Ahmad Maslan 33 Yang Lain Gagal Batal Notis Kompaun Terima Duit 1mdb


freemalaysiatoday.com
V Anbalagan
-October 15, 2021 3:02 PM
Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan (kiri) dan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Shahrir Abdul Samad antara 34 yang memfailkan semakan kehakiman terhadap notis kompaun SPRM.
PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan dan 33 individu lain sekali lagi gagal mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan notis kompaun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan menerima dana daripada 1MDB.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Suraya Othman berkata, cabaran mereka terhadap notis itu melalui prosiding sivil sebenarnya ditujukan kepada Peguam Negara, yang juga pendakwa raya.

“Sebelum SPRM menawarkan kompaun bawah Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, keizinan pendakwa raya mesti diperoleh,” katanya ketika menolak rayuan.

Suraya berkata, selepas notis disampaikan, perayu boleh memutuskan sama ada untuk menerima atau menolaknya.

Katanya, pendakwaan tidak dapat dimulakan jika mereka menerima notis itu. Jika mereka menolaknya, pendakwa raya boleh memulakan pendakwaan yang akan membawa tuduhan terhadap mereka.

Suraya, yang bersidang bersama Darryl Goon Siew Chye dan Mariana Yahya, berkata undang-undang lazimnya adalah kuasa pendakwa raya untuk mendakwa sesiapa sahaja boleh digunakannya pada bila-bila masa.

“Dalam rayuan semasa, tiada tuduhan dikenakan terhadap mereka. Di peringkat ini, kami berpandangan terlalu awal bagi mereka untuk mencabar kuasa pendakwa raya dalam menggunakan budi bicaranya membenarkan SPRM mengeluarkan notis kompaun,” katanya.

Notis hanya boleh dicabar jika mereka telah dituduh.

Pada 26 Feb tahun lalu, hakim Mahkamah Tinggi, Nordin Hassan mengetepikan permohonan kebenaran kerana mereka tidak mempunyai sebarang kes prima facie yang dapat dihujahkan.

Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Latheefa Koya, dinamakan sebagai responden.

Individu lain dalam rayuan bersama itu termasuk bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Shahrir Abdul Samad, dan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Sumali Reduan.

Mereka memohon pengisytiharan bahawa keputusan dan tindakan responden mengeluarkan kompaun kepada mereka bersifat ultra vires, tidak sah dan dibatalkan, selain tidak dapat dilaksanakan.

Mereka juga memohon agar keputusan dan tindakan Latheefa mengeluarkan kompaun dibatalkan, selain memohon perintah untuk menghalang SPRM menguatkuasakan kompaun itu atau meneruskan pendakwaan terhadap mereka.

Latheefa berkata pada sidang media, SPRM telah mengeluarkan notis kompaun kepada 80 individu dan entiti kerana menerima RM420 juta yang dipercayai berasal daripada 1MDB.

Peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman mewakili perayu sementara Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly bertindak bagi pihak Peguam Negara dan SPRM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/ahmad-maslan-33-yang-lain-gagal-batal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tolak Rayuan Shahrir Ahmad Maslan Dan 30 Individu Batal Notis Kompaun Sprm

Mahkamah Tolak Rayuan Shahrir Ahmad Maslan Dan 30 Individu Batal Notis Kompaun Sprm

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 260 hits
Kes berhubung kait dengan dakwaan terima wang dana 1MDB PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan 32 individu termasuk bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan untuk...
Ahmad Maslan 33 Others Fail To Quash Notices Over Receipt Of 1mdb Money

Ahmad Maslan 33 Others Fail To Quash Notices Over Receipt Of 1mdb Money

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 231 hits
Pontian MP Ahmad Maslan and former Johor Bahru MP Shahrir Abdul Samad are among the 34 who had filed for a judicial review of the MACC s compound notices PUTRAJAYA Pontian MP Ahmad Maslan and 33 others have failed again to obtain leave for ...
Ahmad Maslan Bebas Dua Tudvhan Ini Reaksi Win Najib

Ahmad Maslan Bebas Dua Tudvhan Ini Reaksi Win Najib

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 394 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak mempertahankan dana yang disalurkan kepada Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan adalah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan bukannya dana haram
Ahmad Maslan Tarik Diri Pencalonan Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Ahmad Maslan Tarik Diri Pencalonan Timbalan Speaker Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 277 hits
Ahmad Maslan tarik diri pencalonan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan mengumumkan menarik diri daripada pencalonan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat Saya ingin fokus kepada kerja kerja selaku Setiausaha Agu...
Ahmad Maslan Pulls Out Of Deputy Speaker S Race

Ahmad Maslan Pulls Out Of Deputy Speaker S Race

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 279 hits
Pontian MP and Umno secretary general Ahmad Maslan had been expected to contest for the Dewan Rakyat deputy speaker s post vacated by Azalina Othman Said PETALING JAYA Pontian MP Ahmad Maslan has withdrawn his candidacy for the post of Dewa...
Ph Gesa Peguam Negara Beri Penjelasan Berkaitan Kes Ahmad Maslan

Ph Gesa Peguam Negara Beri Penjelasan Berkaitan Kes Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 293 hits
puteradaily comMajlis Presiden Pakatan Harapan menggesa Peguam Negara memberi penjelasan terhadap kes yang melibatkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan Menurutnya keputusan untuk mendakwa atau menarik pendakwaan terhadap seseora...
Mulut Kata Lain Tangan Curi Duit Rakyat Www Zunar My

Mulut Kata Lain Tangan Curi Duit Rakyat Www Zunar My

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 378 hits
Demi Bangsa Agama kata mulutnya Please Share More www zunar my pandora pandoramalaysia
Kes Ahmad Maslan Adakah Ini Sop Baru Bagi Kes Berprofile Tinggi

Kes Ahmad Maslan Adakah Ini Sop Baru Bagi Kes Berprofile Tinggi

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 579 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE October 2 2021Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa Peguam Negara memberi penjelasan terhadap kes yang melibatkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan Menurutnya keputusan untuk mendakwa atau menarik penda...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalau Boleh Buat Hati Tersinggung Lebih Baik Diam

Senarai Agensi Utc Pasir Gudang Waktu Operasi Nombor Telefon

Sarapan Pagi Sabtu Bersama Anak Anak

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Lunch Di Ary Nasi Buluh Melaka