 1982 sehingga kini lebih kurang 37 tahun lebih namun tidak pernah keluar masuk parti, jauh sekali melompat ke parti itu dan parti ini. Inilah ciri-ciri pemimpin yang sebenar iaitu istiqamah dan konsisten dengan apa yang diperjuangkan
 Berpengalaman sebagai Adun dan ahli parlimen selama 15 tahun lebih semenjak tahun 2004 hingga kini. Jika pemimpin sebegini dipilih sudah tentu rakyat akan dibela dan dilayan dengan penuh keadilan dan rasa hormat kepada rakyat. Beliau telah memimpin parti PAS sebagai Presiden selama 16 tahun lebih semenjak tahun 2003 sehinggi kini. Satu pengalaman yang cukup untuk mentadbir negara
 Dasar yang TGHH bawa dalam PAS atau Konsep Perjuangan PAS ialah ‘Muwajahah Silmiah (berdepan secara damai) dan terkini ditambah pula dengan BPMS (Budaya Politik Matang dan Sejahtera). Maka dengan kepimpinan beliau, PAS telah banyak bekerjasama termasuk atas konsep tahaluf siyasi (persefahaman politik) begitu juga dengan taawun siyasi (kerjasama politik) dengan banyak pihak
 Antaranya dengan S46, PKR, DAP dan lain-lain sama ada ada atas nama Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Altenatif, Pakatan Rakyat, Gagasan Sejahtera dan sekarang malakukan taawun siyasi dengan Umno. Semua ini merupakan ciri-ciri pemimpin yang diperlukan iaitu memiliki sifat keterbukaan dengan siapa sahaja dan benar-benar jujur berjuang kerana Islam dan Allah buktinya beliau tidak pernah berdendam dengan Umno yang mana kita semua maklum apa yang telah dilakukan oleh Umno semasa mereka berkuasa
 Akan tetapi sikap yang ditunjukkan oleh TGHH, demi Negara Malaysia yang tercinta dan demi Islam yang diperjuangkan sanggup meminggirkan dan melupakan apa sahaja yang penting ‘Penyatuan Ummah’ atas nama Islam dapat dilaksanakan dan usaha demi menyelamatkan negara daripada ahli-ahli politik yang hanya bercita-cita memegang tampuk pemerintahan semata-sama tanpa memikirkan kebajikan rakyat dan kedaulatan negara dapat dicapai
 Satu lagi fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa PAS dan kepimpinan PAS adalah tempat yang dicari oleh mana-mana ahli politik yang terbuang sebagai contoh Tengku Razali, Anwar Ibrahim dan sekarang ini pula pemimpin-pemimpin Umno setelah mereka mengalami kekalahan dalam PRU 14. Kenyataan ini bukan untuk merendahkan mana-mana pihak namun itulah realiti yang berlaku. Suatu yang tidak perlu lagi diperjelaskan. Cuma itulah juga yang membuktikan bahawa PAS memiliki kewibawaan sebagai tempat rujuk dan bernaung serta mampu memimpin dan pemimpin PAS pula mampu memenuhi ciri kepimpinan untuk mentadbir Negara Malaysia
 Di era kepimpinan TGHH beliau membuka ruang kepada non-Muslim untuk menjadi ahli DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS). Ini menunjukkan bahawa non-Muslim tidak dipinggirkan bahkan diberi hak kepimpinan. Jika ahli politik yang dipinggirkan pun mencari PAS dan pemimpin PAS dan sekarang ini dengan jelas ahli politik tersebut dapat bangkit kembali walaupun sesetangah mereka boleh diibaratkan ‘bagai melepaskan anjing yang tersepit’ apa salahnya sekiranya rakyat memberi keyakinan dan sokongan bahawa PAS memiliki “pemimpin negara yang diperlukan masa kini”
 Dengan ini marilah kita sama-sama menjayakan usaha ‘Penyatuan Ummah’ atas dasar Islam dan demi Islam dan umatnya. TGHH adalah seorang tokoh pemimpin masaka kini yang amat diperlukan oleh Negara Malaysia dan beliau layak untuk digelar ‘Bapa Penyatuan Ummah’
 Marilah kita umat Islam bersatu atas nama Islam, hidup dengan Islam dan mati dengan Islam
Penulisan ini sengaja diringkaskan tanpa fakta yang banyak dan dalil-dalil agar mudah difahami bahawa kita dalam situasi hari ini memerlukan ‘Pemimpin Ummah’ bukan ahli politik semata-mata
 NIK BAKRI NIK MAT,Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/malaysia-perlu-pemimpin-lebih-utama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Politik Punca Perpecahan Kaum Di Malaysia

Ahli Politik Punca Perpecahan Kaum Di Malaysia

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 948 hits
Menurut pakar di Malaysia bagi membina dan membentuk perpaduan kaum ia mestilah dimulakan dengan satu sistem pendidikan satu kurikulum satu dasar dan satu sekolah bersifat kebangsaan dan kononnya lagi kemahiran menguasai pelbagai bahasa sep...
Penganalisis Ramal Lebih Ramai Pemimpin Pkr Jauhi Azmin

Penganalisis Ramal Lebih Ramai Pemimpin Pkr Jauhi Azmin

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 331 hits
Nur Hasliza Mohd Salleh PETALING JAYA Penganalisis politik menjangka lebih ramai pemimpin dan ahli akar umbi PKR akan menjauhkan diri daripada timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali selepas video seks gay yang menyasarkan pemimpin itu terse...
Ranking Negara Dengan Internet Paling Laju Tak Sangka Malaysia Lebih Baik Dari Uk

Ranking Negara Dengan Internet Paling Laju Tak Sangka Malaysia Lebih Baik Dari Uk

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 418 hits
Di zaman milenium ini internet merupakan satu keperluan bagi hampir setiap orang dalam membantu memudahkan pelbagai urusan Perkembangan internet bukan sahaja penting dalam bidang komunikasi malah pendidikan dan perubatan Dengan kewujudan in...
Bos Airasia Harga Avtur Di Indonesia Lebih Mahal Dibanding Malaysia Dan Singapura

Bos Airasia Harga Avtur Di Indonesia Lebih Mahal Dibanding Malaysia Dan Singapura

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 269 hits
Avtur sendiri menyumbang biaya operasional maskapai sebesar 40 persen Dia pun berharap pemerintah mampu mencari solusi agar harga avtur setara dengan negara tetangga
Orang Muda Jadikan Politik Lebih Sukar Dijangka Najib

Orang Muda Jadikan Politik Lebih Sukar Dijangka Najib

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 245 hits
Jul 4 2019 0 Comments KUALA LUMPUR Landskap politik negara diramal bakal mengalami perubahan dengan usul meminda had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hal ini kerana sukar
Mayat Pemimpin Politik Dalam Keadaan Meragukan

Mayat Pemimpin Politik Dalam Keadaan Meragukan

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 232 hits
KUANTAN Mayat lelaki dipercayai pemimpin parti politik di Kuantan ditemui kira kira 2km dari kenderaannya di Gebeng malam tadi Memetik laporan Harian Metro dalam kejadian 10 45 malam itu mayat mangsa ditemui orang awam yang kemudian memaklu...
Ahli Ph Kalau Tak Ikut Pemimpin Kita Belasah Mahathir

Ahli Ph Kalau Tak Ikut Pemimpin Kita Belasah Mahathir

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 314 hits
Ahli Pakatan Harapan perlu mengikut pemimpinnya jika tidak mereka akan dibelasah Demikian kata Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad kepada pemberita ketika menjawab soalan yang pada asalnya ditujukan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibr...
Saham Malaysia Jatuh Kenyataan Menteri Dan Pemimpin Bodoh Shahidan

Saham Malaysia Jatuh Kenyataan Menteri Dan Pemimpin Bodoh Shahidan

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 239 hits
Apa asas pengisytiharan harta Negara kita dah ada undang undang dan ada akta akta cukup yang sedia ada Hasil hasil masih kita lapor kepada LHDN setiap tahun Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter I
Pemimpin Amanah Yang Lebih Wan Ji Dari Wan Ji

Pemimpin Amanah Yang Lebih Wan Ji Dari Wan Ji

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 292 hits
Tergelak seketika saya bila membaca kenyataan pemimpin AMANAH yang menggunakan definisi yang diberikan oleh Wikipedia ke atas hate speech bagi menghujahkan betapa tidak nampak kenyataan Wan Ji boleh dikategorikan sebagai hate speech Definis...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025